Saturday, June 30, 2012

PESANAN UNTUK LELAKI YANG BERGELAR SUAMI


Suami merupakan ketua keluarga dan memainkan peranan yang penting dalam membentuk keluarga bahagia.  Ni ade pesanan untuk suami yang dibawakan khas oleh Dato Fadhilah Kamsah ...

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum 
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Pesanan ni copy bulat-bulat dari Dato Dr fadhilah kamsah ye...

P/S : hope suami ai bacalah ni ye

Cara Menhalau Lipas

Ei geli betol lah aku dengan lipas ni..bukan geli apa sangat pon tapi tak tahan dengan bau dia tuh...plus anak anak lipas yang cinonet kekecik tuh kan..

Tak taulah kenapa lipas ni tak pernah nak lari ekh...geram betol, orang kata letak daun pandan lah , tupon aku dah buat tapi still tak hilang lagi lipas tu..

Semalam elok je suami makan sambil tengok tv lah kan . pastu letak jelah tepi tu sekejap, bila habis je cerita tu suami pon nak bangun toleh sebelah dia elok je lipas dok makan lebihan makanan tuh..GELI  ok..

Ha nasib baiklah lipas tu tak masuk dalam telinga laki aku ekh..

Ok ni ade sedikit tips menghalau lipas ihsan dari  Encik GOOGLE:



  • Meletakkan ubat gegat di kawasan lipas membiak, didalam almari dan celahan almari. Lipas tak suka bau ubat gegat nanti dia akan lari tapi datang balik bila ubat gegat tu dah kurang bau.

  • Meletakkan serai yang ditumbuk sebab bau serai yang kuat tidak digemari oleh lipas. Lagi senang guna je cecair penyembur serai wangi, ni kena buat dalam dua minggu sekali lah.

  • Letak daun pandan di kawasan lipas tu lah sebab daun pandan ni wangi lipas tak suka, eh tapi perasan tak lipas tak suka benda yang berbau lah pasni boleh juga letakkan sabun wangi kat tempat berkenaan ye..

Last but not least korang juga boleh semburkan racun serangga seperti Ridsect, Shieldtox dsb. Boleh juga menggunakan racun lipas yang dijual di pasar malam, keberkesanannya tu kurang pasti tapi ramai yang kata it works...tapi kena rajin lah kan

Ok Selamat Mencuba





Friday, June 29, 2012

290612



Suami dah suka makan asam pedas lah hehhee pasni bolehlah masak lagi dan lagi dan lagi..oh m G semalam makan nasi lauk asam pedas ni dua pinggan ok..sebab dah lama tak pekena asam pedas sekali makan ambik kaw hahahah..pastu badan naik bising seantoro alam kan..memang nak kena lempang lelaju ni ...

Daa itu je untuk entry kali ni 

Wednesday, June 27, 2012

RESTORAN WAJIB KALAU BALIK KAMPUNG (HOTMAS)







Restoran Hotmas ni terletak di jalan ke Hotel Swiss-Inn Sungai Petani berdekatan dengan kawasan Lagenda Height..eh entahlah aku pon kurang pasti sebab aku bukan orang sini..encik suami yang orang SP..so setiap kali balik kampung kompom ar dia yang akan drive aku tau sampai je ke destinasi hehehee...

Tapi setiap kali balik kampung kami pasti wajib singgah restoran hotmas ni tau..sebabnya suami sayang suka sangat kat grilled chicken chop dia (sedap dan harga berpatutan)

Tapi kalau aku kureng suka sikit makan chicken chop tuh aku punye makanan kegemaran kat hotmas ni of course lah yee mee goreng..so sedap and banyak tau..tapi aku makan habisje..ha memang sah kuat melantak hehehheeh


Makanan dia awesome harga pon berpatutan kot so memang ramai gila orang makan kat sini so waktu pilihan suami untuk datang sini petang dalam pukul 5 or malam dalam pukul 10 orang dah kurang sikit kalau tak jenuhlah nak menunggu meja kosong tau huhuhuhu...


so kite tengok ekh pe yang sedap sangat tuh

Ha inilah dia restoran hotmas tu tapi kami panggil kedai hijau jer



harga berpatutan kot sebab tu ramai gila orang



My favorito barili ice , air encik suami tak snap lah 



My favorito kalau datang sini mesti oder ni takkan oder lain dah ( yeee mee goreng )




Grilled chicken chop kegemaran sayangku




Eh tapi kan perasan ke perasaaan kan kedai hijau ni konsep dia ala ala restoran Murni taipan yang kat SS2 tu kan. Tapi kan pada pendapat aku restoran ni sikit lebih kurang sama dengan Murni sebab cara and system yang digunakan adalah sama plus sentiasa penuh and ramai orang kot





Tuesday, June 26, 2012

MENU HARI INI

Hari ni pon saya masak simple - simple sahaja...tapi bila masak simple gini lah lak member hubby datang kan...ha nasibla korang makan jelah apa yang ada ekh...

so lets check it out beybey

-

-

-

-

-

-

Telur masin masak lemak cili padi, ayam goreng dan kobis goreng sahaja
Oppps kobis goreng ni jelah sayur yang encik suami boleh makan. yang lain kureng ler...so masak ini jela yer..

P/s: i masak ni pon semuanya untuk encik suami sayang..kalau ikot kan diri sendiri makan telur goreng dengan kicap pon jadilah..tapi bila memikirkan beliau so kenalah jadi kreatif and sebelum tidur mesti pikir menu untuk esok takpon pikir untuk seminggu terus senang hehehe...
-

Monday, June 25, 2012

My Favourite Drink (BARLI) ice

Sejak akhir-akhir ni suka sangat minum air barli tau sebelum ni suka minum milo ice, kalau singgah kedai makan ke g memana kah mesti mau beli itu milo ice sama ada dalam tin punya or kotak or bancuh tu tau..now dah beralih arah ke barli pulak heheheeh..

Tapi tak sangka kan barli ni banyak kebaikannya..so makin bertambah-tambahlah minat tu nak minum air barli...

jomss check it out kebaikan barli yer

  • Mencegah/ mengurangkan risiko sembelit dan melawaskan penghadaman(pasni lancar je pembuangan tu kan )
  • Mengurangkan kadar kolestro (penting untuk jangka masa yang panjang)
  • Mencegah kanser(paling penting ni)
  • Mengurangkan risiko kencing manis (sebab barli ni dikira kategori fiber kan)
  • Menyejukkan badan(orang demam elok minum ni untuk kurangkan panas badan)
  • Memelihara buah pinggang
  • Melawaskan kencing
-


-


-



My Favorito (tapi dah letak ais kurang sikitlah kot khasiatnya)
pasni nak try suka kan diri minum barli suam je





-

Thursday, June 21, 2012

A short Announcement

sukacitanya blog ni adalah diari kehidupan ai which ai tak terpikir pon nak buat blog ni untuk dicommercialkan tapi kalau korang dah terkelik tu terbaca tuh  cukuplah korang anggap blog ni sebagai tempat empunya blog untuk meluah kan segala yang tersurat dan tersirat so sebab tulah ayat dalam blog ni tunggang-langgang ikot suka hati aku je kan hahahahah...sorry guys..

But the most important thing dengan wujudnya blog ni hopefully one day after i dah takde lagi kat dunia ni my hubby, my kids, and my family boleh baca catatan kehidupan ai and i believed they will know that i love them so much and.  Hopefully dengan adanya  blog ni akan adalah kenangan kehidupan ku yang ditinggalkan  kepada mereka dan sekiranya mereka kerinduan bolehlah terjah blog ini..

Semoga Allah memberikan usia yang panjang dan kesihatan yang baik supaya aku dapat meneruskan menulis catatan harian ku untuk tatapan insan tersayang suatu hari nanti Amin.


MENU SEMALAM 21062012

Sepanjang minggu ni masak menu yang simple aje sebab minggu lepas seminggu berada di kampung encik suami sayang bila dimana aii dikampung sudah pasti tidak akan memasak dan ini bermakna aii secara automatiknya off memasak ya...

Last week makan kat umah pon beberapa kali je pon itupon encik suami nak makan masakan mak dia ... tak silap 2 x je kot dari seminggu hahaha selebihnya kitorang makan kat luar sebab mak mertua aii ni jenis tak berapa suka memasak tau....tu yang naik lemak bagai kan sampai terbawa bawa minggu ni mood malas memasaknya..

So ai warming up with simple menu je for this week.  Hopefully next week mood memasak datang membuak-buak ye kalau tak kesian encik suami sayang makan lauk yang simple aje, Lauk simple tapi sedap ape salahnya kan hahahahah...]

Menu:

ISNIN: Sambal ayam + taugeh masak lemak +kucai dan tauhu
(YANG NI TAK SEMPAT NAK AMBIK GAMBAR SUAMI DAH NGAP DULU SEBAB KEPINGAN BANGAT KATANYA MAU MAKAN TAUGEH MASAK LEMAK TAU)

SELASA: : Ikan bakar bersambal
(ha yang ini pon tak sempat snap picture sebab encik suami kelaparan plus keluar dari daun pisang lagikan terus dia ngap bila nak ambik gambar tu mula la kang sayang bising lauk pon nak ambik gambar ker)

RABU: Nasi lemak dan ayam goreng
(yang ni memang tak sempat ambik gambar sebabnya encik suami macam biasa tak sabar nak makan tau plus dia tak suka ambik ambik gambar ni tu yang susah tu)


So semalam punya lauk ialah


ni pon tangkap gambar curi curi tau..

simple je kan ..hehehe takpe janji encik sayang suka and kenyang tau.



Encik suami ni payah sikit dia tak berapa gemor la hai mengambik gambar itu ini tau...nape aku je tak ambik gambo kan..sebab hp aku ni ha perak sikit pic dia blur n goyanglah maklum la pakai hp murah je pon ...ni pakai hp encik suami tau..walaupun kecil tapi picture dia lebih better than mine..
takkan nak ambik picture lauk guna dslr encik sayang pula itu sudah melampauui batas lagi di bahan dengan sayang nanti..nak guna digital camera ai tuh dah rosak pula so tu yang payah mau ambik gambar bagai...