Wednesday, July 18, 2012

Menu Hari Rabu

Semenjak my mum datang rumah hari Ahad haritu sentiasa kekenyangan ekh tak pernah ada istilah lapar pon tau.  Mak akan berada di sini sampai hari ahad nak sambut puasa kat Perak dengan iolss la kan..so suke suke suke ekh sebab ni merupakan tahun first puasa as husband and wife tapi my mum still teman i sambut puasa sesama nampak sangat dia tak boleh berenggang dengan anak dia ni kansss..adik beradik yang lain sila jangan jeles ok..

Panjang betol intro nye dahlah tak de kena mengena langsung dengan tajuk kan. Ok lah nak cita lah menu hari rabu ni yakni hari ini lah kan ialah rendang ayam, udang goreng bercili, sayur kacang boncis goreng dan keledek goreng ekh. Gambar jap g kita tengok kat bawah nu..

Hari ni office sayang wat makan makan so setiap seorang mesti bawa makanan, mula mula suami nak bawa ayamas (ayam golek tu je) tapi pikir punya pikir macam kurang kick la kan makan dengan nasi putih plus sepatutnya staff dia ada yang masak paprik ayam tapi tak dapat datang sebab mc so last minit punya plan ai cadangkan kat dia wat rendang ayam je senang..dia pon setuju hehehe, my mom pon ada so boleh tengokkan ai masak kan..bukan tak reti tapi tak pandai nak agak bahan bahan untuk makan ramai ramai..so my mum jadi penasihat la ye berapa sukatan semua tapi ai lah yang memasak nye kan..

Hehehehe ni first time wat rendang ayamt untuk suami and masak untuk kuantiti yang agak banyak kay..suam i cakap rendang ai licin hehehehhe sedap lettew (perasan ok) tapi syukur lah habis lauk tu so tak lah membazirkan plus mudah mudahan dengan bagi orang makan ni my hubby and  ai dipermurahkan rezki aminnnn.

Jom cek it out my dishes today ya..


Tadaaa..



No comments: