AMARAN: ENTRI TIADA GAMBAR DAN PANJANG
weekend yang dua minggu lepas just lepak kat rumah coz dah janji dengan orang aircond nak upgrade aircond 1.5 hp rasanya 1hp ni boleh2jerlah bila siang tu nyaman jer tapi sejuk menggigil tu tidak yer..so tu yang husband decided nak upgrade 1.5 hp.
Ceritanya bermula begini yer, kitorang dah decided nak upgrade aircond dari last weeknya so budak tu janji nak pasang aircond hari isnin, memandangkan hari isnin iolss pon ada cek up so en asben decided nak cutijer senang, tapi memandangkan staff beliau ramai lak yang mc lah el lah segala kan so dia pon membatalkan niatnya itu tau kebetulan pulak orang aircond tu tak jadi nak pasang hari isnin so en asben pon cutilah hari selasa esoknya tu semata- mata nak tunggu orang pasang aircond, i is pengecut pape kalau nak pasang aircond ker orang betol paip ker wayaring ker semua kena ada encik asben tau..so asben i ni agak berangin lah kan cuti terbuang begitu sahaja tapi takpelah dia pon cool lagi pastu budak aircond tu janji nak pasang rabu asben takkan nak cuti lagi so dia kata pasang saturday jer lah budah tu pon kata akan pasang pagi sabtu tu kan..
Kitoran ni bangunlah awal breakfast awal-awal kang bila dah orang pasang aircond time tu lah ko nak breakfast segala, sekali tunggu punya tunggu sampai kul 3 takde orang datang pon i is dah berangin membebel jer kat husband cakap itu ini husband relax lagi ni and kedai tu pon kol kata tak sempat pagi pasang petang dalam pukul 5-6 petang..so asben pon gelak2 and kata oklah kitorang tunggu jangan tak datang pulak,
Sekali dah pukul 6.45 sorang pon takde datang aku punya hangen time tu rasa nak mencarutkan ajer eissh sakit gila hati.aku ingat aku sorang jer sakit hati en asben lagi sakit hati dia siap suruh " u cepat siap i nak pergi kedai aircond tu balik cancellah upgrade aircond camni".
Dalam keta aku bebel-bebel en asben senyap jer, sampai kat kedai tu dia terus cakap nak cancel upgrade aircond tu, yang si makcik tua ni (pekerja ganti ke pe entah sebab sebelum ni dia takde pon ) tak tau pape nak marah2 kata tak boleh cancel lah pe lah sebab budak pasang aircond on the way lah ..
Ha ni lah klimaksn ya bila laki iolls meletup ok ha dia terus jer tengkin makcik tu " saya tak kira saya nk cancel upgrade aircond saya nak duit saya balik tu jer, pulang balik duit senang habis cerita, dah bayar habis, tapi nak pasang aircond komain payah adajer alasan, makcik tu menjawab siot dia kata masalahnya budak pasang aircond tu tetiba cuti, laki aku dah berangin aku pon takut nak tegur aku senyap jer dengor kan ajer, asben aku kata " cuti ker pe ker tu bukan masalah saya pandai-pandailah pengurusan uruskan sebab janji dengan saya berapa kali nak datang pasang tapi takde pon saya sampai ambik cuti sia-sia macam tu jer ni pon satu hari duk tunggu orang pasal aircond tak datang-datang buang masa kot, ni kalau datang pukul 7 lebih nak pasang kejadahnya dah nak maghrib ingat orang tak reti magrib ker dah saya tak kira saya nak duit balik"
tapi makcik tu masih berkeras tak nak pulang duit nasib baik si sorang lagi pekerja tu dia ok dia tau yang handle kitorang sebab dari awal dahlah salah pasang , pastu husband ok lagi pastu janji nak pasang hari isnin tak jadi pon husband ok lagi gelak-gelak lagi pastu hari selasa cuti terbuang gitu pon dia gelak lagi tapi sampai bila orang boleh sabar, sabar ada hadnya, pastu dia pulangkan duit dia minta maaf kat aku sebab time ni laki den dah masuk keta dia kta tak tahan tengok muka mak cik tua yang kuat menjawab dia takut lagi naik hantu kang, so lepas budak tu pulang duit dia minta maaf sebab dia pon tak sangka en asben boleh mengamuk macam ni sekali sebab sebelum ni dah banyak x delay en asben gelak2 and cakap takpe dia faham tapi korang lemak lah bila dah bagi betis nak peha pulak .
tapi aku pon tak faham ape yang payah sangat ko nak g pasang aircond baru kat uma aku tu sampai ko rang ada jer alasan nak delay.pelik kan
ha tapi siyes ni first time tengok en asben marah orang gila teruk aku pon naik seram and kelu lidah takut wei, sebab so far aku tak pernah lagi kena marah teruk macam tu dengan en asben and orang pon pelik kalau asben aku marah sebab dia ni bukan jenis orang yang bengis pemarah, tapi suka melawak, lagi sabar dari aku ekh, cool jer kan tapi bila dah mengamuk oden pon tak dapek nak nolong..
So kesimpulannya air yang tenang jangan disangka tiada buaya ( ahahah tak memasal maksud nya orang yang senyum jer gelak jer jangan disangka boleh diperlekehkan )
laki aku dah banned dah kedai tu siap tak boleh nak tengok lagi kedai tu marah benor gamaknya hahaha
No comments:
Post a Comment