Thursday, July 19, 2012

PENGUMUMAM PUASA TAHUN 2012 (1433H)







Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 




Tapi kan masa kekecik dulu excited sungguh nak dengar pengumuman puasa ok semua senyap sepi tumpukan perhatian nak dengar pengumuman puasa tau sebabnya kalau dah ade pengumuman puasa tak lama lagi ade pengumuman raya lak tu yang double excited. Keadaan ni dapat rasa setahun sekali je tau bukan selalu.




Tapi time sekolah dulu bulan puasa lah bulan paling malas tau nak pergi sekolah pasti ade seribu satu alasan untuk ponteng sekolah especially sekolah agama tau (teruk perangai kan) dan pelbagai alasan tersemat kat minda supaya boleh makan n minum contohnya macam terminum air secara tak sengaja, minum air paip sikit masa ambik air sembahyang, buat buat muntah and terlupa yang hari ni puasa . Hamboi komain teruk perangai aku kan..sila jangan contohi ok.




Tapi this year puasa lain sikit lah and sepesel sikit sebabnya puasa tahun ni merupakan tahun pertama berpuasa dengan status baru begitu juga dengan tanggungjawab baru dan berpuasa bersama pelengkap hidupku.

Tahun ni first time bepuasa dengan memegang status ISTERI so sangat excited and sayu hati ok..




Excited sebab wow macam manalah keadaanya nanti kan berpuasa dengan suami sayang yelah sebelum ni single and asal masuk waktu berbuka je mesti kalut kol suami tanya makan apa la bagai, sebelah tangan suap makanan sebelah lagi pegang hp tau.hamek ko memang perangai teruk hehehhe.




Tapi sekarang ni ha buka apa semua akan terjadi depan mata tak payah nak kol kol lagi jimat kedit tau.




Sayu hati sebab tahun ni dah kena berdikari sendiri tau mak dah tak de kejut and sediakan sahur semua kena buat sendiri yang paling sayu hati teringat zaman kekecik sahur beramai ramai sangat bising rumah dengan suara mak yang kejutkan kitorang adik beradik, mak mengejutkan kami dengan suaranya yang sangat lantang tapi abah akan datang kat kami and gerakkan2 kitorang kalau tak berkesan dia akan tarik kaki tau hahahaha. So nanti akan bangunlah dengan terhuyung hayang ke dapur and sahur..Owh sangt rindu suasana itu.




Aku ni jenis yang tak bangun sahur sangat selalunya sebelum tidur tu dah sahur siap siap ok (nampak nau pemalas kan) padahal bangun sahur dapat pahala tau tapi kalau bangun pon aku tak makan lah cuma minum air je pon yang pasti minum air masak sebanyak mungkin sampai perut kembung sebab nak cover sampai ke buka tau. Tapi tahun ni tak boleh lah macam tu lagi ada perut lain yang aku perlu fikirkan yakni laki aku, kang aku tak bangun sahur kebuluran lak laki aku kan. So tu yang aku dah kata tadi tanggungjawab semakin bertambah kansss. Macam manalah agaknya rasa puasa tahun ni ye. 




Ya Allah mudah mudahan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan Ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan kepada keluarga kami. AMIN.




Wow dah terasa bahangnya puasa kan bila ramai orang sibuk membeli belah barang dapur and cerita pasal bazar ramadhan sana sini even belom start puasa pon. tu yang jadi lagi excited nak puasa tuh.(ok sabar esok dah start puasa ok)




Eh eh ni bermakna esok dah puasa kan so malam ni dah start solat terawih lah seronoknya pastu dah start sahur lah pagi esok yeahh oppsss tapi sebelum tu jangan lupa niat berpuasa ekh kalau tak sia sia je puasa ko ekh .




Ni aku ada attachedkan niat puasa sehari dan sebulan serta doa berbuka puasa je..jom scroll ke bawah
-

-

-

-

Niat puasa

Doa berbuka puasa




Selamat menjalani ibadah puasa ye semua.













No comments: