Wednesday, April 10, 2013

Perihal Memasak

Oit bila sebut bab masak jer aku ni naik buntu blur sume pun adalah kalau pikir harini nak masak ape??
Sepanjang 1 tahun bergelar 5 bulan bergelar isteri almost 70% aku masak sendiri kat rumah yer..

Tapi di atas sebab-sebab tertentu makanya aku stop masak selama setengah tahun. Ha kenapa stop memasak sebab keguguran lah puncanya pastu terus menjadi kemalasan hahahaha...

Opss aku bercinta dengan laki aku ni 5 tahun tau pastu kahwin  ha maksudnya dah 6 tahun lebih kurang kan. Masa aku baru kahwin wah idea mencurah-curah nak masak itu lah ini lah segalanya nak masak satu hari sampi 3 4 jenis lauk curlass ko tau ..tapi sekarang hampeh satu hari satu jer lauk tak kose dah nak masa berjenis-jenis lauk kecuali mood RAJIN itu datang menjengah hehehe..


Eh tapi tulah sepanjang aku kenal laki aku ni dia ni memang lah banyak pantang makannya ada jer tak makannya. Seafood tak makan ok, udang paling dia pantang (tapi iolls suka udanga achaner tu) sotong ketam pon kurang makan nyer and kalau tak makan pon dia tak heran tau..so choices yang aku ada untuk memasak and mempelbagaikan masakan adalah dari ayam, telur, ikan ( tupon memilih ikan nak yang mahal ikan tenggiri, ikan bawal, ikan kerapu pari segala tau )dan daging ha tak ke buntu aku tu wei...Lepas tu dia suka makan laukyang dia suka jer ..

Yang aku perasan ler, kalau aku masak yang dia suka makan ialah ayam masak kicap, tomyam putih, ayam masak merah, sambal ayam, kari ayam, rendang tu jer kot. ha yang aku geramnya kalau boleh setiap hari dia nak makan lauk yang dia suka aku lak yang jemu, contoh macam semalam aku masak ayam masak merah ala thai harini aku tanya " u nak makan lauk ape esok? dia cakap u masak jer macam semalam ko tauaku jer  jemu. Tapi dah itu dia suka itu ler aku masakkan

Ha lagi satu masalah laki aku agak memilih sayur and banyak gila dia tak makan sayur bila tanya nape dia kata tak sedap lah sayur dia rasa sayur (oheymmgee sayur ada ker rasa daging yang oiii) macam budak-budak laki aku ni ha..

Macam awal-awal kahwin aku buat macam-macam masakan try and error tanya dia suka tak sedap tak kalau dia suka and sedap tulah aku selalu masak tapi kalau dia kata pasni tak payah masak lagi ha tak payah lah jawabnya kalau masak gak confirm dia tak makan..Pernah sekali tu aku masak, kobis masak lemak, telur dadar, sambal lada cili kot and ikan kering wah aku makan cukup berselera kot tapi aku tengok laki aku makan tak habis rupanya dia tak suka lauk macam tu paling tidak nak kena ada ayam tau..sedih jer hati penat-penat masak dia makan sikit jer pastu siap cakap pasni jangan masak lauk camtu lagi dia tak suka homaigoddd sentap i tau..tu selera i la..pastu aku buat kek coklat, dadih, wat puding caramel wat, kek batik dia tak makan hokey dia kata dia tak suka manis-manis ni sudahnya aku makan pon banyak mana buang jelah jawabnya. So start daripada kejadian itu aku memang ler tak masak dah pe yang dia tak suka kalau teringin nak makan kek beli jer walaupon tiada kepuasan disitu dah tu nak wat cmner kang membazir duit tenaga and masa jer baik bli jer. lauk pon sama..aku masak yang dia suka jer..

Ohoi aku berkorban kot citarasa aku yang nak makan udang sotong, ketam segala tu kalau masak ikut selera dia jer tapi kadang-kadang tu dah teringin masak gak lah sotong ker udang ker. bukan ape setakat untuk tekak aku jer alahai baik beli jer nak masak leceh siot..Tapi demi mu suami ku i rela tau.

So kesimpulannya ialah sebelum kahwin ni tak payah kesah nak pikir nak masak pe kadang makan maggi and biskut pon boleh jalan gak tau..tapi pas kahwin ni dah kena pikir nak masak ape nak makan ape sebab bukan kita jer nak makan tapi laki kita pon nak makan sekali tapi yang paling penting  fikir macam mana nak bagi perut laki kenyang tau..and kena ikut kan selera dia tau ..

Ok ni bukan keluhan tapi sekadar luahan sebab aku mesti blur bila pikir nak masak ape sebab laki aku bukan boleh kalau masak lain dari citarasa dia kang dia tak makan naya jer wat penat aku jer tau ..

ha ni sebahagian masakan yang aku masak yang lain entah kemana picturen ya dalam album fb banyak ler heheh..saya budak baru belajo so masak yang simple2 jelah kalau nasi-nasi tu , setakat nasi beriyani, lemak , minyak, nasi tomato tu boleh ler, yang lain lom belajo lagi yer..
















No comments: