Wednesday, August 15, 2012

BALIK KAMPUNG O O O BALIK KAMPUNG

Lagu arwah seniman Sudirman "balik kampung" tu dah jadi macam makanan harian aku dah asikle nak mendengo lagu tuh sebabnya terlalu excited nak balik kampung...huwaaa rindu rindu kat kampung ku  and family ku

Mood balik kampung activated since early this week tau huhuhuhu sangat excited and tak sabar nak balik kampung because this is my first raya as a wifey and tahun ni akan bertambah lah lagi sorang anggota keluarga Cik Jah and Cik Nuar yerk hehhe.

Masa taip entri ni pon mulut dok menyanyi lagu balik kampung tau hahahha.

Hari nak balik kampung lah hari ni jugaklah aku kelam kabut kemas rumah tapi bawah je sempat hahahah yang bahagian atas pas balik dari raya lah ye buat, sebab kat atas hanya bilik je pon.tapi huwaa nangis lagi,bilik pon kalau dah ada tiga jenuh juga aku nak mengemas kan. Ni pon mengemas sampai melecet jejari runcing i tau (geli ketiak den ) hehehehe..
.
Tapi yang bagusnya rumah aku kemas last minit tapi baju and barang nak balik kampung aku dah siap kemas hari Isnin lagi walhal nak balik hari Khamis, nampak sangat hooover kan hehehehehe..

Suami sayang siap cakap lagi kalau kemas awal awal tapi ada barang yang tinggal gak tak tau lah nak kate apa ekh heheh...

Entri ni ditulis 3 jam sebelum bergerak pulang ke kampung.
entri tidak bergambar sebab nye tak de mood nak ambik gambar nanti kalau agak agak naak letak gambar aku edit lah balik ekh hehehehe '

di kesempatan ini .i nak mengucapkan ' SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua yeahh.

Pada mereka yang pulan ke kampung "PANDU CERMAT JIWA SELAMAT & BERHATI HATI DI JALAN RAYA".

Doakan perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat. AMIN

Bazaar Ramadhan yang Hampeh

Ei tak fahamlah orang yang meniaga kat bazaar ni yang tak pandai masak pon nak meniaga juga ekh asalkan boleh buat duit. Puasa kan so orang sume nak makan sedap sedap tau tapi bila yang terkena yang tak sedap yang basi ker potong stim tau tak.

Masa first day puasa pergilah bazar ramadhan beli air tebu, murtabak roti john, and kueh, nak dijadikan cerita tengah excited nak makan kueh alih alih  suami terus keluarkan balik kueh dia rupanya dah basi ok..terus jadi stress, rasa kueh yang lain pon sama juga, air and murtabak je ok hari tu.

So from that day terus aku masak je setiap hari baru puas hati makan ok. kalau buka kat luar pon kami akan make sure tempat tu memang sedap kalau tak memang hanginlah kan dahlah orang tengah lapar makanan lak tak sedap confirm sakit hati tau.  

So semalam memang tak nak masak lah sebab barang dapur pon dah habis harini pon nak balik kampung so teruslah pergi bazaar and nak beli lah lauk ( suami malas nak buka kat luar ) sudahnya sampai bazar dahlah lauk mahal , ikan sampai rm 8 seekor (ikan kembung) pengsan pastu , lauk yang selalu beli dua hengget je tetiba naik tiga hengget pastu lagi sikit dari dua hengget yang aku selalu beli tu. hampeh.

Tapi kan bulan puasa ni kan elok kalau kita cakap elok elok, ni makcik yang jual ikan kembung rm8 sekor tu kan kurang ajar sey, yelah ada pakcik ni tanya napa mahal sangat sampai Rm 8 seekor, dia boleh jawab ha kalau nak murah beli ikan mentah masak kat rumah murahlah kan.terus dia tak layan pak cik tu. kesian aku tengok kot, dahlah pakcik tu tua pastu nampak pon macam kurang kemampuan. apa salahnya la hai kalau dia turunkan sikit harga dengan niat sedekah kan..mesti orang doakan rezki dia lebih murah.

hurmmm entahlah tu yang tak suka pergi bazaar.


Tuesday, August 14, 2012

Rasa yang Terluah juga



It is August already and i still with my title (housewife) i am unemployed for 8 month huhuhuhu so amazing lah. Before married i am a career woman so i got paid every month and i can buy what i want and i quite boros jugaklah sampai i tak boleh bayangkan macam manalah kalau i tak bekerja mesti i tak boleh nak hidup kalau harapkan duit hubbyje. but ternyata my assumption is wrong.even i am a housewife and only hubby je yang kerja but hidup i boleh dikira selesa dan taklah Owh i tak boleh hidup kalau tak kerja hehehehe. Even only my hubby yang bekerja tapi alhamdulillah Allah tu berikan kecukupan rezki dan mengaturkan yang terbaik untuk kami, Even i am a housewife i still boleh shopping every month tapi taklah semewah masa bekerja and pegang duit sendiri dulu, hubby still bagi duit belanja and dia juga yang bayarkan duit kereta i, he pay everythig. so proud of him hehehe.


A lot of things that i have planned to get by this year is not come true yet such as i planned to buy a house at the end of the year but if i still jobless howcome to buy a house. So i pray hopefully after Ramadhan i will get a job.Sometimes, when i do a blog walking.. i read some other people stories, i automatically thinking that why my life is not lucky as they are? No i i don't want to be ungrateful person because everything happen must be a reason and Allah is the best planner and we should believed on Takdir and Allah knows better than us. He dont give us what we want but he will give what we need. I must be patient and to try harder and harder!. Chaiyok Chaiyok. I know sooner or later i will achieved my ambition to get my dream job and fulfill my wishlist.


I really want to work not just for myself but i want to help my husband to improve our family financial for our future kids and also to balas jasa my parents yang dah banyak berkorban untuk i. I want to work to make them happy and i boleh shopping kan untuk diorang wa so sad because this year i didnt get the opportunity to treat them for shopping raya.


Yesterday i got good news which i passed the first stage and proceed to the second stage. I really hope i can do well on second stage and proceed to the last stage and managed to get the job. I want the job badly. Actually this job will be working in well known GLC company which they offer a good benefit and pay.


But i leave it and tawakal to Allah, he knows better what is the best for us (hambanya yang lemah). Kalau kerja ni yang terbaik untukku Kau permudahkanlah, tapi kalau bukan untukku Kau tetapkanlah kerja yang lebih baik untukku kerana aku yakin dan sangat percaya dengan ketentuan Allah Kerana aku yakin Allah lebih mengetahui.


Doakanlah aku dapat kerja ni ekh . Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan aku dapat kerja secepat mungkin yer..
Kepada yang mendoakan.Tq so much hanya allah yang boleh membalas kebaikan tersebut.


This raya will be my first raya as a wifey and  me quite excited  because we will celebrates our eid at my hometown yeahaaa..Walaupun i tak kerja tak de duit sendiri nak shopping tapi raya ni still meriah because my hubby completely  managed  everything we need termasuklah my stuff for hari raya. Walaupun dia sorang yang bekerja i masih lagi boleh shopping raya, dapat kasut baru, handbag, baju, make up , complete set lah hehehe.

Hopefully tahun raya tahun depan aku dah kerja boleh aku lak shoppingkan my parents and my hubby so akan jadi lebih meriah lah raya kan..mudah-mudahan yer.

Amin






Monday, August 13, 2012

New Bank Note A.k.a duit Raya

Bank Negara telah mengeluarkan satu lagi keluaran baru duit kertas yang telah pun di keluar kan baru baru ini . Duit baru ini melibatkan denominasi RM 1 RM 5 RM 10 RM 20 dan RM 100.

Pengeluaran duit baru RM 20 adalah untuk memudahkan urusan pengguna  lagipun duit RM 20 pernah dikeluarkan sebelum ni kan.

Ok stop cerita pasal duit baru ekh..dan beruntungnya raya tahun ni kita akan dapat duit raya versi baru ok..

So hari ni dengan penuh semangat keluarkan duit dan pergi ke bank untuk penukaran duit raya, Tapi malangnya huhuhuhu semua kehabisan duit tukar untuk duit raya ok..tanya juga tak dapat duit baru dapat duit kertas yang lama pon takpelah juga kan..so pergilah lagi tanya kat kaunter tu tak de ker duit kertas lama pon tak pe janji boleh tukar duit raya, officer tu kate yilek= takde ..huwaaa nanges lagi , kalau macam ni tak payah bagi duit raya lah boleh ?lalalalalalaal

Btw sampul duit raya pon ai tak de lagi hokay, tak tau nak dapatkan kat mana, suami suruh beli je pon tapi tulah tak tau lah nak beli kat mana sampul duit raya itu.huwaaa nanges lagi..

Ok fine malas nak nanges je memanjang kalau ada si suami mau kena flying kick kot sebab mengada sensangat hehehe...

So lebih baik kita tengok duit kertas baru edisi 2012 jom..

inilah duit baru itu


Ha ingat nak tukar duit raya yang hijau dan merah merah itu tapi kehabisan ok


Kena cari alternatif lain ar kan . kalau tak sian bebudak ni salam tak dapat apa pon dahlah setahun sekali kan  kans kanss..




Di Penghujung Ramadhan

Sedar tak sedar, diam tak diam, pejam celik pejam celik, jap je kita dah berada di hari ke 24 ramadhan ekh.. So ini bermakna lagi lima hari je nak beraya kanss.. Wow cepat sungguh Ramadhan pergi meninggal kan kita kanss.

Semakin kita berada diakhir Ramadhan semakin ramai yang sibuk dengan persiapan raya kans tapi dalam pada itu kita janganlah lupa untuk merebut peluang ramadhan yang tinggal lagi beberapa hari je ni ha..
Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat mu, aku bersyukur di beri peluang untuk menyambut dan meraikan Ramadhan yang mulia pada tahun ini ya Allah kau panjangkanlah umur ku dan suami ku supaya kami dapat menyambut dan meraikan Ramadhan pada tahun akan datang dengan lebih istiqamah dan dapat menambah kan amalan kami ya Allah. Amin

Ramadhan bulan yang sangat mulia, benda yang baik tu selalu berlalu dengan pantas kalau kita tak merebut peluang yang ada sesungguhnya kita berada dalam kerugian.

Eh eh tapi kan dalam hati ai ni pon terselit mood balik kampung yang melonjak lonjak tau..ha lagi dua hari je we ollss nak balik kampung waaa so excited giteewww sebab tahun ni first raya as a husband and wife and yang paling teruja sebab tahun ni beraya kat kampung ai .Raya raya ni orang tayang barang kemas baru, kereta baru tapi ai tayang ahli keluarga baru a.k.a suami yang sorang hehehehe 

Semoga perjalanan kami di permudahkan dan diselamatkan dari segala kesulitan dan kecelakaan. Amin

Sesi Menghabiskan Barang Basah

Memandangkan lagi lima hari je lagi nak raya and lagi dua hari je aku nak balik kampung, dahlah balik kampung seminggu so kenalah habiskan stok barang basah seperti ayam daging semua tu sebelum balik, yelah benda camtu bukan boleh simpan lama sangat nanti dah tak elok. hehehe

Yelah biasanya aku kalau belanja beli stok barang basah untuk dua minggu yelah kalau letak dalam tempat sejuk beku tu ayam daging ikan boleh lah tahan dua minggu, walaupon tesco tu depan rumah je pon aku malas nak pergi hari hari sebabnya kalau aku pergi hari hari , hari hari juga lah duit aku keluar mesti adaje benda yang nak dibeli nya heheheeh. so untuk jalan selamat beli stok untuk dua minggu sekali hehehe.

P/s : Sebenarnya banyak benda nak update tapi blank pula pala hotak aku ni ha..
jap lagi kalau ingat aku update la ye kalau tak tunggujelah entry lepas raya ekh tu pon tak tau bila nak menghapdatenya kanssss. lalalalalalalalal hohohohoh balik kampung huwaaa mood balik kampung to the max ni 




Tuesday, August 7, 2012

Berbuka di Penang

Actually kitorang pergi Penang hari Sabtu and Ahad tau, hari Sabtu tu sayang bawakan bini dia ni pergi Gurney Plaza mencari baju raya hehehe tapi malangnya tak dapat sangat pon apa yang dicari.  

Konon nak cari T-shirt lengan panjang CK untuk sayang tapi satu pon tak cantik ok, menyesal tak beli kat KL haritu. Takpelah lepas ni turun KL boleh beli lagi. 

Memandangkan haritu selipar yang sayang pakai dah ternganga hahaha sedih je kan so belilah sandal ALDO  gantikan kasut dia. Satu hari tu ai pusing tak jumpa juga handbag yang berkenan di hati so frustrated ok. So ajak sayang balik je sebab kaki pon dah penat and lenguh ok and kitorang sempat sampai rumah untuk berbuka bersama ye. 

Hari Ahad pon pergi Penang juga kali ni misi nak menyoppingkan untuk mak mertua so sayang ajak pergi Queensbay jelah. Ai pon setuju konon nak mencari bawal aidijuma tapi sudahnya bukan aidijuma tapi tak jumpa ok sebab dok kalut mencari barang lain lak bila sampai sana hehehee.

Pusing pusing kedai jam mencari jam untuk Mak, masa masuk kedai jam tu mak cakap kat sayang " ait wani nak cari jam lagi ker bukan ker jam dia dah banyak" dia tak taulah tu sayang nak belikan dia jam. Sayang " kitorang dah ada jamlah". mak mertua terus bingung pastu panggil mak mertua suruh try jam tu terpinga-pinga dia pastu sayang kata " jam ni nak belikan kat maklah" so mak pon tersenyum simpul suke lettew dapat jam baru. selesai misi mencari jam so mencari handbag lak untuk mak mertua, setelah pusing satu queensbay akhirnya mak mertua bertemu jodoh dengan handbag idaman dia ekh tupon diorang beli berdua je masa ai tengah sibuk mencari barang lain..Actually ada a few time kitorang jalan asing yela sebab ai ni jalan laju pastu banyak tempat nak menjengahnya mak mertua lak takut dia penat so biar je dia duduk dengan sayang hehehe bio ai je jalan sorang..

Haritu ai dapat rembat satu clutch so tahun ni raya pakai clutch jelah ekh.  malas dah nak berhandbag bagai ok. Sementara sayang berjalan dengan mak dia ai pon curi  curi pergi Pedro belikan sandal raya untuk dia heheheehe. Tahun ni sayang beraya pakai sandal je sebab leceh lah nak pergi beraya rumah orang pakai kasut kan banyak rumah nak beraya lambat tau pakai sandal senang je hahahah. 

Haritu sayang puas hati sebab dapat wat mak dia happy, suka mak mertua ai dapat shopping tau. Opps lupa Mak mertua pon dapat kasut juga ok..

Kitorang kat queensbay tu sampai pukul 7 tau memang tak sempatlah nak berbuka kat kapitan tuh so ai pon pergi lah beli roti kentang untuk mak mertua sebab dia memang suka roti tu and takotao for us plus air mineral je pon untuk berbuka dalam kereta sementara nak berbuka dekat kapitan tuh. Ha hamikau sampai je kat kapitan tu komain penuh so tunggulah dalam 15 minit gitu

Dah dapat tempat duduk kitorang tiga tiga boleh order nasi beriyani ayam ekh..ko main sepakat tu kan sampai lepas tu sayang kata kenapa semua order sama hahahaha. Nasi beriyani dia sedap tu yang ramai orang tu tapi rasanya nan cheese dia pon menyelerakan juga ok. menyesal tak try haritu tau..

Lepas makan kat kapitan dah penat terus balik ok duduk jap tengok tv terus laki bini ni tidur sampai ke sahur hahahaha.

Gila ramai orang atas bawah penuh ok siap letak khemah tambahan lagi kat tepi tuh

ni kuah kari dia nampak cam biasa tapi sodap

ni ha lah beryani yang kami makan ok sodap ai suka tau pasni nak pergi lagilah



Ha itu jelah siri jelajah kali ini yer. sayang cakap lepas ni balik kedah time raya la kan nak singgah nasi kandar beratur dulu hehehe yeah saya suka tau..kalau bab bab makan memang sangat suka ok..tu yang gemuk tu kan..padan muka sendiri ok huhuhu..k bye

My first Ramadhan with Family In law

Hohhohoho last weekend balik kampung belah suami kat Kedah, and nilah pertama kalinya berpuasa dengan keluarga mertua hehehehe.

Kitorang bergerak balik hari Jumaat petang lepas sayang balik kerja.Sebelum sayang sampai ai dah sesiap masukkan baju dalam kereta so nanti sayang balik terus bergerak je kan jimat masa tuh. Sayang sampai je rumah laju laju bersiap ingatkan nak terus balik tapi gas bocor pula so sangat bahaya and called orang yang jual gas tu dalam sepuluh minit camtulah dia datang so godek punya godek and gas pon ok dah. So around six camtulah kitorang gerak balik kedah ikut jalan lama tak jem and meriah sikit lalu suasana kampung kan.

Kalau dah gerak dalam pukul 6 tu jangan haraplah sempat nak berbuka kat rumah MIL kan so ai pon sesiapkan bekalan iaitu hotdog cheese ayamas letak mayonis and sos + kurma and air vitagen hehehehe..
So berbukalah kami suami isteri dalam kereta tau. Sampai kedah dalam pukul 8 lebih kitorang terus berbuka lagi sekali kat hotmas ekh . And ai ofkos order yee mee goreng tu favorite ok and sayang semestinya order grilled chicken chop (haritu dia punya portion banyak gila kot) sayang cakap puas betul makan hehehe.

Sampai rumah mak mertua dalam pukul 9 lebih and senyap je rupanya mak pergi terawih , kakak ipar and qaisara tidur tinggal abangje tengok tv.

Sayang borak dengan abang dia ai tukar baju tidur and duduk kat bawah baca paper jap lagi tu mak balik dari terawih yang kat depan uma je pon hehehe . tengah borak borak dengan mak qaisara and ibu dia pon keluar so borak borak jap pastu masuk tidur hehehe.

Walaupon haritu ai cuti puasa tapi Dalam pukul 4 lebih tu ai dah turun bawah tolong mak mertua siapkan hidangan untuk sahur and sediakan air panas and cornflakes + susu dia tu sebab dia tak lalu sangat makan nasi  pepagi tuh, yang lain makan nasi dia makan sikit je so kenalah bagi makanan tambahan kan .nak tak nak bini nya jugalah kena sediakan, takkan dah ada bini nak biokan mak mertua yang layan laki aiii kan hammboiii. Pas sahur borak borak and pas subuh sambung tidur pukul 11 lebih baru bangun heheheeheh.
Seronok betul kan

KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN DI BULAN RAMADHAN

Antara objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antaranya ialah seperti..


1) Makan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).- Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkanpuasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).


Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.- Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)



3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.- Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)





Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.- Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.



5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.- Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.



6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.- Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)



7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.- Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur hingga tidak puasa.- Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)



10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.- Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.



11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.- Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Nabi Muhammad menceritakan :-





Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.- Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-






Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.





Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)…






p/s: Artikel ni copy paste sebiji-sebiji dari laman web ape ntah dah lupa..ai tak cukup lagi ilmu agama nak menulis tentang agama tapi benda yang baik elok kita share kan,,sharing is caring hehehehe

Monday, August 6, 2012

Just Arrived

This is only short entry just to infrom i just arrived after 3 days at Kedah ok.

Huhuhuhu just arrived from hubby's hometown and tung tang tung tang prepared for berbuka puasa ok.. 
and i am so tired but my hubby lagilah tired because he is the drive heheheehe..

Now he's sleeping while waiting for waktu berbuka ok.

Selamat Berbuka

Next will update berbuka and shopping raya di penang k

Thursday, August 2, 2012

Balik Kampung

Oh hohoho senangnya dalam hati bila dapat balik kampung hati girang yeahh..tapi ni bukan balik kampung ai pon tapi kampung sayang tau sebab nye tahun ni raya kat kampun ai tu yang puasa kenalah balik kampung suami heheheeh..

Yang paling aku suka kalau balikkampung ni kompom merayap ke Penang tau..Waaa tak sabar mau ke Gurney Plaza mau shopping baju raya untuk Sayang and me too.

Kemeja sayang rasa  nya macam dah cukup nak mencari t shir lengan panjang n tshirt berkolar untuk sayang dalam 3 4 helai ker..ha for me tak decide lagi nak mencari apa wei...tengoklah kalau berkenan aku rembat je..

Aku ni masalahnya satu je kecik ok baju ke seluar ke selalu takde size tu yang boring nak shopping tu nanti bila pakai nampakburuk je plus dah mkin gemuk ni kan..lagilah stress tau..rasanya kalau boleh nak pakai baju kurung je bagi nampak kurus sikit ngeh ngeh ngeh..


Ok bila balik kampung automatically aku  cuti memasak ye.

so next entry will be shopping raya ekh. (rasanya untuk sayang je kot , cam tak bernafsu untuk shoppin kan diri sendir tak tau lah napa ekh )

entry ni ditulis untuk menghabiskan masa sementara menunggu waktu bersahur yer

Puasa ke 12

Oit diam tak diam, pejam celik, pejam celik sekejapan dah masuk puasa yang ke 12 kan..lagi 17 hari je nak raya..hoooooyeaaaaah..hati pon semakin sayu sebab tak lama lagi bulan Ramadhan akan meniggalkan kita ok. 

Aku suka bulan puasa sebab bulan ni sangat tenang and aman and yang pasti manusia lebih berhemah dari biasa ok..

Meniti hari ke hari dalam bulan Ramadhan ni membuatkan aku kering idea tak tau dah nak masak apa untuk sang pujaan hati tau. ( yang melecehkan bila sayang tak makan seafood) so menyebabkan menu menjadi terhad.

Dari semalam aku dah pikir menu untuk hari ini tau , dari semalam juga lah dok tanya sayang harini nak buka apa sampai dia bosan, yela dia pon bukan menjawab asik cakap ikot u lah nak masak ape pon ai makan je huhuhu poning den.

Sudahnya harini decide masak nasi lemak + rendang ayam cili padi + telur rebus + timun + sambal ikan bilis

Jom cuci mata


-


-


-


-


-


-




Masalah Utama Dibulan Puasa

Oishhh semenjak dua menjak puasa ni aku mengalami masalah tak boleh nak tidur malam.

So berjaga lah sampai ke subuh tapi pas subuh mengantuk yang hamat . Lepas subuh aku kompom tidur tak menyedor sampai kol 2 kot pengsan wei cam ni

So semenjak dua menjak ni waktu tidur aku tunggang langgang wei camnelah nak betulkan balik waktu tidur ni pleaseee...huwaaa nanges..


ni pon tengah tak boleh tidurlah ni ... toleh sebelah sedap je sayang tidur..