REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.
Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
...................................................................................................................................................................
Anak adalah sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah sebagai tanda hubungan perkahwinan yang dirahmati oleh Allah.
Dan rezki itu telah pun kami perolehi tanpa sedar selama lebih kurang dua bulan...Rezki Allah hak Allah, dia telah memberi kami rezki itu dan telah mengambil semulanya semula kerana rezki Allah hak Allah bila-bila sahaja dia boleh memberi kita rezki dan juga bila-bila sahaja dia boleh menariknya semula.
Allahhuakbar besar sungguh kekuasaan mu Ya Allah...
Allah yang Maha Pengasih.
Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.
Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan
kepada kita.
Next entry will update pengalaman keguguran yer...
No comments:
Post a Comment