Sunday, May 20, 2012

Ada Ape Dengan Air tangan ISTERI



See the title lah hahahaha Air TAngan isteri? Apakah ?Mau tips?
Ala air tangan ni macam aura masakan si isteri lah kan...walaupon tak sesedap masakan chef tapi masakan si isteri ni selalunya lebih menepati citarasa kerana of course lah kan dia sangat memahami citarasa suami dan keluarga dan yang paling penting masakan tersebut dimasak dengan penuh kasih sayang tu yang menjadikan masakan si isteri or air tangan dia tu lebih powers hehehehe

so lets berintro dulu ye, zaman yang serba serbi sibuk dan semua orang nak cepat jer so isteri tidak lagi menitikberatkan makanan yang diberikan kepada keluarga mereka, ini dilihat melalui kesibukan isteri yang bekerjaya mereka lebih senang memilih membeli makanan di restoran makanan segera dan juga warung-warung yang berkenaan kerana kesibukan dan kesuntukan masa untuk memasak. Membeli makanan diluar adalah langkah yang mereka fikir terbaik dan cepat asalkan perut suami dan anak anak terisi.

Namun disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan itulah yang menyebabkan suami mudah melupakan isteri, or berpaling tadah sebab tiadanya pengikat selera (air tangan isteri) dalam masakan, anak-anak menjadi degil dan tidak mendengar kata, dan juga pemangkin kepada pertumbuhan penyakit dimana masakan di gerai kebiasaanya kebersihannya tidak dapat dipastikan dan yang paling penting mereka menggunakan perasa tambahan yang berlebihan bagi menyedapkan masakan mereka.

Bak kata orang Nak tambat hati suami kena bermula dengan perutnya heheehe...

So ni ada a few tips yang aku dapat untuk menggalakkan isteri isteri di luar sama supaya rajin turun ke dapur ye..opss turun bukan untuk makan je tapi untuk memasak yer..





Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.

So ape lagi pas ni korang kena lah rajin-rajinkan diri memasak yer..

Nak Selit sikit kisah aku lah boleh?ha Ade aku kisah hahahaha...

So far semenjak kahwin 80% makanan yang masuk ke perut suami ku adalah hasil dari air tangan ku hehehehe ececech berbangga pulak..ok lets back to the topic yer...aku lebih puas hati kalau masak untuk suami, and lebih seronok bila dia makan bertambah and memuji masakan tu tau..auww terus jatuh cinta and cair lagi sekali bila kena puji...Even supper tu just kentang goreng and nugget je pon tapi kita ni isteri yang gorengkan yang hidangkan lagilah berkat makanan tu plus terasa kemesraan tu semakin bertambah especially time suap menyuap...ekh tak caya pasni korang masak pastu try suap hubby korang mesti terasa kemesraan di situ ye..

Joms check it out makanan yang aku masak untuk suami ku nak 



-
-
-






eh bukan ni je tau tapi banyak lagi lah kang aku tempek semua mau 10 page kang.



P/s: Secret recipe dalam masakan ku ialah KASIH SAYANG dan NIAT supaya makanan tu nanti diberkati dan menyihatkan.

Sekarang lebih suka memasak untuk sang cinta hati setelah dipuji beberapa kali kerana berjaya masak dengan jayanya dan menepati cita rasa beliau.

No comments: