Saturday, February 18, 2012

Tetiba.....

Biasala weekend kitorang mesti keluar jenjalan ... Gi dating tuh hehehehe..so jalan punya jalan la kan tetiba (ha kan dah masuk tajuk tuh) TERNAMPAK satu handbag ni..so belek punyala lamakan pergila dekat encik suami sayang..

aku: u sini jap ce tengok handbag ni cantik tak
suami: ha biasaje
aku : alah u tu lelaki mana tau ape...eh warna hitam ngan merah mana lagi cantik
suami: merahla u
aku: ok..nak boleh
suami: berapa harga?
aku: xxx je pon
suam: aik murah sangat tuh pilih la yang lagi mahal
aku: amboi kerek nye...ala tak boleh cakap jela tak boleh tak payah nak perli boleh tak...hurmm takpela nampaknya bukan rezki i la tuh kan...sambil berlalu pergi(skema ayat kan)
suami: hurmmm yela kalo nak ambik jela
aku: ekh ekh ekh yeke okla nak la trus g bayo and blah dengan muka happy yang macam nak kena mintak penampo dengan suami ..

so sepanjang harituh asik senyum je n cakap dengan suami lembut sangat aish sampai encik suami kate 'oit u ni dah kenape gedix betol'

hehehee so nampak tak kat situ yang aku ni ha suara memetir tak pernah berlemah lembut tu yang bila cakap berlembut suami cakap gedix hahahah..

moral of d story: silalah memikirkan taktik yang touching supaya suami pon tak sampai hati nak tolak permintaan kite ...

***kalau ade tips lain boleh la share ekh

Maggie Ajo

Hurm sbb harini suami tak balik lunch malam pon dia ade dinner so aku masak maggie ajola jawabnye...nak makan kat luo memang taklah kan...

tak taula nape semenjak dua menjak kahwin ni aku jarang nak kuo sendiri...kalau keluar mesti nak berteman and ofkos en suami sayang peneman setia...

so berbalik pada topik diatas tuh ha aku makan maggie kari yang terlebih pedas sampai bibir aku dh jadi bibir angelina jolie jap...sebabnya kan terletak banyak sangat black pepper ok...tapi sebab dah lapo punya pasal, malas nak kuo beli makanan lain kan, tak nak membazir lagipon membazir kan amalan syaitan so aku bedal jelah (padahal tolak batu dengan kayu je kan)ok fine mengaku aku kaki melantak..so what??

eh korang kalo masak maggi kari letak lada hitam (yg ditumbuk halus) sikit mesti sedap tau
tak caya cubalah

ok bye

Kerana Perut

Amboi tajuk terkedu ai bace ok...hehehehe actually entry ni aku buat sebab teringat kat exoffice mate masa keje kat key elle dulu wei..Si nana..kami sebaya tapi ofkos aku nampak muda remaja kan sebab size dia yang lebih tinggi tuh menjadikan dia nampak lebih matang ok i tak kate pon lebih tua kan kansss..

Kisahnya cenggini aku ni section lain tapi oleh sebab peramah sangat ni satu floor pon aku tegur , satu floor pon aku menyembang wei..siyes best kan dapat menyembang and gelak gelak macam tukirah(orang gila la).

Setiap hari aku or nana mesti bertegur sapa, nana ni selalu la send email lawak kat aku wei..dah dok gelak sorang-sorang bila mengadap pc tuh..ehem time ni bos pon mula la menjeling manja..

Satu hari tuh nana dahla cerita lawak tu siap wat aksi wei tu yang aku tak tahan gelak tuh..


Lawaknya berbunyi:
Nana: wani ko nak petua tak kuruskan perut
aku: ofkos la nak wei perut aku ni ha makin hari makin sihat wei
Nana: ko ikot aku ekh
Aku: ok geng
Nana: Nanti ko bangun pagi ko berdiri tegak ko tunduk tengok perut ko and tepuk sekuat hati sambil cakap ' buat malu, buat malu buat malu'

aku tak kisah sangat pon lawak tuh yang aku tak tahan siap buat aksi tu...time tuh aku ain mek and ani kot ade sume mengekek gelakkan si nana.


oklah tu je ank cerita ...

Pesanan untuk Nana: Nana ko memang terbaik derr

eh eh eh gambo nye mana?

ha meh sini nak gtau aku ni bab mengambik gambor tu kurang sikit la .. so jawapannya takde gambor le oitt

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI!

Dipetik: Syareena.com
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

Friday, February 17, 2012

Lunch







Today en suami takde okay dia pergi kerja (kat bawah dah cerita). So no masak memasak terus lelaju pergi KFC yang sekangkang kera jer jauh nye tu beli la Snack plate u ollss

Tapi unfortunately ayam goreng spicy dia tawar okay cam tak rasa pape..stress betollah.

Ha ambikla picture nie biar korang lak terliur ekh.

snack plate (rm 10.05)-lunch treats


ha today again weekend my hubby kena kerja ok....Actually bukan kerja sangat pon tapi kehadiran adalah diwajibkan la tadi tuh..

harini kan 18 /2/2012 PM turun Ipoh ade karnival RTC. RTC tu ape ekh ...eh eh sabo ekh ni nak cerita la ni ..

RTC = Rural Transformation in the Country

Program Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre - RTC) ini akan dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak pada 18 Februari 2012.

Orang ramai dijemput hadir ke sambutan pelancaran ini yang akan berlangsung dari 16-19 Februari 2012. Terdapat pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik telah diatur sempena perasmian RTC berkaitan agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan akan dijalankan oleh pelbagai agensi.


ha nampak tuh .en suami sayang ade kat sini la wei...

tingal la bini dia sensorang ni ha...


STRESS

JODOH

Hurmmm tengok tajuk dah tau cam ayat pasrah je kan....

Jodoh, Ajal , Maut, Rezki , sume Allah yang tentukan kan
kerana dia MAHA Mengetahui n dia sediakan rancangan yang terbaik untuk hambanya..


Kadangkala Allah tu tidak berikan apa yang kita inginkan tapi dia berikan ape yang kite perlukan..


***Renung-renungkan


mood: nak dengar lagu wali band cari jodoh lah

Hamek kaw...

harini suami tak makan kat rumah so ambiklah kesempatan ni nak nak wat DLL ...\



lastnya DLL ntah ke mana meleceh je dapat coz periuk meletup okay homaigodd tula cuai sangat kan..


mana tak nya orang rebus benda alah tu sampai air setengah....


aku rebus sampai kering and meletup periuk ha hamek kaw nasib baik dengan aku aku tak meletop kalau tak jadi altantuya dah oit nauzubillah wei..


peringatan: untuk diri sendir jangan bermain dengan api n jangan cuai sangat

kay bye

Thursday, February 16, 2012

Tips Kuruskan Badan

Here We go

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga tips di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!



ADAKAH SAYA GEMUK???


WOW

Adakah saya gemuk ?

Anda boleh mengetahui status berat badan anda dengan menggunakan Indeks
Jisim Tubuh (IJT) dan juga Nisbah Pinggang-Pinggul (NPP)

A.Pengiraan Indeks JisimTubuh (IJT)
Pengiraan IJT menggunakan formula:
IJT= Berat Badan (kg)
Tinggi(m) x Tinggi (m)

IJT STATUS
18.5 - < 25 = UNGGUL/ SESUAI
.
25 - < 30 = BERAT BADAN BERLEBIHAN

< 30 = GEMUK/OBESITI

B. Kira Nisbah Pinggang –pinggul (NPP) anda:
NPP= Pinggang (cm)
Pinggul (cm

NPP STATUS
<0.85 (wanita) = Risiko Rendah untuk menjadi obes

<0.95 (lelaki) = Risiko Rendah untuk menjadi obes

> 0.85 (wanita) = Risiko Tinggi untuk menjadi obes

> 0.95 (Lelaki) = Risiko Tinggi untuk menjadi obes

So pasni boleh kira di tahap manakah anda..




FAKTOR-FAKTOR PENAMBAHAN BERAT BADAN


katakan tidak pada lemak



Eishhh sume orang tak nak gemukkan. so lets find out ape penyumbang kegemukan supaya kita boleh mencari alternatif untuk mengatasinya kay.


Faktor-faktor penyumbang penambahan berat badan:

1) Mengambil Kalori Lebih daripada Keperluan Badan Setiap Hari. Pada umumnya, keupayaan badan wanita membakar kalori adalah 1200 sehari manakala lelaki 1800 sehari ketika rehat. Jika sehari kita terlebih kalori 300 kalori, maka sebulan menjadi 9000 kalori. Bagi setiap 8000 kalori yang tidak digunakan, ianya akan tersimpan menjadi 1.0kg lemak. Maknanya setiap bulan akan ada penambahan berat dalam lemak sebanyak 1.0kg

2) Pengambilan Makanan Yang Tidak Seimbang - Badan kita memerlukan 46 jenis nutrien sehari iaitu 8 jenis asid amino perlu (dari sumber protin); 18 jenis vitamin; 20 jenis mineral, selain dari lemak, karbohidrat dan 8 gelas air. Sekiranya badan kita tidak dibekalkan dengan kesemua nutrien yang diperlukan, maka badan akan memberi isyarat lapar. Perut yang lapar meminta makanan untuk diisi. Oleh itu kita akan sentiasa makan. Kadang-kadang kita makan 5 kali ke 6 kali sehari. Dan apa yang kita makan pula tidak memberikan apa yang diperlukan oleh badan. Kalau kenyang pun hanya sementara.

3) Diet Yang Tidak Sihat - Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.

Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan, secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.

Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa. Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.

Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun. Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori yang banyak.

4) Kurang Aktiviti Fizikal - Tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging, riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Pengambilan kalori tinggi + Metabolisme Rendah = GEMUK

5) Sistem Usus yang Tidak Sihat/ Tidak Bersih - Walaupun kita telah mengambil nutrien yang lengkap dan mengamalkan pemakanan seimbang, tetapi sekiranya sistem usus kita tidak dibersihkan, maka penyerapan nutrien di saluran usus menjadi lambat dan tidak efektif. Kebanyakan nutrien akan diabaikan dari diserap masuk ke dalam saluran darah. Maka apa yang kita makan hanyalah pembaziran.

6) Faktor Usia - Kadar metabolisme akan mula menurun apabila usia semakin meningkat.Wanita akan mula mengalaminya ketika usia 30an dan lelaki usia 40an. Sekiranya ketika usia ini kita masih mengamalkan pemakanan seperti umur muda, maka kita akan terlebih berat kerana keupayaan membakar kalori sudah menurun. Ditambah pula dengan pergerakan fizikal semakin terbatas.