Monday, November 12, 2012

FELINA INCHLOSS YANG AMAZING

Kalau sebut Felina Inchloss je sekarang ni semua orang tau kan..glamour betol kan...dan juga menjadi sebutan orang ramai tau especially perempuan cam aku ni yang dok megadu gemuklah boncitlah segala...hehehe pantang ada product kurus semua nak dicuba

Tapi aku tertarik dengan inchloss ni sebab dia sangat wangi ok, kalau krim panas yang lain untuk kurus tu kan bau dia , bau halia lah serai lah oh no i tak lalu ok cam orang dalam pantang lak ..tapi yang ni wangi so roomate pon tak bisingler kan bau kita busuk hehehehehe..

why aku kata inchloss ni amazing sebab tanpa perlu berdiet tanpa perlu bersenam dan berak2 dah boleh kurus tau dan dengan hanya sekali penggunaannya ukur lilit pinggang korang dah boleh berkurangan 1/2-1 inch ok..ko bayangkanlah kalau ko konsisten pakai inchloss ni sebulan mau jadi pinggang kerengga kot hehehe

Inchloss ni juga di buat dari pada bahan semulajadi dan ianya juga tiada bahan kimia ok so ibu mengandung pon leh pakai tapi elakkan sapu di kawasan pinggang, perut dan belakang badan yer kalau rasa time mengandung tu lengan ke peha ker semakin membesar boleh lah disapu disitu supaya nanti pas pantang takpayahlah nak kena beriya sangat kuruskan part itu kan heheh

ha lagi satu amazingnya felina ni dia boleh disapu di muka yer di kawasan leher dan dagu supaya dapat meruncingkan dagu dan juga menghilangkan double chin tau u olllsss...

so pe lagi tunggu haruslah cuba ini dijamin berkesan uollsss

sangat sesuai untuk orang yang takut nak makan pil kurus and malas nak diet and bersenam  tau (ini merujuk kepada diri sendiri ok)

ha inilah dia Inchloss tu 

see kat sini pon dah ditulis dijamin berkesan tau


seminggu je dah turun 4kg u ollsss

testimoni inchloss ni aku ambik kat supplier
testimoni inchloss lagi tau

Harga dia adalah standard yer RM 75 and free postage...tak payahlah nak pergi usha seller sana seller sini yang jual inchloss ni sebab harga dia memang standard tau kalau jual murah or jual mahal dari harga standard nanti big boss black list ok..so harga dia memang itu yer dear..

if berminat and tak tau nak beli kat mana boleh klik sini yer

si penjual incloss by felina beauty ( untuk 20 customer terawal akan dapat mystery free gift tau )

Jom cantik2 u ollss sebab zaman sekarang ni ramai sangat perempuan cantik so kita pon kenalah cantik juga kan hehehe

Wednesday, November 7, 2012

Rahmat Di sebalik Keguguran



Daun bin Hind berkata: Aku bermimpi seolah - olah hari kiamat telah tiba, semua manusia dikumpulkan untuk menghadapi hari perhitungan amal, pada waktu itu aku diperintahkan untuk mendekati perhitungan amalku, maka aku meletakkan amal kebaikanku pada timbangan yang sebelah dan amal keburukanku di sebelah lain, maka aku melihat amal keburukanku lebih berat daripada amal kebaikanku, sungguh pada waktu itu aku kebingungan. Dalam keadaan demikian, tiba - tiba diberikan kepadaku sesuatu (kain putih), lalu diletakkan pada timbangan amal kebaikanku, lalu menjadi beratlah timbangan amal kebaikanku. Kepadaku ditanyakan: Tahukah kamu apakah itu? Aku menjawab: Tidak. Maka diterangkan kepadaku, bahawa itu adalah anakmu yang gugur pada waktu dikandung oleh ibunya dahulu.

Muaz berkata, telah bersabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA." (HR. Ibn Majah & Darimi)

Dari Ali bin Abi Talib ra sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka, maka dikatakan kepadanya: Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga." (HR. Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku." (HR. Ibn Majah)

Monday, November 5, 2012

Perhatian kepada diri sendiri

ok haritu last entry kata nak citer pasal entry pengalaman keguguran kan..rasanya cam malas je nak wat lagi so kita tangguh lu yer...


now bulan november bulan cinta kami (hokay gedix jap) bulan yang menyatukan kami sebagai suami isteri setahun yang lepas..

nanti next entri citer pasal bulan november yer..

now nak sambung membuta sekarang ni musim hujan musim sejuk tidurlah paling heaven sekali

Sunday, November 4, 2012

REZKI ALLAH HAK ALLAH





REZEKI adalah sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hambanya


وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

...................................................................................................................................................................


Anak adalah sebahagian rezeki yang dikurniakan oleh Allah sebagai tanda hubungan perkahwinan yang dirahmati oleh Allah.

Dan rezki itu telah pun kami perolehi tanpa sedar selama lebih kurang dua bulan...Rezki Allah hak Allah, dia telah memberi kami rezki itu dan telah mengambil semulanya semula kerana rezki Allah hak Allah bila-bila sahaja dia boleh memberi kita rezki dan juga bila-bila sahaja dia boleh menariknya semula.
Insyaallah allah bagi rezki lebih lagi kali ni..amin





Allahhuakbar besar sungguh kekuasaan mu Ya Allah...



Allah yang Maha Pengasih. 

Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. 

Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan 

kepada kita.



Next entry will update pengalaman keguguran yer...



Saturday, September 22, 2012

Tidak Sihat

Ai tidak sihat untuk beberapa hari ni...Di sebalik kejadian pasti ada hikmanya kan..

Alhamdulillah dan tawakal je amin

Doakan semoga ai cepat sembuh k 
 tq bye

Thursday, September 13, 2012

Vitamin C Ngetops di pasaran

Hokey sekarang ni yang semakin ngetops di pasaran ialah vitamin c kan yang untuk cantikkan kulit kan yer memang berhasil dan terjamin keberkesanannya yer..

Sebab aku sendiri dah guna benda tu so bila berhasil aku pon nak jual juga so ni aku punya testi diri sendiri ye sila jangan muntah darah






sebelum ambik vit c itu 

muka teruk betul cam nak minta pelempang

setelah almost two weeks makan vit c itu

muka togel witouh make up ok , baru berani sikit keluar tanpa make up

ni hasil selepas pengambilan sebotol ye muka lebih licin and  glow kansss...oppps time ni g bli barang dapur kat tesco kompom tak mekap ekh 

ha pandangan pipi yang penuh jerawat satu waktu dulu kini tiada lagi huhuhu sukanya..
tak senonok betol periuk nasi pon ada atas meja tu huhuhu



Nak tau tak masa memula ambik ni  tak bagitau pon encik suami sayang takut dia bising tau, takut  dia marah sebab yelah semua yang orang jual semua aku nak beli tapi hasilnya hampeh wat membazir duit laki aku je.. tu yang beli vit c ni menyorok2 dari dia. pastu selang dua minggu suami ai perasan yo perubahan kulit ai siap tanya camni tau " eh u ada beli product lain ekh , u pakai apa skarang ni "

aku: eh mana ada i pakai pencuci muka yang beli haritu lah (dalam hati janganlah dia tau mesti bising  beli sorok2kan )

suami: ala u jangan nak tipu ai lak kalau betol pn ape salahnya kulit u pon dh ok kan i pon nak cuba juga

Aku : homak apa lagi melompat ler atas katil terus dengan tersengih sengih macam kerang busuk mengaku kot yang aku ambik vit c ni .
Suami : terus dia cakap ha kan ai dah kate mesti u ada wat pape ni hahahaaha gelak

Aku: u tak marah ker i tak gtau u sebelum beli 

Suami : nasib baik berkesan kalau tak berkesan memang i tolak duit belanja u ekh  nanti u beli benda bukan bukan

Aku : heheheeh tq sayang love u

Suami : eh u duduk rumah je kan kalau ok berkesan u try lah jual ..

Aku: hurm bagus gak idea u ekh so ape lagi esok terus contact agent vit c and jual 

Alhamdulillah so far vit c ni mendapat feedback yang positive
bila customer happy kita pon happy juga sebab kepercayaan customer tu lebih penting tau dri keuntungan.




Oppps korang kalau berminat boleh lah beli vit c tu kat sini yer  Vit C yang ngetopsss Bangat.. Selamat mencuba ye uollsss i sudah u olls bila lagi..jomlah cantik sesama ..


Sunday, September 9, 2012

Balik Beraya Part 2

Ha yang part 2 ni kitorang beraya ke AS a.k.a Alor Setar hehehehe bukan Amerika Syarikat hokehh..

Kitorang beraya ke Alor Setar hari Ahad tu pon nak beraya rumah family sebelah my FIL lak kat Langgar

First kitorang pergi tempat abah meniaga then abah bawa pergi makan mee goreng sedap kat Pekan Rabu tau pastu gerak pergi Rumah kawan abah and pergi umah Tok kat Langgar tu je pon..

Opsss sebelum tu abah bawa anak bongsu dia a.k.a my hubby pergi makan Nasi Kandar Royale, sebab tempat tu memang jadi tempat favorite dia since dari kecik, hubby kata tak sangka sampai sekarang masih ada lagi and perniagaan tu still diteruskan tu yang mereka melepas gian tuh hehehehe..

Dah habis makan makan kitorang sambung beraya rumah  sedara mara belah abah .

Balik beraya part 2 ni sikit je kisahnya picture pon tak banyak lah


otw to as cuaca mendung and view yang menenangkan

nilah nasi kandar royale tuh

kalau nasi kandar sure kena beratur kan

otwh first day ke as

ni second day ke as



Opssss lupa nak gtau kitorang g AS dua hari la

Next entry will be random lah hahahaha



Thursday, September 6, 2012

Balik Beraya Part 1

Seperti yang sedia maklum tahun ni ai beraya di kampung halaman tercinta with my hubby a.k.a my new family members, dengan kehadiran beliau dalam hidup ai maka bertambahlah lagi seorang family cik jah dan pak nuar hahahaha.

Tapi yang tak bestnya balik beraya tahun ni tak bawa kamera ok adoiii stress sudah. Eh eh tapi ni bukan nak cerita balik beraya kat kampung ai tau tapi kampung mertua lah hehehe..

Disebabkan tahun ni kami beraya di MUAR my hometown so kami balik ke SP my hubby's hometown pada  24 Ogos bersamaan hari Jumaat dan 6 syawal yer..yerlah nak ikotkan suami boleh je terus balik kampung dia pas beraya kat kampung ai tapi tulah staff dia sibuk no nak cuti raya lastnya bos yang beralah ekh takpe tahun depan suami lak nak cuti lama hahahahah..

Dah raya ke enam ni takdelah raya sangat pon kan just pergi rumah mak saudara belah suami la kan. tapi lebehnya berjalan ke Penang as usual la kan hahahaha..

Tapi tulah picture tak banyak lah sebab nya tak bawa kamera kan.

Ni serba sedikit picture ai beraya ke Penang yer (hahahah beraya lah sangat kan) sakan kot .

Opss serba sedikit ker jangan sampai korang muntah darah dah ler yer tengok picture yang banyak ni ha..kalau rasa rasa boring clickt aja pangkah kat kanan tu yer


Terminal feri penang

pasembor padang kota, so so jer tak boleh lawan subaidah melaka

coconut for  him an MIL

laksa penang ni sodap

MIL khusyuk tu

ramai orang kot

sayang yang khusyuk makan laksa

padang kota dimalam hari 

malam di padang kota

si hensem saya

MIL

ni pon ada dijual di padang kota

posing sikit

ramai orang

pekena rojak buah pulak

awat laki aku cmtu hahaha

Gosip anak beranak

hamek kau panjang betol beratur

almost one hour gak kat beratur ni 

sementara menunggu suami beratur baik ai oder ai r dulu and cop tempat duduk

cuba cari mana satu suami ai 
Ha dah beratur panjang panjang ni mari kita tengok hasilnya yer

tadaaa.



for me tak sedap mana pon biasa je sedap lagi nasi ganja ipoh tau..tetiba terasa nak makan nasi ganja la

So started dari keluar rumah je dah makan sampai ke malam pon makan saja g penang ni tau huwaaa dengan itu badan gue sudah naik dan mengembang dengan jayanya sekian terima kasih.

Next entry will update balik beraya part 2 di AS lak yer 
tapi tak tau bila nak hapdate nye la kan hehehehe



Wednesday, September 5, 2012

Kesedaran

Dalam meniti kehidupan seharian banyak yang kita terlupa dan terleka kan, dan disebabkan itu juga lah kita banyak kerugian. Kerugian bukan dari segi harta benda tapi dari segi 'MASA' yang tak akan pernah menunggu kita tapi sebaliknya pantas meninggalkan kita dengan jayanya.

Anak sedara yang sulong dulu kecik jer sebab lahir tak cukup bulan now dah masuk 11 tahun, dulu dipanggil adik sekarang dipanggil kakak itu sudah cukup membuatkan aku terasa tua ok..
Terdetik juga kat hati ni sampai bilakah aku berpeluang hidup di muka bumi ni, cukupker amalan yang akan ku bawa untuk hidup di 'SANA' nanti.

Tapi alhamdulillah selepas kahwin tak banyak sikit adalah juga perubahan ku, dulu ko main sibuk tayang rambut sana sini and pakai baju pendek seluar pendek sebab lebih ringkas dan tak panas lah konon hehehe..tapi alhamdulillah pas kahwin atas berkat bimbingan dan dorongan sang suami yang bijaksanan (eceh) aku dah mula pakai tudung dan menutup rambut sepenuhnya, tak de lagi seluar pendek baju takde lengan bagai eh..Tapi sekarang ni bila pakai tudung pakai baju lengan panjang tak de la pulak terasa panas or rimas kan, tulah dulu nafsu and godaan syaitan yang menyebabkan kita jadi begitu,

Opss tapi aku bertudung tak ikot fesyen ekh, ikot suka hati aku je nak pakai apa tapi yang pasti aku selesa dengan style yang digayakan, Yelah nak ikotkan zaman sekarang ni kalau fesyen bertudung tu komain banyak belit sana belit sini terbelit lak leher aku nanti hehehe.. Aku pon baru je lagi berhijrah so aku ambik pendekatan yang mudah iaitu berpakaian dan berfesyen yang simple dan selesa tanpa mengikuti peredaran fesyen biarlah orang nak kata ketinggalan zaman ke apa ker yang penting kita cantik di mata ALLAH, setakat cantik di mata MANUSIA takkan kemana pon sebab segalanya hanya untuk ALLAH.

So setakat ni untuk mengukuhkan lagi keimanan dalam diri maka kami membeli lah serba sedikit buku agama seperti di bawah.







Hopefully dengan adanya bahan rujukan dan bacaan seperti ini dapat menambahkan lagi keikhlasan hati untuk memperbaiki diri dan ketetapn iman amin.

Sunday, September 2, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Rasanya masih tak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kan kan kan..yela rayakan sebulan..ha kalau dah stop blogging jap kompom malas nak start balik kan..


Hurmm kalau rajin nanti update kisah my raya yer..tapi entah bila la agaknya..

Walau macam mana sekalipon akan ku hapdate belog ni sebab ni my diary and nanti bila bila boleh baca balik kisah dedulu plus hope ia akan menjadi kenangan bila ai dah tak de nantii..(tetiba wat ayat sedih ekh )

K . bye