Sunday, November 4, 2012

REZKI ALLAH HAK ALLAH





REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya


وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

...................................................................................................................................................................


Anak adalah sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah sebagai tanda hubungan perkahwinan yang dirahmati oleh Allah.

Dan rezki itu telah pun kami perolehi tanpa sedar selama lebih kurang dua bulan...Rezki Allah hak Allah, dia telah memberi kami rezki itu dan telah mengambil semulanya semula kerana rezki Allah hak Allah bila-bila sahaja dia boleh memberi kita rezki dan juga bila-bila sahaja dia boleh menariknya semula.
Insyaallah allah bagi rezki lebih lagi kali ni..amin





Allahhuakbar besar sungguh kekuasaan mu Ya Allah...



Allah yang Maha Pengasih. 

Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. 

Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan 

kepada kita.



Next entry will update pengalaman keguguran yer...



Saturday, September 22, 2012

Tidak Sihat

Ai tidak sihat untuk beberapa hari ni...Di sebalik kejadian pasti ada hikmanya kan..

Alhamdulillah dan tawakal je amin

Doakan semoga ai cepat sembuh k 
 tq bye

Thursday, September 13, 2012

Vitamin C Ngetops di pasaran

Hokey sekarang ni yang semakin ngetops di pasaran ialah vitamin c kan yang untuk cantikkan kulit kan yer memang berhasil dan terjamin keberkesanannya yer..

Sebab aku sendiri dah guna benda tu so bila berhasil aku pon nak jual juga so ni aku punya testi diri sendiri ye sila jangan muntah darah






sebelum ambik vit c itu 

muka teruk betul cam nak minta pelempang

setelah almost two weeks makan vit c itu

muka togel witouh make up ok , baru berani sikit keluar tanpa make up

ni hasil selepas pengambilan sebotol ye muka lebih licin and  glow kansss...oppps time ni g bli barang dapur kat tesco kompom tak mekap ekh 

ha pandangan pipi yang penuh jerawat satu waktu dulu kini tiada lagi huhuhu sukanya..
tak senonok betol periuk nasi pon ada atas meja tu huhuhu



Nak tau tak masa memula ambik ni  tak bagitau pon encik suami sayang takut dia bising tau, takut  dia marah sebab yelah semua yang orang jual semua aku nak beli tapi hasilnya hampeh wat membazir duit laki aku je.. tu yang beli vit c ni menyorok2 dari dia. pastu selang dua minggu suami ai perasan yo perubahan kulit ai siap tanya camni tau " eh u ada beli product lain ekh , u pakai apa skarang ni "

aku: eh mana ada i pakai pencuci muka yang beli haritu lah (dalam hati janganlah dia tau mesti bising  beli sorok2kan )

suami: ala u jangan nak tipu ai lak kalau betol pn ape salahnya kulit u pon dh ok kan i pon nak cuba juga

Aku : homak apa lagi melompat ler atas katil terus dengan tersengih sengih macam kerang busuk mengaku kot yang aku ambik vit c ni .
Suami : terus dia cakap ha kan ai dah kate mesti u ada wat pape ni hahahaaha gelak

Aku: u tak marah ker i tak gtau u sebelum beli 

Suami : nasib baik berkesan kalau tak berkesan memang i tolak duit belanja u ekh  nanti u beli benda bukan bukan

Aku : heheheeh tq sayang love u

Suami : eh u duduk rumah je kan kalau ok berkesan u try lah jual ..

Aku: hurm bagus gak idea u ekh so ape lagi esok terus contact agent vit c and jual 

Alhamdulillah so far vit c ni mendapat feedback yang positive
bila customer happy kita pon happy juga sebab kepercayaan customer tu lebih penting tau dri keuntungan.




Oppps korang kalau berminat boleh lah beli vit c tu kat sini yer  Vit C yang ngetopsss Bangat.. Selamat mencuba ye uollsss i sudah u olls bila lagi..jomlah cantik sesama ..


Sunday, September 9, 2012

Balik Beraya Part 2

Ha yang part 2 ni kitorang beraya ke AS a.k.a Alor Setar hehehehe bukan Amerika Syarikat hokehh..

Kitorang beraya ke Alor Setar hari Ahad tu pon nak beraya rumah family sebelah my FIL lak kat Langgar

First kitorang pergi tempat abah meniaga then abah bawa pergi makan mee goreng sedap kat Pekan Rabu tau pastu gerak pergi Rumah kawan abah and pergi umah Tok kat Langgar tu je pon..

Opsss sebelum tu abah bawa anak bongsu dia a.k.a my hubby pergi makan Nasi Kandar Royale, sebab tempat tu memang jadi tempat favorite dia since dari kecik, hubby kata tak sangka sampai sekarang masih ada lagi and perniagaan tu still diteruskan tu yang mereka melepas gian tuh hehehehe..

Dah habis makan makan kitorang sambung beraya rumah  sedara mara belah abah .

Balik beraya part 2 ni sikit je kisahnya picture pon tak banyak lah


otw to as cuaca mendung and view yang menenangkan

nilah nasi kandar royale tuh

kalau nasi kandar sure kena beratur kan

otwh first day ke as

ni second day ke as



Opssss lupa nak gtau kitorang g AS dua hari la

Next entry will be random lah hahahaha



Thursday, September 6, 2012

Balik Beraya Part 1

Seperti yang sedia maklum tahun ni ai beraya di kampung halaman tercinta with my hubby a.k.a my new family members, dengan kehadiran beliau dalam hidup ai maka bertambahlah lagi seorang family cik jah dan pak nuar hahahaha.

Tapi yang tak bestnya balik beraya tahun ni tak bawa kamera ok adoiii stress sudah. Eh eh tapi ni bukan nak cerita balik beraya kat kampung ai tau tapi kampung mertua lah hehehe..

Disebabkan tahun ni kami beraya di MUAR my hometown so kami balik ke SP my hubby's hometown pada  24 Ogos bersamaan hari Jumaat dan 6 syawal yer..yerlah nak ikotkan suami boleh je terus balik kampung dia pas beraya kat kampung ai tapi tulah staff dia sibuk no nak cuti raya lastnya bos yang beralah ekh takpe tahun depan suami lak nak cuti lama hahahahah..

Dah raya ke enam ni takdelah raya sangat pon kan just pergi rumah mak saudara belah suami la kan. tapi lebehnya berjalan ke Penang as usual la kan hahahaha..

Tapi tulah picture tak banyak lah sebab nya tak bawa kamera kan.

Ni serba sedikit picture ai beraya ke Penang yer (hahahah beraya lah sangat kan) sakan kot .

Opss serba sedikit ker jangan sampai korang muntah darah dah ler yer tengok picture yang banyak ni ha..kalau rasa rasa boring clickt aja pangkah kat kanan tu yer


Terminal feri penang

pasembor padang kota, so so jer tak boleh lawan subaidah melaka

coconut for  him an MIL

laksa penang ni sodap

MIL khusyuk tu

ramai orang kot

sayang yang khusyuk makan laksa

padang kota dimalam hari 

malam di padang kota

si hensem saya

MIL

ni pon ada dijual di padang kota

posing sikit

ramai orang

pekena rojak buah pulak

awat laki aku cmtu hahaha

Gosip anak beranak

hamek kau panjang betol beratur

almost one hour gak kat beratur ni 

sementara menunggu suami beratur baik ai oder ai r dulu and cop tempat duduk

cuba cari mana satu suami ai 
Ha dah beratur panjang panjang ni mari kita tengok hasilnya yer

tadaaa.



for me tak sedap mana pon biasa je sedap lagi nasi ganja ipoh tau..tetiba terasa nak makan nasi ganja la

So started dari keluar rumah je dah makan sampai ke malam pon makan saja g penang ni tau huwaaa dengan itu badan gue sudah naik dan mengembang dengan jayanya sekian terima kasih.

Next entry will update balik beraya part 2 di AS lak yer 
tapi tak tau bila nak hapdate nye la kan hehehehe



Wednesday, September 5, 2012

Kesedaran

Dalam meniti kehidupan seharian banyak yang kita terlupa dan terleka kan, dan disebabkan itu juga lah kita banyak kerugian. Kerugian bukan dari segi harta benda tapi dari segi 'MASA' yang tak akan pernah menunggu kita tapi sebaliknya pantas meninggalkan kita dengan jayanya.

Anak sedara yang sulong dulu kecik jer sebab lahir tak cukup bulan now dah masuk 11 tahun, dulu dipanggil adik sekarang dipanggil kakak itu sudah cukup membuatkan aku terasa tua ok..
Terdetik juga kat hati ni sampai bilakah aku berpeluang hidup di muka bumi ni, cukupker amalan yang akan ku bawa untuk hidup di 'SANA' nanti.

Tapi alhamdulillah selepas kahwin tak banyak sikit adalah juga perubahan ku, dulu ko main sibuk tayang rambut sana sini and pakai baju pendek seluar pendek sebab lebih ringkas dan tak panas lah konon hehehe..tapi alhamdulillah pas kahwin atas berkat bimbingan dan dorongan sang suami yang bijaksanan (eceh) aku dah mula pakai tudung dan menutup rambut sepenuhnya, tak de lagi seluar pendek baju takde lengan bagai eh..Tapi sekarang ni bila pakai tudung pakai baju lengan panjang tak de la pulak terasa panas or rimas kan, tulah dulu nafsu and godaan syaitan yang menyebabkan kita jadi begitu,

Opss tapi aku bertudung tak ikot fesyen ekh, ikot suka hati aku je nak pakai apa tapi yang pasti aku selesa dengan style yang digayakan, Yelah nak ikotkan zaman sekarang ni kalau fesyen bertudung tu komain banyak belit sana belit sini terbelit lak leher aku nanti hehehe.. Aku pon baru je lagi berhijrah so aku ambik pendekatan yang mudah iaitu berpakaian dan berfesyen yang simple dan selesa tanpa mengikuti peredaran fesyen biarlah orang nak kata ketinggalan zaman ke apa ker yang penting kita cantik di mata ALLAH, setakat cantik di mata MANUSIA takkan kemana pon sebab segalanya hanya untuk ALLAH.

So setakat ni untuk mengukuhkan lagi keimanan dalam diri maka kami membeli lah serba sedikit buku agama seperti di bawah.







Hopefully dengan adanya bahan rujukan dan bacaan seperti ini dapat menambahkan lagi keikhlasan hati untuk memperbaiki diri dan ketetapn iman amin.

Sunday, September 2, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Rasanya masih tak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kan kan kan..yela rayakan sebulan..ha kalau dah stop blogging jap kompom malas nak start balik kan..


Hurmm kalau rajin nanti update kisah my raya yer..tapi entah bila la agaknya..

Walau macam mana sekalipon akan ku hapdate belog ni sebab ni my diary and nanti bila bila boleh baca balik kisah dedulu plus hope ia akan menjadi kenangan bila ai dah tak de nantii..(tetiba wat ayat sedih ekh )

K . bye

Wednesday, August 15, 2012

BALIK KAMPUNG O O O BALIK KAMPUNG

Lagu arwah seniman Sudirman "balik kampung" tu dah jadi macam makanan harian aku dah asikle nak mendengo lagu tuh sebabnya terlalu excited nak balik kampung...huwaaa rindu rindu kat kampung ku  and family ku

Mood balik kampung activated since early this week tau huhuhuhu sangat excited and tak sabar nak balik kampung because this is my first raya as a wifey and tahun ni akan bertambah lah lagi sorang anggota keluarga Cik Jah and Cik Nuar yerk hehhe.

Masa taip entri ni pon mulut dok menyanyi lagu balik kampung tau hahahha.

Hari nak balik kampung lah hari ni jugaklah aku kelam kabut kemas rumah tapi bawah je sempat hahahah yang bahagian atas pas balik dari raya lah ye buat, sebab kat atas hanya bilik je pon.tapi huwaa nangis lagi,bilik pon kalau dah ada tiga jenuh juga aku nak mengemas kan. Ni pon mengemas sampai melecet jejari runcing i tau (geli ketiak den ) hehehehe..
.
Tapi yang bagusnya rumah aku kemas last minit tapi baju and barang nak balik kampung aku dah siap kemas hari Isnin lagi walhal nak balik hari Khamis, nampak sangat hooover kan hehehehehe..

Suami sayang siap cakap lagi kalau kemas awal awal tapi ada barang yang tinggal gak tak tau lah nak kate apa ekh heheh...

Entri ni ditulis 3 jam sebelum bergerak pulang ke kampung.
entri tidak bergambar sebab nye tak de mood nak ambik gambar nanti kalau agak agak naak letak gambar aku edit lah balik ekh hehehehe '

di kesempatan ini .i nak mengucapkan ' SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua yeahh.

Pada mereka yang pulan ke kampung "PANDU CERMAT JIWA SELAMAT & BERHATI HATI DI JALAN RAYA".

Doakan perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat. AMIN

Bazaar Ramadhan yang Hampeh

Ei tak fahamlah orang yang meniaga kat bazaar ni yang tak pandai masak pon nak meniaga juga ekh asalkan boleh buat duit. Puasa kan so orang sume nak makan sedap sedap tau tapi bila yang terkena yang tak sedap yang basi ker potong stim tau tak.

Masa first day puasa pergilah bazar ramadhan beli air tebu, murtabak roti john, and kueh, nak dijadikan cerita tengah excited nak makan kueh alih alih  suami terus keluarkan balik kueh dia rupanya dah basi ok..terus jadi stress, rasa kueh yang lain pon sama juga, air and murtabak je ok hari tu.

So from that day terus aku masak je setiap hari baru puas hati makan ok. kalau buka kat luar pon kami akan make sure tempat tu memang sedap kalau tak memang hanginlah kan dahlah orang tengah lapar makanan lak tak sedap confirm sakit hati tau.  

So semalam memang tak nak masak lah sebab barang dapur pon dah habis harini pon nak balik kampung so teruslah pergi bazaar and nak beli lah lauk ( suami malas nak buka kat luar ) sudahnya sampai bazar dahlah lauk mahal , ikan sampai rm 8 seekor (ikan kembung) pengsan pastu , lauk yang selalu beli dua hengget je tetiba naik tiga hengget pastu lagi sikit dari dua hengget yang aku selalu beli tu. hampeh.

Tapi kan bulan puasa ni kan elok kalau kita cakap elok elok, ni makcik yang jual ikan kembung rm8 sekor tu kan kurang ajar sey, yelah ada pakcik ni tanya napa mahal sangat sampai Rm 8 seekor, dia boleh jawab ha kalau nak murah beli ikan mentah masak kat rumah murahlah kan.terus dia tak layan pak cik tu. kesian aku tengok kot, dahlah pakcik tu tua pastu nampak pon macam kurang kemampuan. apa salahnya la hai kalau dia turunkan sikit harga dengan niat sedekah kan..mesti orang doakan rezki dia lebih murah.

hurmmm entahlah tu yang tak suka pergi bazaar.


Tuesday, August 14, 2012

Rasa yang Terluah juga



It is August already and i still with my title (housewife) i am unemployed for 8 month huhuhuhu so amazing lah. Before married i am a career woman so i got paid every month and i can buy what i want and i quite boros jugaklah sampai i tak boleh bayangkan macam manalah kalau i tak bekerja mesti i tak boleh nak hidup kalau harapkan duit hubbyje. but ternyata my assumption is wrong.even i am a housewife and only hubby je yang kerja but hidup i boleh dikira selesa dan taklah Owh i tak boleh hidup kalau tak kerja hehehehe. Even only my hubby yang bekerja tapi alhamdulillah Allah tu berikan kecukupan rezki dan mengaturkan yang terbaik untuk kami, Even i am a housewife i still boleh shopping every month tapi taklah semewah masa bekerja and pegang duit sendiri dulu, hubby still bagi duit belanja and dia juga yang bayarkan duit kereta i, he pay everythig. so proud of him hehehe.


A lot of things that i have planned to get by this year is not come true yet such as i planned to buy a house at the end of the year but if i still jobless howcome to buy a house. So i pray hopefully after Ramadhan i will get a job.Sometimes, when i do a blog walking.. i read some other people stories, i automatically thinking that why my life is not lucky as they are? No i i don't want to be ungrateful person because everything happen must be a reason and Allah is the best planner and we should believed on Takdir and Allah knows better than us. He dont give us what we want but he will give what we need. I must be patient and to try harder and harder!. Chaiyok Chaiyok. I know sooner or later i will achieved my ambition to get my dream job and fulfill my wishlist.


I really want to work not just for myself but i want to help my husband to improve our family financial for our future kids and also to balas jasa my parents yang dah banyak berkorban untuk i. I want to work to make them happy and i boleh shopping kan untuk diorang wa so sad because this year i didnt get the opportunity to treat them for shopping raya.


Yesterday i got good news which i passed the first stage and proceed to the second stage. I really hope i can do well on second stage and proceed to the last stage and managed to get the job. I want the job badly. Actually this job will be working in well known GLC company which they offer a good benefit and pay.


But i leave it and tawakal to Allah, he knows better what is the best for us (hambanya yang lemah). Kalau kerja ni yang terbaik untukku Kau permudahkanlah, tapi kalau bukan untukku Kau tetapkanlah kerja yang lebih baik untukku kerana aku yakin dan sangat percaya dengan ketentuan Allah Kerana aku yakin Allah lebih mengetahui.


Doakanlah aku dapat kerja ni ekh . Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan aku dapat kerja secepat mungkin yer..
Kepada yang mendoakan.Tq so much hanya allah yang boleh membalas kebaikan tersebut.


This raya will be my first raya as a wifey and  me quite excited  because we will celebrates our eid at my hometown yeahaaa..Walaupun i tak kerja tak de duit sendiri nak shopping tapi raya ni still meriah because my hubby completely  managed  everything we need termasuklah my stuff for hari raya. Walaupun dia sorang yang bekerja i masih lagi boleh shopping raya, dapat kasut baru, handbag, baju, make up , complete set lah hehehe.

Hopefully tahun raya tahun depan aku dah kerja boleh aku lak shoppingkan my parents and my hubby so akan jadi lebih meriah lah raya kan..mudah-mudahan yer.

Amin