Thursday, February 16, 2012

BUDGET KAHWIN OKAY



Ramai member yang tanya berapa bajet kahwin ko ekh?oit bape ribu ko habis untuk majlis and so on la kan ...so meh sini mehla sini nak share sikit nih budget kawin ngn korang yang belom kahwin or yang nak kahwin lagi ker oppsss terlebih sudah...

1. Kadi :

At least 6 months before the proposed nikah date korang mesti kena register kat jabatan agama islam. Lepas register orang bolehlah book tok kadhi. Ini kebiasaanya dilakukan oleh pihak bakal pengantin perempuan yew...(cam aku nk kawin bulan 11 bulan awal bulan 10 baru gedix-gedix nak g book kadhi)sila jangan tiru aksi ini okay...

kos kadi : RM 150 (Muar, Johor) kadhi setiap zon berlainan so kos tu terpulang kepada zon anda ye

2. Kursus Kahwin:

COMPULSORY OK...kalau tak pergi tak boleh kahwin la ceritanya . Dalam kursus ni akan menerangkan tanggungjawab suami isteri, keluarga sakinah, talaq rukun nikah dsb. Best gak pergi kursus kahwin ni sebab ustaz dia kelakar and banyak ilmu sebenarnya yang kita boleh apply pas kahwin nanti.

kos kursus : around RM80 (aku g kursus kawin dua bulan sebelum kahwin )

3. Book Mak Andam:

Ha yang ini dah di booked paling awal kay.. takut fullhouse nanti maklumla majlis aku tuh jatuh pada tarikh keramat kot 11 11 11 ha kang kalo tak de mak andam mau ke naya aku serkup muka dengan surat khabar kang. Untuk majlis pihak lelaki mak andam and pelamin di booked oleh en suami sayang ye 6 bulan before majlis kot

Kos : Depends pada design pelamin, and package yang korang ambik la kan ..rasanye zaman sekarang paling cikai pon 2 k kot ( siap sedia jela poket tuh ye)

4. Photographer:

Ha yang ni pon aku booked paling awal takut fullhouse gak..al maklum la ambik dengan kameraman popular kan. So digalakkan jugan untuk menempah cameraman seawal yang mungkin kerana perkahwinan adalah hari yang sangat bermakna dan tak mungkin berulang so abadikanlah detik2 indah tersebut ye..
Kos :mengikut kemampuan masing-masing ye

5. Kompang / Hadrah / Silat:

Untuk kompang ni abah yang uruskan. Memula uteh kata nak sponsor kompang tapi atlast tak jadi sebab kat kampung dia pon ade majlis gak (kan aku kate tarikh tuh hot) so kelam kabut gak cari kompang lain. abah cakap pakai kompang kampung jela..so ok dealed buat at last dia cancel gak kate ade org lain yang booked..adoyai ni dah start seriau ni ha lastly abah pergi tanya kompang kampung sebelah luckyly time tu free so sambar ajelah wani oii..janji ade dari takde kan. Ini bukan salah i tak buat persediaan awal tapi kesalahan teknikal sebab sepatutnya kompang disponsor tapi tak jadi

Kos : 150-200 je

6. Dekorasi blok dan pelamin

Ambik yang paling simple sekali sebab duit pun simple gak ok...aku ni ha baru haibs belajar keje pon ntah pape so ambik yang paling murah sekali. alah janji ade pelamin ye dok. Memangla kahwin sekali je kan tapi tak sanggup kot nak berhabis semata-mata untuk satu hari je. kalau bayau mahal-mahal n pelamin tuh boleh angkut bawa balik tak pela kan ...

Kos : ikot kemampuan diri ye

7. Catering and Location :


Semua diuruskan oleh Encik Anuar sayang a.k.a my lovely dad. kitorang decide ambik orang kampung sebelah je sebab dah kenal pon and setiap kali kerja kahwin start dari abg am , kak uda hingga ke aku semua pon ambik dengan dia so dah tau pe yang kite nak and senang cerita.

Opss aku nikah 11 11 11 majlis bersanding 12 11 11 so akan ada dua majlis ye so yang nikah kami decided untuk masak sendiri je .

Kos : 9000 (lebih kurang ok ) tu tak termasuk barang yang remeh temeh tuh


9. DJ/Karaoke:

Dj ni booked dengan kawan cik Lin..tapi unfortunately booked Dj lain tapi Dj lain yang datang atas alasan yang tertentu.agak kecewa di situ sebab Dj on that day so boring and syok sendiri ok.

Kos : 450 kot (tak berapa tau sebab abah yang deal kan)


10. Berkat/doorgift:

yang ni ade beberapa bahagian ye..untuk majlis pernikahan aku bagi paper bag yang berisi yassin, layer kek, air mineral and popia goreng it cost RM 6 per bag x 60. Untuk majlis kahwin lak paper bag with frame ikea, air kotak, layer cake also it cost RM7x50, and for my lovely friends jar yg berisi tuala with sticker tuh lebih kurang RM 3.50 x120. Berkat untuk orang kampung mak decieded nak bagi kerepek ubi je tu tak tau berapa.
Tapi doorgift ni aku dh beli sikit2 dari awal masuk kerja dulu so tak lah terasa sangat duit tuh keluar cam air kan.

Kos : RM 1130 (tu tak termasuk kerepek untuk orang kampung)

11. Miscellaneous:


Ha yang ni yang teruk ok...barang kecik-kecik cinonet cam riben hantran, bunga, alas dulang bagai tulah sume, plastic la kan. penanda arah sume

Kos : $2000++ (banyak kot guna duit untuk benda yang tidak disedari


TOTAL ESTIMATED COST:RM 13570 ( tu tak termasuk barang hantaran, pelamin, mak andam,dan photographer, cost pihak laki datang kat pihak perempuan lagi, cost homestay lagi) ni yang basic je ye..

So pada bakal pengantin di luar sana jangan lah takut untuk berkahwin. Benda baik eloklah dipercepatkan. Kahwin memang guna banyak duit woo tapi insyaAllah Allah akan permudahkan urusan, membuka jalan dan memperluaskan rezeki.


Psst: Ape-ape pon ukur baju di badan sendiri. buatla majlis ikot kemampuan diri jangan sesekali ikot orang and ikut trend ye. Yang paling penting kehidupan selepas berumah tangga okay..Kalau majlis glamer bagai tapi pas kahwin menyusahkan baik toksah kay...sebab tetamu yang datang hanya menumpang suka je bukan tumpang bayar kan..yang tanggung adalah pengantin gak..

Tapi kan kita wat majlis gah ke kecil-kecilan ker orang tetap akan mengata kan kan kan nape eks ade orang camgitu eishh tak sukala
Ok paangg muka org itu , bye




1 comment:

Kaseh Kamila said...

Thanks share..skrng ni belanja tnggi utk kawen kn..