Al kisahnya setiap kali bulan puasa sahur paling mencabar kan yelah nak bangun pepagi tu dengan mata berat alahai malasnya...Ha aku ni lagilah memang jenis tak bersahur orangnya kalau bersahur pon just bangun and minum air segelas (susu and air masak) ataupon makan sebelum tidur malam tu esok boleh terus tidur je dengan nyenyak nya, yelah aku ni kalau dah tidur terjaga kompom susah nak tidur balik weii...
Lain pula kisahnya bila dah kahwin ni ekh, dah jadi bini ni bertambahlah tanggungjawab tu tak boleh lah selfish fikir diri sendiri yer ingat sikit hang tu dah berlaki yang nak kena jaga bukan sensorang cam dulu(dasar kuat membebel kan heheh).
Yelah bila dah kahwin ni tak boleh lah pikir diri sendiri and sedap tidurje so kenalah juga bangun sahur and wat ape yang patut untuk memenuhkan perut sayang and memastikan sayang mempunyai tenaga yang cukup untuk mencari rezki kami sekeluarga tau...
Dengan mata berat tu gagahkan diri bangun and watlah ayam goreng ker, fun fries ker, hot dog ker, keledek goreng ker, cucur ikan bilis ker, cornflakes and yang paling penting air panas untuk beliau ye..
Eh perasan tak kitorang bersahur tak makan nasi kan kan kanss sebabnya encik suami sayang ni memang pelik dia kalau pagi pagi memanglah tak lalu makan nasi woiii, so agak peninglah kepala ni memikirkan apa nak bagi laki aku makan sahur nanti tau, pernah juga cuba bagi dia makan nasi untuk bersahur memang dia tak boleh pergi setakat 2 3 suap je pastu dah tak lalu dah...tu yang wat benda benda selain nasi tu, roti roti pon dia tak lalu pon...so aku masak jelah pe yang dia nak makan tuh.
Ha makanan kat bawah tu jela yang laki ai berselera untuk bersahur tau.
******Oppss untuk pengetahuan semua first day puasa tu aku terbabas tidur sampai ke pagi kot, sian sayang tak dapat sahur, suami sayang bangun tidur muka kelat semacam je sebab tak bangun sahur hehehehe, bila tengahhari dok ngok ngek ngok ngek mengadu kelaparanlah tak de tenaga lah lawak kot dah macam budak baru kecik aku tengok, pelik pon ada dulu bujang boleh je tak sahur dah kawin mengada lebih ekh mentang mentanglah dah ada bini kan..heheh tapi mengada and mengadu dengan bini sendiri takpelah kan.
So started from that incident lah aku terus aware wei, tidur pon tak terlena asik terjaga and tengok jam je bagi memastikan suami sayang tak terlepas sahur, tapi dah 4 5 hari puasa aku dah boleh tune kan waktu tidur aku and boleh bangun kul 4.30 dengan mudahnya (yang penting pe yang kita buat iklas kerana allah) insyaallah dipermudahkan..Pelik juga masa sebelum kahwin memang mata aku macam kena gam tak boleh nak bangun sahur wei dah kawin ni boleh je bangun siap masak bagai , mungkin disebabkan rasa tanggunjawab tu kan tu yang bangun je hehehehe..
K selamat berpuasa untuk hari yang seterusnya and for me selamat memikirkan menu sahur yang lain pulak kay.
No comments:
Post a Comment