Monday, June 18, 2012

Jalan Jalan ke Tanjung Dawai









Masa balik kampung haritu sengaja jalan-jalan kat tanjung dawai pekena laksa kedah tanjung dawai tau..sebenarnya ni first time lah aku jejak kaki kat sini..sebelum kahwin jangan haraplah suami nak bawa pergi tempat- tempat macam ni kan...Haritu pon pergi dengan suami and mak mertua hehehe...opsss sebelum bercerita lebih lanjut nak cerita sikit pasal Tanjung Dawai kay..


Tanjung Dawai merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut.Di sini juga terdapat banyak kampung nelayan, dan gerai tepi jalan jual barangan laut, kalau nak makan ikan bakar pon kat area sini banyak tempatnye sebabnya kat kat situ ada perkampungan nelayan so seafood dia segar dari ladang lah tadi tu..kat sini pun ada aked yang menjual pelbagai barangan laut seperti ikan bilis, sotong kering, ikan talan, belacan dll...


Tapi kan ramai yang kate homemade asam jawa tanjung dawai sedap dan agak fofular lah disitu...so aku sembat rembat 3 bungkus asam jawa tu ha...ha bukan tamak tau tapi satu untuk mak, satu untuk mak mertua and satu untuk aku..tengok adilkan aku ni..heheheh...


Ape lagi ekh yang best kat tanjung dawai tuh..


Hah korang pon leh pergi Tanjung Dawai ni dari Pantai Merdeka, dengan menaiki bot. Perjalanan tak sampai pun 15 minit. Tambang yang dikenakan RM2 sehala seorang. Murah je...korang nak pergi Pantai Merdeka dari Tanjung Dawai pon boleh gak...tapi aku tak sempat pon pergi Pantai Merdeka sebab dah lewat petang plus angin kuat so encik suami tak mau naik bot...so lain kali lah pergi Pantai Merdeka...tak payah nak kalut sangat ekh kang kelaut lak heheheh ...hehehee kampung encik suami Kat Sungai Petani je pon tak de lari nyelah tempat tu semua so pelan pelan lah ye kita pergi tempat tempat tu semua baru best balik kampung je ada aktiviti and tempat nak pergi kanss..





Pic ni ihsan dari encik google




Pekan Tanjung Dawai




Otw




Asam jawa Tanjung Dawai yang fofular tuh nila rupanya



HOmemade emping




Barangan laut






Encik Sayang yang bosan




MIL yang sibuk beli belah




Tunggu cik isteri kans sampai bosan ekh





Lepak di Tepian




Laksa Tanjung Dawai
MIL je yang makan sebab kami dah kenyang




Buah seter
OTW balik rumah tu MIL nampak buah ni and gitau ni buah seter ha punyalah tanjat ai n jakun kot tak penah dengar nama and makan pon buah ni...so kat tempat beli doyan tu MIL mintakan satu buah ni semata nak tunjak kat menantu dia. TQ mak sebab dapat kenal buah ni atleast dapat lah new information kans..
Oppss Buah ni tak sedap pon..tapi tu pada aku lah kan..tekak orang lain tak tau lah lak..




















No comments: