Saturday, February 25, 2012

Aku suami dan Game

hahhaha tengok tajuk tu aku suami dan game hokey..Yela dah kahwin dengan orang yang kaki game kenala banyak bersabau yek..weekend je kerjanya main game dari pagi sampai ke malam sampai aku nak tengok tv pon dia xbagi...heheheh nasib baik dekat bilik tidur pon ade tv, dapatla tengok gak walaupon takde astro kanssss sobbss sobsss sobbsss .

Memang selalu tengok tv pon kat bilik je sebab tv kat living room tuh suami yang control huhuhh..

Suami ai ni kalau  bagi dia main game 24 jam tak tidur pon dia sanggup hokey so si isteri kenala menjadi tarzan sekejap and terjerit jerit and membebel itu ini untuk stopkan sang suami ni..kalau tak buat lagu tuh memang tak dilayannya..layan game lagi elok agaknya kan...

So kenalah bawakan bersabar nye wahai iollss heheheeh..kadang kadang nak suruh pergi makan pon payah dok khusyuknya dia main game so iolllsss ni la si ister yang datang mengadap si suami ni suapkan makan ok...ha nampak tak bertapa mithali and solehahnya la hai si isteri ni kan..sampai makan pon tolong suapkan while si suami tangan dok pegang joystick main game ekh..cuma mulot jela ternganga mintak makanan ...hyelah suami sayang..nasib baikla si isterimu ni rajin melayankan perasaan u tuh and concern gila kat u sampai sanggup suapkan makanan untuk u semata mata u main game je taw ..

so pe lagi kalau dah layanan si isteri tahap dewa ni kenala bagi giftnya kan kans kanss...ha xpe nantila i pikir i nak ape ekh...

ok joms la tengok muka si isteri solehah tu ye( ehem ehem )hehehehe



Peh memang terserlah ciri ciri isteri solehah kansss(sila jangan muntah)


**** opss pic sang suamy tak boleh diuploadkan sebab pic dia main game sumanye pakaian yang tak cukup kain..maklumlah duduk uma jekansss...hehehehe

daaaaaa

Ape Kono Ekau

ce tengok tajuk tu rasa nak lempang tak? hahahaah ko ingat ko orang negori ker??pastu ntah betul ntah tak bunyi nye gitu....

Entry ni berkenaan en suami sayang, yela dia skang duk asik gila main bowling ok, dulu dia main bola straight jer dah terer tukar style lak main bola spinner lak ekh dah terrer tu main bola hooked la..adoiyai asiklan nak kena teman suami pergi main bowling...Aku bukan lah tak suka main bowlin, mainla tapi taklah lorat no macam dia sekali main sampai 4 5 game kadang kadang tuh sampi 7 8 games kot dah manela aku larat nya nak baling sampai 70 80 kali...kadang kadan cakap kat suami eh u ni dah kenapa main banyak sampai 8  games sekali harung, tak reti penat ker adoiyaiii..

Hah dia kalau dah main banyak-banyak games ni mula la balik kang mintak urut tangan la urut pinggang la....pastu dia tidor aku gak jadi tukang uruts ekh..sapo yang kena eden gak...huhuhuhu...

Ha part yang paling aku tak tahan ni bila dia asik tanye je " u cmne i baling tadi okay tak? agak agak dah betul tak teknik tu?cantik tak bola tu pergi ?" eh Apa kono ekau tanya den, den bukan terrer pon...ha tu yang aku malas tuh aku bukan terrer pon main bowling dia boleh tanya aku kan...ha aku jawab okayjela memanjang nak jaga hati laki kansss haruslah jawab ok saja..tapi kadang kadang nak tergelak pon ada tengok dia beriya sangat cam nak mintak pelempang aje time tu tak tau dah nak rasa ape marah geram kelakar semua pon ada....

Suami oh suami , macam macam ragam betullah u ni kan...Nak tengok siapakah gerangan nya  jommmsss scroll bawah ekh 


-

-

-

-

-

-

-






En yang pelbagai ragam

Thursday, February 23, 2012

TUDUNG BAWAL

tadi blogwalking terjumpa la pasal tudung bawal ni..sekarang ni dah pelbagai jenis fesyen tudung kan..tapi tengok tengok tudung bawal ni pon cantik gak...aku berkenan betul tudung bawal dari Aidi juma Collection lawa lawakan secantik si pemakai nya tuh Datin Norjuma kan kans kans..








Lelawa kanssss

Wednesday, February 22, 2012

K.H.A.M.I.S

Woot woots sekejap betul masa berlalu...pejam celik pejam celik dah hari khamis, esok dah jumaat pastu dah cuti kans mesti best kanss.

From monday to thursday ni aku tak masak pon wei, isnin ade pasar malam, selasa suami balik lewat and makan dekat luar, rabu ada pasar malam lagi, khamis ni lak suami ajak makan kat luar, al maklumlah hari gaji kans ofkosler makan nak sedap sikit hehehhe.....Besok pasti makan kat luar sebab nak tengok cerita adnan sempit 2 tuh..hehehe weekend memang sudah pasti makan di luar sebab kami nak datingsss...hahahaha so secara puratanya (tetiba) kanss minggu ni aii cuti memasak nokss.

Jap lagi suami balik kerja siap siap pastu keluar..tapi tak taula nak makan kat mana eks..

okayla nak pikir nak makan kat mana malam ni bye

ANGKARA TESCO !!!!!!!!!!!!!

Menaip dengan penuh amarah ni..ni semua tesco punya pasal xpasal pasal kena marah dengan hubby....

Tadi pergila tesco shopping barang dapur sikit..Tesco kat sini tutup lambat pukul 1 pagi tuh so pukul 10 tadi gerak la kan..pilih punya pilih lebih kurang 1 jam gak la kan..

Dah ambik barang nak pergi bayar kat kaunter la ni...so everything goes well untill la sampai uma...

Dah sampai umah ofkoslah aku akan asingkan barang yang kering and barang basah mengikut kategori and disimpan di tempat yang sepatutnya...

Tanpa melengahkan masa aku pon kemaskan lah barang sampai la kat butter, biasanya aku akan keluarkan butter tuh dan massukan ke dalam tupperware nanti senang nak guna...Aku bukan guna butter buat kueh wei tapi guna untuk disapu kat roti...tekak aku tak leh nak makan roti dengan planta ker marjerin ker mesti tak lalu..so belilah butter..
Butter yang menjadi pilihan adalah



First choice ( unsalted) RM 9.65



 Dulu makanlah tapi since orang kata tak halal terus tak makan dah butterni (harga tak pasti dah lama tak beli)


Ballantyne (unsalted) RM 9.99


Anchor Brand (harga tak pasti jarang beli brand ni)


So decided pilih brand yang first tulah SCS brand..butter dia memang bestla aku suka la kan...so balik tesco around 11 pm so terus keluarkan butter tu and masukkan dalam tupperware eissh bila buka buka je butter tu dah berkulat okay bau pon dah masam angin betul aku dah nak kena tukar pulak kan satu kerja lagi ..nasib baik lah tesco sekangkang kera je dengan uma aku tapi bengang gakla dah kul bape kan..Si suami memang kompom tak nak ikot..kena bebel lagi ada tulah tak cek dulu sebelum beli ..padahal expired date dia lambat lagi kot bulan 12 tuh ....bukan salah aku pon kan..ni salah tesco la jual barang dah ROSAK..

So aku hegeh hegehla pergi tukar butter tu sorang ...Pergi kat kaunter tu ada la dua orang adikni nak beli top up , si staff ni okayla layanan dia tapi buat kerja SLOW gila..nak beli top up je pon ambik masa dekat 20 minit SAKIT HATI betul aku..

Aku cakaplah nak tukar butter ni sebab dah berkulat dia kata okay akak tukar jelah resit pon ada ni ..aku pon ape lagi menonong jela pergi ambik bahagian butter and check la yang lain kot kot berkulat ker kan..rupa rupanya butter brand tu semua berkulat okay STRESS dah mula datang la ni kan..so aku pon decided tukar brand lain ar, ambik brand BALLANTYNE tu cam sedap je so tambahla lagi 35 sen..

Tapi staff tu boleh cakap kat aku , kak manager saya kata tu bukan berkulat tapi gam ? eish aje ke pelik orang bungkus butter guna gam..agak-agakla oi aku bukan budak sekolah kot ko nak kencing..ANGIN la kan so aku cakapla ait takkan gam kot..cuba awak bau , bau dia pon lain and dah masam..kalau rasa gam bukan kulat awak jela guna saya nak tukar gak walaupon kena tambah duit..terus aku ambik butter tu and blah je...

GERAM AND BUANG MASA JER TAU KENA WAT DUA KALI KERJA

moral of the story:pasni nak beli barang dapur esp yang basah kena cek dulu, kalau kena selak dulu bungkusan tu kita selak jebagi mengelakkan buat kerja dua kali..nasib baik uma aku dekat dengan tesco , macammana pulak rumah orang yang jauh dari tesco tu kecian kan takkan nak burn lak 10 ringgit tu duit gak kan..

Ps: PIHAK PENGURUSAN TESCO sila beri perhatian and pastikan produk anda betul betul berkualiti and masih baik dan elok.

k bye nak tido dah

Tuesday, February 21, 2012

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA & KESEDIHAN YANG MENDALAM | Portal Berita Dunia Islam & Indonesia Terbaru & Terkini Hari Ini

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA & KESEDIHAN YANG MENDALAM






120- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.



120. "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." [137]



121- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.


121. "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138]

---------------------------------

[137] HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih.
[138] HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173.35- DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM



122- لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.


122. "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia." [139]

123- اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.
123. "Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau." [140]

124- لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

124. "Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim." [141]

125- اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا.

125. "Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu." [142]
---------------------------------


[139] HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092.
[140] HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959.
[141] HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits tersebut adalah shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168.
[142] HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335.

Monday, February 20, 2012

Gaya Tidur Aku

Ha previous entry aku dah cerita pasal gaya tidur dan personaliti kan..Entry ni aku nak cerita pasal gaya tidur aku yang hahahahaha..

Mula-mula sebelum tidur tu posisi and gaya pilihan pastilah yang dibawah

(sumber google) kang kalau letak pic original aku dengan suami kontroversi lak ye dok 

tapi adakah ia berkekalan sampai esok pagi?so lets scroll down kay.

-



-



-



-



Ha finally aku jadi cam gini ler rupanya hehehehe..

sebabnya encik suami sayang selalu kejut aku tengah malam suruh aku ketepi sikit sebab aku tidur ganas and menghimpit dia sampai ke tepi katil kot..nasib baik tak sampai jatuh katil  hehehehe..

Suami isteri digalakkan tidur dibawah satu selimut bagi mengeratkan kemesraaan suami isteri kan kan kans...akupon camtu gak bila tidur kitorang kongsi satu selimut je tapi bila bangun esok pagi selimut suma aku yang bolot..suami tidur tanpa selimut okay..pastuh nanti esok dia bising-bising cakap semalam i tidur sejuk sangat tau u selimut semua u balut badan u..heheheh kesian suami sayang..

Nasibla suami sayang dapat bini cam ni..kita redha yer

Gaya tidur & Personaliti






Manusia normal memerlukan tidur purata 7-8 jam sehari.
Kenali personaliti anda melalui gaya tidur/



1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.

3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.

4. Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.

5. Tidur mengiring dan meringkuk
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu, jadi siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

10. Tidur meniarap
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!


Gaya tidur yang unik 
 Alahai cute nye rasa nak gomol aje baby ni


 hahahaha ramai lelaki tidur cam ni kan 


 alahai comelnye



 cute girl



gila santai dia tidur



Sumber: http://www.budakbotak.com

Sunday, February 19, 2012

New Housemate

1 2 3 introducing my new housmate and forever

-


-


-


-


-


-


-

-
En Suami sayang


***housemate ni selalu wat aii gelak

       Selalu wat ai berangin

      Selalu wat sepah umah

     Selalu membebel hehehe

    Yg paling penting selalu di hati

HI 5


yeeeehaa today I would like to introduce my BFF ...
First and foremost : LINA MARLIANA a.k.a  ratu kebaya 

 She was my housemate and classmate .
She also my roomate when i was in KL heheheh panjang jodoh
Kegemaran: JAGUNG





Next and the cutest: KUAIZAH a.k.a  Miss Perfectionist

She is cute right? and sexy too






The third and the famous amous:Nor Syafrina a.k.a Miss singer yang kerlass
She will follow me , getting married soon...







The last and funky: Hadibah Nur Fatin a.k.a Dee the brutal among us
She also the tallest among us and the crazies okay 









Not Forgotten me Myself: Wani Anuar a.k.a adik kecik yang kuat membebel macam mak tiri
Me Myself.









Our Picture on our convocation day





**** Actually i have a lot of bst friend but the 5 of us ni  closed and we all a bit brutal and crazy that why we can be friend and BFF forever...No matter what we will love each other...oh oh suweeet like sugar la...

Nak Pahala Tak??


BEFORE

Eh eh pas kahwin ni badan makin naik la ...mencanak-canak(tak tau rembat mane ayat ni) lak tu naik nye wei...eh stress tau cam gini...Mane tak badan naik..suami makan aku pon same..tengah malam suami makan supper aku pon layankan jugak...habis dah mestila kan sebab aku yang tukang masaknye..suami makan isteri kena teman ye dok..mana tak badan naik wooii..seram tengok diri sendiri wei. Tengokla picture kat atas tu ..mak kurus je dulu noks eiiishh...

Tapi isteri yang bekerja untuk suami dapat pahala kan.. So cerita pasal pahala lak ekh

Pahala semua orang nak mencari pahala kan...tapi ramai gak yang terleka mengumpul pahala kerana terlalai dengan nikmat duniawi..amboi dah macam ustazah lak yer hehehehe
ala tu intro je pon..

Ha tajuk nak gah tapi bukan ape pon just nak coretkan kat sini kisah nak pahala tak?

Ni semua bermula bila sang suami asikla mintak itu ini nak itu nak ini...aku tak kisah la kalau ko nak ape sekalipon ni apa dia buat semua nak ajak aku..

Aktiviti aku cam biasala kan suami balik kerja hidangkan dinner and makan sesama ...pas mkan pung pang pung pang mengemas(kena bising sikit bagi laki tau kite wat kerja rumah penat) nampak naw tak iklas kans ehehehehe gurau ok.. Pastu borak-borak and solat magrib pastu dia boleh nak tidor tau x dahla nasi tak turun lagi...Tidor jela sorang kan ni nak juga mengajak bini dia ni wei..hehehe mula-mula jual mahal la wei tak nak tido yela mane tak makin gemuk wei pas makan tidor terus ...pastu bisingla kat suami "u ni mane tak i makin gemuk eissh pas makan ade ker nak tido ..you tido jela sorang nanti malam sikit i tidor ler"

Dan dan suami jawab " eh u ni, u nak pahala ke nak gemuk pilih cepat....."
adoiyai aku pon laju - laju jawab nak pahala & suami pon kate dah pe lagi jomla tidor ...So kenalah temankan dia tidor wei..

***ehem ehem jangan salah faham ekh tidor awal takde kaitan dengan aktiviti berunsur 18sx wei..dah tabiat dia memang camtu pas maghrib tidor sampai pukul 11 and makan supper pastu kitorang borak-borak and dalam kul 12 or 12.30 dia sambung tidor balik wei...
aku pon baru tau perangai pelik dia ni pas kahwin tau..




-


-



-


-


-


-


-
Tada....


Hamek kaw dah macam ape dah wei stress(3x ganda dari pic atas)




****tapi takpela untukmu suami i redha je..ape pon i sanggup kay

STRESSSSSSS

Ei benci betol lah kalau orang yang pandai-pandai buat keputusan sendiri bagi pihak aku..Ei bengang, geram semua ada..Kalau ye pon bagitau la dulu kan ni tak pandai-pandai jer...

Stressssss aku cam gini




aku dah jadi  terlebih dari ni pon 









tengok binatang pon pandai stress kay

Berita baik

Ha kami ni 5 sekawan tau ala ala hi5 gitu ..they are  Me a.k.a kecik(nama kat u), lina, kuai, dee, and nana..Kitorang budak yang agak degil and banyak hal lah kat fact heheheeh..and gila gila okay dats y kitorang boleh ngam hehehehe..

Nanti cerita perihal kami berlima ekh..tapi kali ni nak gtau yang one by one kitorang telah bertukar status and memilih jalan hidup masing-masing wei...

heheheh The first yang kahwin ofkos la aku kan (gatal sangat nak kawinler tuh) heheheh ...now nana lak nak follow tau..syukur alhamdulillah dah bertemu jodoh dia..Aku doakan yang terbaik untuk ko nana..

Jeng jeng jengs jengssss siapakah yang bakal menyusul adakah lina? kuai? dee? marilah sama sama kita doakan semoga mereka bertemu jodoh cecepat ye dapat makan nasi minyak lagi wei dan lagi dan lagi heheheeh..


Ha inilah dia Nana & pasangan

Daaaaaa.

Opsss nana ni penyanyi Uitm tuh..sore mantap ok tapi time aku kahwin ritu dia tak sempat nak menyumbang kan suara disebabkan dj yang syok sendiri tuh..MENYAMPAH OKEY

Saturday, February 18, 2012

KEPUTUSAN

Actually kitorang decided nak melangkah ke perhubungan yang lebih serius (tunang) bulan 10 2010 time tuh tak kerja lagi tapi baru habis blajar la kan.. so gedix-gedix la bincang kan..
Suami kate ok gak kalau tunang dulu kan so ingatkan sampai situ je and tak serius pon benda ni.

November 2010:

Time aku dah start keje dah so suami bincang lagi benda ni . aku pon bincang la dengan family kan . bincang punya bincang punya bincang kitorang setuju untuk terus kahwin je tak payah tunang- tunang memandangkan kitorang pon bercinta dah lama wei dah 4 tahun time tuh..suami kate nak tunang untuk ape je lagi ntah ..nak kenal dah kenal family sume + suami pon orang kedah jauh ke utara tu kan. nak kahwin bulan 11 nak tunang bulan berapa dahla aku baru kerja mane nak cekau duit nak beli hantaran tunang lagi kan. plus cost perjalanan dari utara selatan tuh cost majlis tunang and barang hantaran suma pon dah makan riban ..

so finally we decided untuk terus menikah je..Dalam bulan 12 kot so pas tau nak kahwin je laju-laju ajak suami pergi beli cincin kahwin ok.

that one is the first thing we bought for our wedding (my cincin) time tuh mas murah lagi kot RM 157 tpi Habib time tu de offer so dapatla RM 151 per gram..





11.11.11

Acaner ekh suami sayang proposed i dulu sebelum kahwin??



Nyalakan lilin yang suweet camni kah??


Belikan bantal yang comel camni kah?



Bercanda di persisiran pantaikah?



Sms kah?


huh Jawapannya none ado okay..

We all discuss-discuss camtuh jer..takde lak suami sayang cakap will you marry me or sudikah u jadi isteri i...kalaulah ade aku orang pertama yang akan gelak sambil berguling ok.suami i bukan romantik pon so just discuss secara tak langsung je pon.

aku : u bila kita nak kahwin ni ..bercinta dah lama kot
suam: u dah kerja nanti kahwinla
aku: i dah kerja u
suami: u rasa bulan berapa ekh nak kahwin
aku : 11 kot sbab nanti boleh kahwin 11 11 11 lagipon haritu hari jumaat kan org kate berkat tuh
suami: ekh, okla kalau macam tuh nanti i bincang dengan family i you bincang dengan family u kay..

LAK MACAM TU JE KITORANG PUNYE PERANCANGAN NAK KAHWIN OK TAK MERASA PON DILAMAR KER BAGAI KER WEI...

tapi takpe yang penting kami bahagia.


next entry cerita camne konflik kitorang bertukar-tukar tarikh nikah ye

Iced Chocolate!!!

Pic dari google
tapi lebih kurang cam ginila rupenye tuh

Aku memang gila addict dengan iced choc ni ha...iced chocolate kegemaran ofkosla caramel ice choc kat starbuck tu ha..

Oleh sebab aku ni addict sangat dengan ice choc ni ha so belajar-belajar la wat sendiri kan..yela kalo nak mentekedarah iced choc setiap hari pon takpe takdela kopak duit ko kan..kalo kat starbuck tuh sewacan dah bape belas hinggit wei...

So ini resepi ye

*serbuk koko HERSHEY'S- ltak la 5 sudu besar (kalo guna serbuk coklat pon sodap ,terpulang ye)
*gula melaka- setengah

susu segar full cream- apa-apa brand pon boleh terpulang pada citarasa memasing

Cara-caranya

1.panaskan gula melaka sampai dia cair den masukkan serbuk koko tersebut
kalau pekat sangat tambah air sedikit. Masak sampai dia jadi cam coklat syrup tuh

2. Masukkan susu segar kedalam cawan tuangkan coklat syrup tu mengikut sukatan yang korang suka .

3. Kacau rata dan masukan ice dah siap.

*** Kalau kurang manis boleh tambah kan kuantiti gula melaka
***kalau rasa nak pakai brown sugar pon okay gak

Selamat mencuba.....


Psst: hari-hari pon nak minum ice choc ni sampai en suami sayang tegur you nak kena potong kaki ker? So cecepat minum air masak dengan banyak nye kekonon nak tebus balik la tuh.






Perasan ke Perasaan ?

Eh perasan tak picture kat header and profile picture tu muka aku nampak muda ekh?? ker aku memang muda lagi wei?

Pang Pang Pang hamek ko (lempang diri sendiri) perasan muda sangat kan...

actually picture tu dah 2 year ago eh salah la 3 years ago la..nak tukar picture baru tapi malas wei..lagipon aku rindu muka remaja tuh...yela muka skang tu hah muka aku yang kat bawah tuh dah macam muka mak jemah noks...

Stressla cam gini ..ok bye

5 BUDAK BERTUAH Part 1


Siapakah 5 orang budak bertuah tu? Memang membawa tuah ni boleh la diculik ekh hehehe 
no no no..bukan untuk diculik ye..

Setiap anak tuh ada rezeki nye memasingkan .

Nak cerita pasal Anak buah yang cilik lagi bertuah ni ha


 Kakak Nayyi a.k.a Nayli Dhaniya
Ni anak abg am (abang aku yang no 2)

 Ariq with Cu yun (lil bro) me and Arif (eldest ank buah)

 Arif Syahmi 

Selaku cucu sulung and abg long ye( ni anak k.long aku )

 Ariq Syahfiy

cucu kedua and anak k.long gak

 Dua beradik (arif ko main feeling dia)


 Abang Ayiq tunjuk lubang hidung ekh


 Abang ayiq with his tiger tak boleh dipisahkan ekh


 Kakak Nayyi yang somel and mata cantik ok


 3 Dara pingitan penyeri keluarga kami yang dok asik bising nak bercerita itu ini

 Hye saya Yasmin Afina yang menjadi kesayangan semua orang

 Dak ucuk  ni rindula


 bertiga

 Fina and Qiqa

 Qiqa yang Stylo

 Auni Qisya Adelia

\
 Fina n Qiqa yang selalu bergaduh

 dua anak dara kecik
Kika yang lasak tak padan kecik

Eh konfius la abang ayiq baik lak dengan fina 

bukan pe diorang ni pantang berjumpa mesti nak bergaduh..abang ayiq jeles dengan fina , fina jeles dengan abang ayiq macam-macam tau.  tapi tula kadang-kadang tuh baik je diorang dua beradik main sesama..


ha tula 5 budak bertuah dalam family aku ni ha...ha part 2 nanti cerita lak kerenah and perangai memasing yang menjadikan diorang sangatla bertuah kans

kay bye