Monday, June 18, 2012

Jalan Jalan ke Tanjung Dawai









Masa balik kampung haritu sengaja jalan-jalan kat tanjung dawai pekena laksa kedah tanjung dawai tau..sebenarnya ni first time lah aku jejak kaki kat sini..sebelum kahwin jangan haraplah suami nak bawa pergi tempat- tempat macam ni kan...Haritu pon pergi dengan suami and mak mertua hehehe...opsss sebelum bercerita lebih lanjut nak cerita sikit pasal Tanjung Dawai kay..


Tanjung Dawai merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut.Di sini juga terdapat banyak kampung nelayan, dan gerai tepi jalan jual barangan laut, kalau nak makan ikan bakar pon kat area sini banyak tempatnye sebabnya kat kat situ ada perkampungan nelayan so seafood dia segar dari ladang lah tadi tu..kat sini pun ada aked yang menjual pelbagai barangan laut seperti ikan bilis, sotong kering, ikan talan, belacan dll...


Tapi kan ramai yang kate homemade asam jawa tanjung dawai sedap dan agak fofular lah disitu...so aku sembat rembat 3 bungkus asam jawa tu ha...ha bukan tamak tau tapi satu untuk mak, satu untuk mak mertua and satu untuk aku..tengok adilkan aku ni..heheheh...


Ape lagi ekh yang best kat tanjung dawai tuh..


Hah korang pon leh pergi Tanjung Dawai ni dari Pantai Merdeka, dengan menaiki bot. Perjalanan tak sampai pun 15 minit. Tambang yang dikenakan RM2 sehala seorang. Murah je...korang nak pergi Pantai Merdeka dari Tanjung Dawai pon boleh gak...tapi aku tak sempat pon pergi Pantai Merdeka sebab dah lewat petang plus angin kuat so encik suami tak mau naik bot...so lain kali lah pergi Pantai Merdeka...tak payah nak kalut sangat ekh kang kelaut lak heheheh ...hehehee kampung encik suami Kat Sungai Petani je pon tak de lari nyelah tempat tu semua so pelan pelan lah ye kita pergi tempat tempat tu semua baru best balik kampung je ada aktiviti and tempat nak pergi kanss..





Pic ni ihsan dari encik google




Pekan Tanjung Dawai




Otw




Asam jawa Tanjung Dawai yang fofular tuh nila rupanya



HOmemade emping




Barangan laut






Encik Sayang yang bosan




MIL yang sibuk beli belah




Tunggu cik isteri kans sampai bosan ekh





Lepak di Tepian




Laksa Tanjung Dawai
MIL je yang makan sebab kami dah kenyang




Buah seter
OTW balik rumah tu MIL nampak buah ni and gitau ni buah seter ha punyalah tanjat ai n jakun kot tak penah dengar nama and makan pon buah ni...so kat tempat beli doyan tu MIL mintakan satu buah ni semata nak tunjak kat menantu dia. TQ mak sebab dapat kenal buah ni atleast dapat lah new information kans..
Oppss Buah ni tak sedap pon..tapi tu pada aku lah kan..tekak orang lain tak tau lah lak..




















PENANG adalah destinasi WAJIB

Setiap kali balik kampung encik suami di Sungai Petani, kami pasti akan singgah kat Penang...so penang akan jadi destinasi wajib dalam list percutian balik kampung tau...

Yelah kan Sungai Petani dengan Penang bukan jauh mana pon...lagipon FIL suka sangat makan makan makan makan tau so Penang merupakan salah satu destinasi makanan yang agak sedap tau...

Penang best gak i loiikeee...

Haritu balik kampung pon singgah sebentar di Penang bersama FIL tau hehehee 

Jomssss layan gambar jelah

susah sungguh nak snap picture en sayang tau dari tepi pon jadilah

en Suami marah tak layan kite,, so kite layan diri jelah


qaisara n her dad

Pulau Mutiara

Encik love yang encem


family abang ipar

girls in the family


My SIL


Qaisara wat mata booolat


Huhuhu nak makan nasi kandar line clear tutup pulak dah sudahnye makan kat hameedeyah jer



MIL, SIL, Me


Gedixness


MIL

MY hero My cowboy

Kegemukan melanda


Jalan jalan cari jeruk


shopping time



ha layan kan aje picture ni nanti rajin update g tanjung dawai lak yer..

bye..

***by the way best gak dah ade dua family ni ekh boleh belajar budaya cara hidup and style orang sana hehheh

Friday, June 8, 2012

Balik Kampung

Balik Kampung ooo Balik Kampung hati girang hehehehe....esok nak balik kampung suami ku di Sungai Petani Kedah....Tapi kan tapi kan malasnye hai nak kemas barang...huhuhu tolong kemaskan barang aku wei...

Disebabkan adik beradik suami cuma dua orang sahaja dan beliau anak bongsu plus beliau sahaja yang tinggal berjauhan dari keluarga so kepulangan beliau sangatlah dinanti hehehehe..abangnye seminggu sebelum balik dah kompom kan dah jadi balik tak siap ambik cuti tu tak tahan..katanya nak ajak pergi berjalan...yeah yang itu saya suka...and siap ade pesanan penaja tu ia itu jangan lupa bawa balik xbox ... diorang ni adik beradik kaki gila game punye...esok ni kang dah berxbox adik beradik ni kang bini sume tolak tepi ekh...sobs sobs sobs...sian kami tau..

Dahla nak packing barang ni...kang ada lak barang yang tertinggal...suami ai pantang betul kalau tinggal barang tau...oh tatutnye hehehehe...



ok bye nak kemas kemas

Sunday, June 3, 2012

Ada Apa Pada Nama





Eh eh apa ada pada nama? Letak jelah nama apa pun janji sedap and modern serta stylo gitu kans... Ha perasan tak nowadays macam dah menjadi satu trend orang menamakan nama anak dengan nama yang stylo mylo gitu. I loiikee heheheehe tapi kalau nak letak nama yang stylo or modern sekalipon biarlah nama itu bermakna kerana nama itu menjadi identiti dan sedikit sebanyak akan mempengaruh karakter seseorang itu. Eh tapi kan nama nama islam ni indah kan, ada ala ala arab, ada ala ala chinese, ada ala ala western juga hehehe...




Selamat memilih nama pada bakal ibu bapa dan juga pada mereka yang bakal memeluk Islam dan bertukar nama yer..




Di bawah ni ai ada letakkan pemilihan huruf pertama pada nama dan pembentukkan karakter..




So pada sesiapa yang bakal menjadi ibu bapa tu boleh lah baca panduan ni..


Huruf Pertama

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A    Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.


B   Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C     Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D   Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E   Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G   Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H   Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I    Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J    Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K   Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L   Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M   Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N   Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O   Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P   Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q   Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R   Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S   Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. 
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T   Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U   Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V   Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W   Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X   Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y   Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z   Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.



So pilihlah nama yang baik dan mempunyai makna yang elok kerana nama merupakan IDENTITI kita.





Sunday, May 27, 2012

KesukAan Si Dear

Actually nak cerita lah sikit kegemaran suami ai ni dalam bab makan, dah setengah tahun kahwin ni baru perasan kalau masak masakan yang berkuah banyak macam sup, tom yam , memang dia suka and hirup kuah sampai kering kot...so sekarang ni terfikir nak masak masakan yang mengandungi unsur sebegitu je boleh.  


Kalau ikotkan ai suka masakan yang kering kering je, macam sambal kering, ayam goreng kunyit..tapi untukmu suamiku ai turutkan je selera u kay yang penting u kenyang perut senang hati yek

Ha ni lah lauk lauk yang menjadi perhatian encik suami tau
-

-

-

-

-




Ayam goreng kunyit, tomyam putih, telur dadar, mangga madu (dua mangkuk suami makan tomyam tuh habis okay)

-

-

-

-

sup daging, telur berlauk, bawal sweet sour, murtabak maggi

-

-

-

-

-

Tapi Tapi kan kalau dah malas masak tu kan jadilah gini yer

-

-

-



Tadaaaa...nasi goreng kampung mari  heheheh


Hehehehe walau macam mana sekali pon ai suka tengok suami sayang makan banyak tau..bila dia kata sedap and makan dengan selera rasa bersemangat nak masak lauk yang lagi pelbagai tau untuk sayang.




Sunday, May 20, 2012

Ada Ape Dengan Air tangan ISTERI



See the title lah hahahaha Air TAngan isteri? Apakah ?Mau tips?
Ala air tangan ni macam aura masakan si isteri lah kan...walaupon tak sesedap masakan chef tapi masakan si isteri ni selalunya lebih menepati citarasa kerana of course lah kan dia sangat memahami citarasa suami dan keluarga dan yang paling penting masakan tersebut dimasak dengan penuh kasih sayang tu yang menjadikan masakan si isteri or air tangan dia tu lebih powers hehehehe

so lets berintro dulu ye, zaman yang serba serbi sibuk dan semua orang nak cepat jer so isteri tidak lagi menitikberatkan makanan yang diberikan kepada keluarga mereka, ini dilihat melalui kesibukan isteri yang bekerjaya mereka lebih senang memilih membeli makanan di restoran makanan segera dan juga warung-warung yang berkenaan kerana kesibukan dan kesuntukan masa untuk memasak. Membeli makanan diluar adalah langkah yang mereka fikir terbaik dan cepat asalkan perut suami dan anak anak terisi.

Namun disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan itulah yang menyebabkan suami mudah melupakan isteri, or berpaling tadah sebab tiadanya pengikat selera (air tangan isteri) dalam masakan, anak-anak menjadi degil dan tidak mendengar kata, dan juga pemangkin kepada pertumbuhan penyakit dimana masakan di gerai kebiasaanya kebersihannya tidak dapat dipastikan dan yang paling penting mereka menggunakan perasa tambahan yang berlebihan bagi menyedapkan masakan mereka.

Bak kata orang Nak tambat hati suami kena bermula dengan perutnya heheehe...

So ni ada a few tips yang aku dapat untuk menggalakkan isteri isteri di luar sama supaya rajin turun ke dapur ye..opss turun bukan untuk makan je tapi untuk memasak yer..





Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.

So ape lagi pas ni korang kena lah rajin-rajinkan diri memasak yer..

Nak Selit sikit kisah aku lah boleh?ha Ade aku kisah hahahaha...

So far semenjak kahwin 80% makanan yang masuk ke perut suami ku adalah hasil dari air tangan ku hehehehe ececech berbangga pulak..ok lets back to the topic yer...aku lebih puas hati kalau masak untuk suami, and lebih seronok bila dia makan bertambah and memuji masakan tu tau..auww terus jatuh cinta and cair lagi sekali bila kena puji...Even supper tu just kentang goreng and nugget je pon tapi kita ni isteri yang gorengkan yang hidangkan lagilah berkat makanan tu plus terasa kemesraan tu semakin bertambah especially time suap menyuap...ekh tak caya pasni korang masak pastu try suap hubby korang mesti terasa kemesraan di situ ye..

Joms check it out makanan yang aku masak untuk suami ku nak 



-
-
-






eh bukan ni je tau tapi banyak lagi lah kang aku tempek semua mau 10 page kang.



P/s: Secret recipe dalam masakan ku ialah KASIH SAYANG dan NIAT supaya makanan tu nanti diberkati dan menyihatkan.

Sekarang lebih suka memasak untuk sang cinta hati setelah dipuji beberapa kali kerana berjaya masak dengan jayanya dan menepati cita rasa beliau.

Kisah Seorang Suri Rumah







Kaunselor : Halimah pula?


Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.


Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?


Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.


Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??


Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.


Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??


Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.


Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?


Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.


Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?


Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.


Kaunselor : Apa Halimah buat?


Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!


Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.


Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?


Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.






Ha see Suri rumah lagi banyak kerja nya dari sang suami apetah lagi isteri yang bekerja balik rumah kena buat kerja rumah pula. Begitulah besarnya peranan isteri dalam rumah tangga. 


Oleh itu sang suami sepatutnya lebih menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.



Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.


P/s: Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari seorang suami selain dari dihargai dan kasih sayang yang tidak pernah pudar. Walaupun hanya ucapan "terima Kasih" sudah cukup memadai dan membuat isteri tersenyum kerana terasa semua yang dilakukan dihargai dan suami kelihatan lebih peka dengan sumbangan si isteri. 







Tugas surirumah










Tanggungjawab isteri








Ni pon Suri rumah juga hehehe










Friday, May 18, 2012

Hobi Tak Berapa Nak Baru

Ha tengok tu tajuk entry kali ni ko main lagi kanss.. Ni sebenarnya ai nak cerita tentang hobi suami sayang yang tak berapa nak baru lah kan sebabnya dulu memula hobi ni menjadi kegilaannya selepas dia menceburkan diri dalam hobi baru hobi ni dilupakanss...

Hobi yang tak berapa nak baru tu ialah berxboxing tau..siang malam xbox je dia pandang..balik kerja je mesti buka xbox dulu baru makan tau and i ofkoslah menjadi peneman setia and pengomen yang setia lah...boring gak tengokan dia main xbox memandang kan ai ni bukan peminat game...dah berapa lama dia beli xbox tu xpenah lak ai nak try main cam boring je ...

tapi tapi tapi kans sebelums tu pon dia dah gila main game xbox ni ha tapi pas dia menceburkan diri dalam hobi bowling yang boleh dikira agak serius gaklah sebab semua aksesori dia dah ade bola pon sampai dua biji siap beli beg tarik lagi wooo..so dia terlupa lah kejap dengan game xbox tu..tapi semenjak dua menjak balik kampung ni suami pon dah lama tak main bowling dah malas katanya so berbalik semula ke hobi lama ye..

so lets check it out bebeh


Sori Picture ni blur pakai camera handphone je plus suami tengah bergerak



Ko main lagi menggilap bola dia bagi kilat



Tengok tu dengan baju kerja tak buka lagi terus main game



Game kegemaran suami .Penah tu dari pagi sampai magrib dok mengadap Xbox je 



So malam ni berbowling lak ye sayang



Monday, May 14, 2012

ALolololo

Alamak tajuk entry ni kan...sebenarnya entri ni khas untuk my hubby yang sakit perut semalam...kesian dear tau..
seperti biasa pas dia balik kerja kitorang pon dinner and main xbox jap...dan dan dia cakap nak gi toilet..aku pon naik atas ironlah baju kerja sang suami ni..pastu dengar lah suami cakap bising bising dia sakit perut..aku pon buat dek jelah sambil meneruskan kerja kerja mengiron baju beliau...tetiba beliau menjerit terperanjat mak noksss..rupanya dear sakit perut yang amat sampai sesak nafas and terguling tau bukan tenggiling eish eish eish ...kelam kabut gak aku mencari minyak angin nak sapu kat perut sayang tapi dan dan lak lah time tu dia hilang kan...sian kat suomi i tau...

Alolololo sian encik suami tau pas sapu minyak angin teruslah beliau tidor dengan menahan kesakitan depan tv tu ha..puaslah diajak naik atas katil tapi tak mau nye dia...sebab nye tak larat nak bangun kan sudahnya dia naik atas katil lwat malam tau sebab sejuk kot tido kat bawah tuh...'

Dear my encik suami  sayang cepat sembuh ye i risau and tak sampai hati tengok u sakit sakit ni...