Wednesday, April 4, 2012

Ibu

Ibu , Mak, Mama, Mummy, Ummi itulah gelaran yang digunakan untuk seorang ibu...ya menjadi seorang ibu sangat sangat mulia dan  istimewa kerana seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu ....begitu besarnya jasa seorang ibu seperti kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga...

Waaa Waa Waaa nak juga jadi ibu hehehhee tak sabar nak jadi ibu ni, kahwin pon dah masuk lima bulan tapi belum ade rezki lagi ...takpe aii redha uollsss lagipon ALLAH tu Maha Mengetahui dan sentiasa merencanakan yang terbaik untuk hambanya...

eh eh eh eh kenapakah kenapakah kenapakah buka topik ibu ni haiii dah terdesak sangatker nak jadi ibu weii...eishhh no no no... 

Kenapa Entri ibu dipilih sebab nya hari ini adalah Hari lahir seorang wanita yang mengandungkan saya selama 9 bulan 10 hari , wanita inilah juga yang menyusukan dan  bersusah payah membesarkan saya , wanita ini jugalah yang sentiasa ada disisi saya tak kira ape keadaan sekalipon wani inilah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya dan wanita inilah juga yang sentiasa ada dalam hati saya....sesungguhnya dialah ibu saya ...Khalijah binti Yusof..

Hari ini 040412 Genaplah umur mak saya 56 tahun...syukur padamu ya Allah kau masih beri kesempatan untuk beliau bernafas di muka bumi ini dan memberikan kesihatan yang baik padanya supaya beliau dapat menunaikan ibadat kepadamu Ya Allah...

Mak semenjak kahwin wani berjauhan dari mak dah bertukar naungan dari naungan ibu bapa kepada suami , dari syurga di bawah kaki mak kini syurga wani di bawah kaki suami tapi tapi tapi tapi mak tetap sentiasa dalam hati wani....wani sayang mak sangat sangat sangat tak terhingga hingga hujung nyawa...Wani harap hari lahir tahun ni mak diberikan kesihatan yang lebih baik, dimurahkan rezki, dipanjangkan umur, diberkati dan mendapat lindugan Allah, wani juga berharap di hari lahir mak ni wani dapat mencapai cita cita wani dan seterusnya membahagiakana mak and menyenangkan mak...cukkup cukuplah selama ni wani dah banyak susahkan mak...


Di saat menulis entri ni air mata jatuh tu sebab wani rindu sangat sangat kat mak, and sedih sangat bila terbayang camnelah satu hari nanti Allah ambik mak semula?adakah wani boleh terima kenyataan tu, adakah wani bersedia?  Owh tak sanggup rasanya memikirkan itu terjadi...Wani selalu mendoakan mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya wani dapat peluang untuk membalas jasa   dan kasih sayang mak, supaya wani dapat membahagiakan mak.

Sekarang ni wani masih tak berpuas hati sebab banyak lagi jasa mak yang wani tak mampu nak balas  (sememangnya wani tak mampu nak balas jasa and pengorbanan  mak yang terlalu besar dalam hidup ni) and banyak lagi niat wani kat mak yang belum tertunai..YA ALLAH YA TUHANKU di hari lahir ibuku ini ko berkatilah beliau dan ko permudahkanlah urusanku dan perluaskan lah rezki ku supaya aku dapat menyempurnakan niat ku kepada ibu ku...AMIN


I love u sooooooooooo Much 

Inilah Dia Wani ta Itu (My lovely Mom) satu satunya di hatiku


Nukilan ikhlas
*anakkmu*

No comments: