Sunday, May 20, 2012

Ada Ape Dengan Air tangan ISTERI



See the title lah hahahaha Air TAngan isteri? Apakah ?Mau tips?
Ala air tangan ni macam aura masakan si isteri lah kan...walaupon tak sesedap masakan chef tapi masakan si isteri ni selalunya lebih menepati citarasa kerana of course lah kan dia sangat memahami citarasa suami dan keluarga dan yang paling penting masakan tersebut dimasak dengan penuh kasih sayang tu yang menjadikan masakan si isteri or air tangan dia tu lebih powers hehehehe

so lets berintro dulu ye, zaman yang serba serbi sibuk dan semua orang nak cepat jer so isteri tidak lagi menitikberatkan makanan yang diberikan kepada keluarga mereka, ini dilihat melalui kesibukan isteri yang bekerjaya mereka lebih senang memilih membeli makanan di restoran makanan segera dan juga warung-warung yang berkenaan kerana kesibukan dan kesuntukan masa untuk memasak. Membeli makanan diluar adalah langkah yang mereka fikir terbaik dan cepat asalkan perut suami dan anak anak terisi.

Namun disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan itulah yang menyebabkan suami mudah melupakan isteri, or berpaling tadah sebab tiadanya pengikat selera (air tangan isteri) dalam masakan, anak-anak menjadi degil dan tidak mendengar kata, dan juga pemangkin kepada pertumbuhan penyakit dimana masakan di gerai kebiasaanya kebersihannya tidak dapat dipastikan dan yang paling penting mereka menggunakan perasa tambahan yang berlebihan bagi menyedapkan masakan mereka.

Bak kata orang Nak tambat hati suami kena bermula dengan perutnya heheehe...

So ni ada a few tips yang aku dapat untuk menggalakkan isteri isteri di luar sama supaya rajin turun ke dapur ye..opss turun bukan untuk makan je tapi untuk memasak yer..





Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu.
Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua.
Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda.
Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda.

So ape lagi pas ni korang kena lah rajin-rajinkan diri memasak yer..

Nak Selit sikit kisah aku lah boleh?ha Ade aku kisah hahahaha...

So far semenjak kahwin 80% makanan yang masuk ke perut suami ku adalah hasil dari air tangan ku hehehehe ececech berbangga pulak..ok lets back to the topic yer...aku lebih puas hati kalau masak untuk suami, and lebih seronok bila dia makan bertambah and memuji masakan tu tau..auww terus jatuh cinta and cair lagi sekali bila kena puji...Even supper tu just kentang goreng and nugget je pon tapi kita ni isteri yang gorengkan yang hidangkan lagilah berkat makanan tu plus terasa kemesraan tu semakin bertambah especially time suap menyuap...ekh tak caya pasni korang masak pastu try suap hubby korang mesti terasa kemesraan di situ ye..

Joms check it out makanan yang aku masak untuk suami ku nak 



-
-
-






eh bukan ni je tau tapi banyak lagi lah kang aku tempek semua mau 10 page kang.



P/s: Secret recipe dalam masakan ku ialah KASIH SAYANG dan NIAT supaya makanan tu nanti diberkati dan menyihatkan.

Sekarang lebih suka memasak untuk sang cinta hati setelah dipuji beberapa kali kerana berjaya masak dengan jayanya dan menepati cita rasa beliau.

Kisah Seorang Suri Rumah







Kaunselor : Halimah pula?


Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.


Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?


Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.


Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??


Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.


Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??


Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.


Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?


Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.


Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?


Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.


Kaunselor : Apa Halimah buat?


Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!


Cuba bayangkan jikalau seminggu isteri yang selalu dikatakan tidak bekerja itu terpaksa pulang ke kampung. Bagaimana rasanya suami yang bekerja? Bangun lewat pagi, kenapa? isteri tak ada untuk kejutkan. Sarapan tak sempat. Kenapa? Tiada isteri untuk masakan. Rumah berselerak sana sini. Kenapa? tak ada isteri untuk kemaskan. Baju busuk penuh seguni. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan. Pinggan mangkuk penuh sinki. Kenapa? Tiada isteri untuk basuhkan.


Belum lagi masuk bab anak kecil yang menangis tengah malam. Siapa yang akan bangun dulu kalau bukan isteri?


Ya, mungkin ada juga suami yang rajin, yang akan buat semua kerja isteri, tetapi seharusnya jangan memandang rendah terhadap isteri yang tidak bekerja.






Ha see Suri rumah lagi banyak kerja nya dari sang suami apetah lagi isteri yang bekerja balik rumah kena buat kerja rumah pula. Begitulah besarnya peranan isteri dalam rumah tangga. 


Oleh itu sang suami sepatutnya lebih menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi.



Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran.


P/s: Tiada ganjaran yang lebih bermakna dari seorang suami selain dari dihargai dan kasih sayang yang tidak pernah pudar. Walaupun hanya ucapan "terima Kasih" sudah cukup memadai dan membuat isteri tersenyum kerana terasa semua yang dilakukan dihargai dan suami kelihatan lebih peka dengan sumbangan si isteri. 







Tugas surirumah










Tanggungjawab isteri








Ni pon Suri rumah juga hehehe










Friday, May 18, 2012

Hobi Tak Berapa Nak Baru

Ha tengok tu tajuk entry kali ni ko main lagi kanss.. Ni sebenarnya ai nak cerita tentang hobi suami sayang yang tak berapa nak baru lah kan sebabnya dulu memula hobi ni menjadi kegilaannya selepas dia menceburkan diri dalam hobi baru hobi ni dilupakanss...

Hobi yang tak berapa nak baru tu ialah berxboxing tau..siang malam xbox je dia pandang..balik kerja je mesti buka xbox dulu baru makan tau and i ofkoslah menjadi peneman setia and pengomen yang setia lah...boring gak tengokan dia main xbox memandang kan ai ni bukan peminat game...dah berapa lama dia beli xbox tu xpenah lak ai nak try main cam boring je ...

tapi tapi tapi kans sebelums tu pon dia dah gila main game xbox ni ha tapi pas dia menceburkan diri dalam hobi bowling yang boleh dikira agak serius gaklah sebab semua aksesori dia dah ade bola pon sampai dua biji siap beli beg tarik lagi wooo..so dia terlupa lah kejap dengan game xbox tu..tapi semenjak dua menjak balik kampung ni suami pon dah lama tak main bowling dah malas katanya so berbalik semula ke hobi lama ye..

so lets check it out bebeh


Sori Picture ni blur pakai camera handphone je plus suami tengah bergerak



Ko main lagi menggilap bola dia bagi kilat



Tengok tu dengan baju kerja tak buka lagi terus main game



Game kegemaran suami .Penah tu dari pagi sampai magrib dok mengadap Xbox je 



So malam ni berbowling lak ye sayang



Monday, May 14, 2012

ALolololo

Alamak tajuk entry ni kan...sebenarnya entri ni khas untuk my hubby yang sakit perut semalam...kesian dear tau..
seperti biasa pas dia balik kerja kitorang pon dinner and main xbox jap...dan dan dia cakap nak gi toilet..aku pon naik atas ironlah baju kerja sang suami ni..pastu dengar lah suami cakap bising bising dia sakit perut..aku pon buat dek jelah sambil meneruskan kerja kerja mengiron baju beliau...tetiba beliau menjerit terperanjat mak noksss..rupanya dear sakit perut yang amat sampai sesak nafas and terguling tau bukan tenggiling eish eish eish ...kelam kabut gak aku mencari minyak angin nak sapu kat perut sayang tapi dan dan lak lah time tu dia hilang kan...sian kat suomi i tau...

Alolololo sian encik suami tau pas sapu minyak angin teruslah beliau tidor dengan menahan kesakitan depan tv tu ha..puaslah diajak naik atas katil tapi tak mau nye dia...sebab nye tak larat nak bangun kan sudahnya dia naik atas katil lwat malam tau sebab sejuk kot tido kat bawah tuh...'

Dear my encik suami  sayang cepat sembuh ye i risau and tak sampai hati tengok u sakit sakit ni...

Friday, April 20, 2012

SEDIH

huhuhu sangat sedih sbb my lappy excident now kat ward huhuhuhu so sangat lah tak leh wat pape

sedih yang kedua sebab encik suami sayang selalu lah sibuk memanjang, walaupon hari haripon jumpa tapi macam tak jumpa seminggu lah..

owh saya dah start merindui encik suami yang kini berkursus di putrajaya ( eh eh kali ni ko tak ikot lak laki ko g kursus ekh ) hahahaha sebabnya memberi ruang kepada rakan seperjuangan encik suami untuk meluangkan masa bersama beliau lah kan..sebab ramai kawannya dah pindah ke putrajaya so this is the right time for them to meet each other and gossiiping lah kan..laki pon gosip nokss nnti balik dia ceritalah tu gosip terbaru hehehehe

k lah sekian

bye

Tuesday, April 10, 2012

Tukar - tukar

Tukar - tukar tarikh ...itulah yang sering terjadi sebelum  berlangsungnya majlis pernikahan Wani & Arif pada 11.11.11.

Ape ingat tukar-tukar baju ker suka-suka nak tukar tarikh kahwin hah?

February 2011

Memula dah decide memang nak tarikh 11.11.11 tuh kan pastuh en suami lak bincang dengan emak dia,,my MIL ni nak wat kenduri kalau boleh time cuti sekolah lah kan senang sedara mara nak balik...so my suami ni cadangkanlah bulan 6.11 wei...ha terkujat beruk gak aku dengornye time tuh...so discuss berdualah..bagitau kat my mom , mak kate blan 6 awal sangatla takut tak sempat nak wat prparation, majlis kahwin bukan senang oii nak organize...so cakaplah kat encik suami, encik suami pon pikir gak camtuh tapi time tuh kan raya bulan 8 so kekonon nak raya sebagai suami isteri la lak kan ...heheheh gedix ok dahla selama 4 tahun raya jauh - jauh sorang utara sorang selatan...So teruskan dengan perancangan lama jelah


May 2011

Suami bagi cadangan supaya nikah awal sikitlah sebab takut tarikh tu ramai yang takleh datang sebab tarikh hot kan pastu lak takut fullhouse segala bagai sebab time bulan 5 la baru dia nak prepared majlis untuk belah lelaki tau...So discuss lagi dengan my parents and abah suka ajer kalau lagi cepat menikah, yela risau kot anak dara dia ke hulu hilir nanti jadi pape dia gak yang susah kan..mak lak tak bagi mak kate alah bio jela bulan 11 tuh nak kalut pe kahwin awal-awal( padahal dalam hati tu mesti sedih nak lepaskan wani kan kan kan mak kan)yela sebab aku ni rapat kot dengan mak , masa belajar dulu kalau cuti sem kompom duduk umah and berjalan je dengan mak..kereta memang tak de canlah si adik aku nak pakai heheheh..berjalan dengan mak ai lah..so kalau aii dah kawin sape lagi nak bawak dia berjalan adik aii nun jauh di sabah tuh kakak and abang suma dah berumah tangga kan... So stick dengan tarikh yang asal lah..tapi berlaku sikit conflict la bila en suami nak juagak percepatkan tarikh nikah tuh..tension kot time tuh nak jaga hati parents kah bakal suami kah..adoiiyaiii...
suami nak nikah tarikh 9.10.11. tapi nasib baik time tu sepupu aku kahwin so adelah excuse so xjadilah suami nak kecik hati hehehe

August 2011

Tekad dengan tarikh yang asal 11.11.11walauapepon yang berlaku suami tetap nak nikah tarikh tuh...time nih aku sempat gak mintak suami postpone taun depan sebab kewangan tak stabil and aku pon takde kerja tetap lagi lah..suami tetap berkeras tak nak tangguh tau..dia cakap benda baik watpe nak tangguh tangguh lagi..Insyaallah pas kahwin nanti adelah rezeki nya tuh kan..So follow jela kan..sementara dia yang beriya nak kahwin..kang kalau dia dah tawar hati nak kahwin dan dan time tu la ko hegeh- hegeh nak ngajak kawin ha jawabnye time tu menjawabla kan...tapi time ni kan sedih pon ade tau sebab last raya as a single and raya dengan semua sedara mara adik beradik semua la kan..tahun 2012 nanti pas kahwin ntah raya kat mana lah dulu macam manela agaknya rasa dah jadi bini orang ni ekh?(tula yang wat aku nak tangguh tu).Pastuh abah cakap ko nak tangguh tahun depan sekalipon benda ni tetap akan berlaku ..lambat laun ko tetap ikot suami ....huhuhuhu sedih tau abah cakap macam tuh ..aku cakapla eihhh abahni tak sayang wani ekh, abah cakap sayang la anak kot tapi tu lumrah kehidupan ko kena terima...huhuhuhuhuhu sedih.

September 2011
Tekadlah teruskan plan kahwin 11.11.11. and we all pon pergi kursus kahwin hujung bulan 9 tuh and kelam kelibut wat preparation segala bagai tuh...Time dah nak kahwin kan banyak benda yang nak kena settle kan nak kena pikirkan kan...pun menyebabkan aku mintak tangguh kahwin and mintak putus ko..aje gila..Tapi disebabkan en suami yang cool so dia buat bodoh je and tak layan aku pon..sebab esok lusa minggu depan aku okaylah tuh..kalau dia melayan mau malu family tak jadi kahwin kan heheheh sayanglah u suami..

October 2011
Permohonan nikah bagi bakal pengantin perempuan and pemilihan kadhi mengikut zon kawasan...Ha time tuh abah dah siap-siap deal dengan kadhi tau (yela majlis lagi bpe hari je oiii) pastu isi borang pergi pejabat agama and bagitau lah kadhi yang abah dah dealkan tuh suddenly boleh lak dia kata kadhi tu bukan zon aku ..so kenalah ambik kadhi XXX ni ..Diorang cakap kadhi tuh agak cerewet sikit (biasalah kalau kadhi yang dah berumur kan cerewet)so jadila stress lagi and abah pon stress sebab dia yang settlekan hal ni..then dia pergila jumpa kadhi tu discuss itu ini  segala bagai dapatgaklah nak menikah tarikh tu and lepas asar.  Boleh tak lagi seminggu nak menikah kadhi tu kol cakap dia nak nikah kan anak datuk ape ntah pada masa nak nikah kan aku so dia nak postpone waktu nikah aku malam lak..amboi mentang-mentang datuk ko nak potong q aku ekh..so tensen sekejap..aku tak nak nikah malam sebab malam kan nak wat malam berinai..

pikir punya pikir punya pikir aku pon kol pejabat kadhi tanya lagi sekali kadhi zon aku ade sape je lagi..eh eh dan dan dia kate kadhi XXX tu bukan zon aku and kadhi yang bapak aku dealkan tulah kadhi zon aku..(time ni memang aku geram la dengan orang yang kerja kat pejabat agama)suka suka dia je kan cakap tak cek betol betol menyusahkan aku nak kena pergi ulang alik jumpa kadhi ..Finally abah yang settlekan and aku boleh nikah tarikh tuh and pas asar..kalau tak aje menaya aku nak kena tukar tarikh nikah 12.11.11 which aku kena nikah pagi and sanding tengah hari tuh..

Heheheh Allhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan walaupon berbagai cabaran ...sesungguhnya kita hanya merancang Allah yang menentukan.

-


-


-


-


-


-

Wednesday, April 4, 2012

UNTUKMU YANG TERISTIMEWA ( KHALIJAH BINTI YUSOF)



Buatmu Ibu 

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

i love you sooo much mak



Ibu

Ibu , Mak, Mama, Mummy, Ummi itulah gelaran yang digunakan untuk seorang ibu...ya menjadi seorang ibu sangat sangat mulia dan  istimewa kerana seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu ....begitu besarnya jasa seorang ibu seperti kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga...

Waaa Waa Waaa nak juga jadi ibu hehehhee tak sabar nak jadi ibu ni, kahwin pon dah masuk lima bulan tapi belum ade rezki lagi ...takpe aii redha uollsss lagipon ALLAH tu Maha Mengetahui dan sentiasa merencanakan yang terbaik untuk hambanya...

eh eh eh eh kenapakah kenapakah kenapakah buka topik ibu ni haiii dah terdesak sangatker nak jadi ibu weii...eishhh no no no... 

Kenapa Entri ibu dipilih sebab nya hari ini adalah Hari lahir seorang wanita yang mengandungkan saya selama 9 bulan 10 hari , wanita inilah juga yang menyusukan dan  bersusah payah membesarkan saya , wanita ini jugalah yang sentiasa ada disisi saya tak kira ape keadaan sekalipon wani inilah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya dan wanita inilah juga yang sentiasa ada dalam hati saya....sesungguhnya dialah ibu saya ...Khalijah binti Yusof..

Hari ini 040412 Genaplah umur mak saya 56 tahun...syukur padamu ya Allah kau masih beri kesempatan untuk beliau bernafas di muka bumi ini dan memberikan kesihatan yang baik padanya supaya beliau dapat menunaikan ibadat kepadamu Ya Allah...

Mak semenjak kahwin wani berjauhan dari mak dah bertukar naungan dari naungan ibu bapa kepada suami , dari syurga di bawah kaki mak kini syurga wani di bawah kaki suami tapi tapi tapi tapi mak tetap sentiasa dalam hati wani....wani sayang mak sangat sangat sangat tak terhingga hingga hujung nyawa...Wani harap hari lahir tahun ni mak diberikan kesihatan yang lebih baik, dimurahkan rezki, dipanjangkan umur, diberkati dan mendapat lindugan Allah, wani juga berharap di hari lahir mak ni wani dapat mencapai cita cita wani dan seterusnya membahagiakana mak and menyenangkan mak...cukkup cukuplah selama ni wani dah banyak susahkan mak...


Di saat menulis entri ni air mata jatuh tu sebab wani rindu sangat sangat kat mak, and sedih sangat bila terbayang camnelah satu hari nanti Allah ambik mak semula?adakah wani boleh terima kenyataan tu, adakah wani bersedia?  Owh tak sanggup rasanya memikirkan itu terjadi...Wani selalu mendoakan mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya wani dapat peluang untuk membalas jasa   dan kasih sayang mak, supaya wani dapat membahagiakan mak.

Sekarang ni wani masih tak berpuas hati sebab banyak lagi jasa mak yang wani tak mampu nak balas  (sememangnya wani tak mampu nak balas jasa and pengorbanan  mak yang terlalu besar dalam hidup ni) and banyak lagi niat wani kat mak yang belum tertunai..YA ALLAH YA TUHANKU di hari lahir ibuku ini ko berkatilah beliau dan ko permudahkanlah urusanku dan perluaskan lah rezki ku supaya aku dapat menyempurnakan niat ku kepada ibu ku...AMIN


I love u sooooooooooo Much 

Inilah Dia Wani ta Itu (My lovely Mom) satu satunya di hatiku


Nukilan ikhlas
*anakkmu*

LIMIT

ha everyday berapa limit korang untuk berjauhan or tidak bersua muka dengan en suami sayang eksss? For me i put a limit just for 8-10 hours lah per day ( tu pon untuk memberi ruang kepada pasangan untuk bekerja a.k.a mencari rezki uollls) kang kalo hari hari dok mengadap muka kang nak makan ape laks kanss lainlah duit turun dari langit kanssss....


So dah set kan kat hotak tu waktu kerja takpelah berjauhan and takdelah rasa pape wei..tapi pas soploh jam contohnya dia biasa blik rumak sampai depan pintu mesti dalam pukul 6...kalau lebih dari pukul 6 hati dah mula risau u ollsss especially kalau tidak diinform oleh beliau kanss...yelah risau kot kalau jadi pape ker kansss sape tau...(Ya Allah kau peliharalah keselamatan suami ku, jauhilah dia dari sebarang mala petaka, amin)..tapi bila dah dengar bunyi kereta dia je wah hati dah melonjak suka macam tak jumpa  seminggu kot eksaited nya tuh hehhe padahal xjumpa sebab g kerja je pons...gedix hokay...eh eh eh kalau nak gedix dengan suami sendiri ape salahnya kanssss, kalau tak bergedix dengan suami sendiri nak bergedix dengan sape lagi kanss takkan nak gedix dengan laki orang laksss kan...no no no...


Balik je terus kiss kiss sikit (18sx) and borak borak uolllsss cam lama je tak jumpe and ade je nak distorykan tuh heheheeh...so seronok..

cam today tengok tengok jam dah kol 6.30 hubby tak blik lagi ponsss hati dah start rindu dah ni adoyaiii , lupa lah harini dia adebowling ler mesti dalam kol 10 baru dia balik tuh...hyelah hati sabar ekh lagi 3 jam baliklah sayang awak tuh ekh hehhheheh..

inilah gerangan si gagah perkasa yang selalu buat saya tertunggu - tunggu and terindu- rindu itu


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



inilah dia si gagah perkasa itu 






always  in love  with u
-your wife-

Monday, April 2, 2012

BERUBAH SELEPAS KAHWIN

eh entry tak menahan eksss hehehehe

bukan pe pas kahwin ni fb status pon diupdate yang berkaitan rumahtanggan and lebih matang ckitlah kanss heheheeh sebelum kahwin dulu ntah pape status je pon aku update so agak terasa ketuaan disitu yawww eishhh

so lets take a look kay my current status

STATUS AFTER MARRIED 






Ha tengok tu status ai suma nye dah mcam orang orang berusia kansss huhuhu terasa ketuaan kat situ tau..

eh eh tapi kan pas kwin mmang i de brubah sikit uolllss hehheehehe
takpelah so nampak gayanye ai sdar lah diri ai ni bukan single lagi lah ekh eheheheehe
nasib baik sedar dirui uolls kalo tak sedar diri lagi nayo je....


k lah chau chin chau