Wednesday, September 5, 2012

Kesedaran

Dalam meniti kehidupan seharian banyak yang kita terlupa dan terleka kan, dan disebabkan itu juga lah kita banyak kerugian. Kerugian bukan dari segi harta benda tapi dari segi 'MASA' yang tak akan pernah menunggu kita tapi sebaliknya pantas meninggalkan kita dengan jayanya.

Anak sedara yang sulong dulu kecik jer sebab lahir tak cukup bulan now dah masuk 11 tahun, dulu dipanggil adik sekarang dipanggil kakak itu sudah cukup membuatkan aku terasa tua ok..
Terdetik juga kat hati ni sampai bilakah aku berpeluang hidup di muka bumi ni, cukupker amalan yang akan ku bawa untuk hidup di 'SANA' nanti.

Tapi alhamdulillah selepas kahwin tak banyak sikit adalah juga perubahan ku, dulu ko main sibuk tayang rambut sana sini and pakai baju pendek seluar pendek sebab lebih ringkas dan tak panas lah konon hehehe..tapi alhamdulillah pas kahwin atas berkat bimbingan dan dorongan sang suami yang bijaksanan (eceh) aku dah mula pakai tudung dan menutup rambut sepenuhnya, tak de lagi seluar pendek baju takde lengan bagai eh..Tapi sekarang ni bila pakai tudung pakai baju lengan panjang tak de la pulak terasa panas or rimas kan, tulah dulu nafsu and godaan syaitan yang menyebabkan kita jadi begitu,

Opss tapi aku bertudung tak ikot fesyen ekh, ikot suka hati aku je nak pakai apa tapi yang pasti aku selesa dengan style yang digayakan, Yelah nak ikotkan zaman sekarang ni kalau fesyen bertudung tu komain banyak belit sana belit sini terbelit lak leher aku nanti hehehe.. Aku pon baru je lagi berhijrah so aku ambik pendekatan yang mudah iaitu berpakaian dan berfesyen yang simple dan selesa tanpa mengikuti peredaran fesyen biarlah orang nak kata ketinggalan zaman ke apa ker yang penting kita cantik di mata ALLAH, setakat cantik di mata MANUSIA takkan kemana pon sebab segalanya hanya untuk ALLAH.

So setakat ni untuk mengukuhkan lagi keimanan dalam diri maka kami membeli lah serba sedikit buku agama seperti di bawah.







Hopefully dengan adanya bahan rujukan dan bacaan seperti ini dapat menambahkan lagi keikhlasan hati untuk memperbaiki diri dan ketetapn iman amin.

No comments: