Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.
Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?
Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.
Ha see Suri rumah lagi banyak kerja nya dari sang suami apetah lagi isteri yang bekerja balik rumah kena buat kerja rumah pula. Begitulah besarnya peranan isteri dalam rumah tangga.
Oleh itu sang suami sepatutnya lebih menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.
Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.
P/s: Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari seorang suami selain dari dihargai dan kasih sayang yang tidak pernah pudar. Walaupun hanya ucapan "terima Kasih" sudah cukup memadai dan membuat isteri tersenyum kerana terasa semua yang dilakukan dihargai dan suami kelihatan lebih peka dengan sumbangan si isteri.
Tugas surirumah
Tanggungjawab isteri
Ni pon Suri rumah juga hehehe
No comments:
Post a Comment