Ei geli betol lah aku dengan lipas ni..bukan geli apa sangat pon tapi tak tahan dengan bau dia tuh...plus anak anak lipas yang cinonet kekecik tuh kan..
Tak taulah kenapa lipas ni tak pernah nak lari ekh...geram betol, orang kata letak daun pandan lah , tupon aku dah buat tapi still tak hilang lagi lipas tu..
Semalam elok je suami makan sambil tengok tv lah kan . pastu letak jelah tepi tu sekejap, bila habis je cerita tu suami pon nak bangun toleh sebelah dia elok je lipas dok makan lebihan makanan tuh..GELI ok..
Ha nasib baiklah lipas tu tak masuk dalam telinga laki aku ekh..
Ok ni ade sedikit tips menghalau lipas ihsan dari Encik GOOGLE:
- Meletakkan ubat gegat di kawasan lipas membiak, didalam almari dan celahan almari. Lipas tak suka bau ubat gegat nanti dia akan lari tapi datang balik bila ubat gegat tu dah kurang bau.
- Meletakkan serai yang ditumbuk sebab bau serai yang kuat tidak digemari oleh lipas. Lagi senang guna je cecair penyembur serai wangi, ni kena buat dalam dua minggu sekali lah.
- Letak daun pandan di kawasan lipas tu lah sebab daun pandan ni wangi lipas tak suka, eh tapi perasan tak lipas tak suka benda yang berbau lah pasni boleh juga letakkan sabun wangi kat tempat berkenaan ye..
Ok Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment