Tuesday, August 7, 2012

My first Ramadhan with Family In law

Hohhohoho last weekend balik kampung belah suami kat Kedah, and nilah pertama kalinya berpuasa dengan keluarga mertua hehehehe.

Kitorang bergerak balik hari Jumaat petang lepas sayang balik kerja.Sebelum sayang sampai ai dah sesiap masukkan baju dalam kereta so nanti sayang balik terus bergerak je kan jimat masa tuh. Sayang sampai je rumah laju laju bersiap ingatkan nak terus balik tapi gas bocor pula so sangat bahaya and called orang yang jual gas tu dalam sepuluh minit camtulah dia datang so godek punya godek and gas pon ok dah. So around six camtulah kitorang gerak balik kedah ikut jalan lama tak jem and meriah sikit lalu suasana kampung kan.

Kalau dah gerak dalam pukul 6 tu jangan haraplah sempat nak berbuka kat rumah MIL kan so ai pon sesiapkan bekalan iaitu hotdog cheese ayamas letak mayonis and sos + kurma and air vitagen hehehehe..
So berbukalah kami suami isteri dalam kereta tau. Sampai kedah dalam pukul 8 lebih kitorang terus berbuka lagi sekali kat hotmas ekh . And ai ofkos order yee mee goreng tu favorite ok and sayang semestinya order grilled chicken chop (haritu dia punya portion banyak gila kot) sayang cakap puas betul makan hehehe.

Sampai rumah mak mertua dalam pukul 9 lebih and senyap je rupanya mak pergi terawih , kakak ipar and qaisara tidur tinggal abangje tengok tv.

Sayang borak dengan abang dia ai tukar baju tidur and duduk kat bawah baca paper jap lagi tu mak balik dari terawih yang kat depan uma je pon hehehe . tengah borak borak dengan mak qaisara and ibu dia pon keluar so borak borak jap pastu masuk tidur hehehe.

Walaupon haritu ai cuti puasa tapi Dalam pukul 4 lebih tu ai dah turun bawah tolong mak mertua siapkan hidangan untuk sahur and sediakan air panas and cornflakes + susu dia tu sebab dia tak lalu sangat makan nasi  pepagi tuh, yang lain makan nasi dia makan sikit je so kenalah bagi makanan tambahan kan .nak tak nak bini nya jugalah kena sediakan, takkan dah ada bini nak biokan mak mertua yang layan laki aiii kan hammboiii. Pas sahur borak borak and pas subuh sambung tidur pukul 11 lebih baru bangun heheheeheh.
Seronok betul kan

KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN DI BULAN RAMADHAN

Antara objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan’ ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antaranya ialah seperti..


1) Makan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).- Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkanpuasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).


Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : “sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.- Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)



3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.- Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)





Ertinya : “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :” Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu” ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.- Ia adalah satu kesilapan yang besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.



5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.- Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.



6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.- Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat”. (Riwayat al-Bukhari)



7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.- Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur hingga tidak puasa.- Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Atau jangan sesekali masih makan melepasi waktu imsak lalau mengganggap puasanya sudah terbatal. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)



10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.- Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.



11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.- Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan ‘tanpa Syaitan’ ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Nabi Muhammad menceritakan :-





Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.- Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-






Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.





Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)…






p/s: Artikel ni copy paste sebiji-sebiji dari laman web ape ntah dah lupa..ai tak cukup lagi ilmu agama nak menulis tentang agama tapi benda yang baik elok kita share kan,,sharing is caring hehehehe

Monday, August 6, 2012

Just Arrived

This is only short entry just to infrom i just arrived after 3 days at Kedah ok.

Huhuhuhu just arrived from hubby's hometown and tung tang tung tang prepared for berbuka puasa ok.. 
and i am so tired but my hubby lagilah tired because he is the drive heheheehe..

Now he's sleeping while waiting for waktu berbuka ok.

Selamat Berbuka

Next will update berbuka and shopping raya di penang k

Thursday, August 2, 2012

Balik Kampung

Oh hohoho senangnya dalam hati bila dapat balik kampung hati girang yeahh..tapi ni bukan balik kampung ai pon tapi kampung sayang tau sebab nye tahun ni raya kat kampun ai tu yang puasa kenalah balik kampung suami heheheeh..

Yang paling aku suka kalau balikkampung ni kompom merayap ke Penang tau..Waaa tak sabar mau ke Gurney Plaza mau shopping baju raya untuk Sayang and me too.

Kemeja sayang rasa  nya macam dah cukup nak mencari t shir lengan panjang n tshirt berkolar untuk sayang dalam 3 4 helai ker..ha for me tak decide lagi nak mencari apa wei...tengoklah kalau berkenan aku rembat je..

Aku ni masalahnya satu je kecik ok baju ke seluar ke selalu takde size tu yang boring nak shopping tu nanti bila pakai nampakburuk je plus dah mkin gemuk ni kan..lagilah stress tau..rasanya kalau boleh nak pakai baju kurung je bagi nampak kurus sikit ngeh ngeh ngeh..


Ok bila balik kampung automatically aku  cuti memasak ye.

so next entry will be shopping raya ekh. (rasanya untuk sayang je kot , cam tak bernafsu untuk shoppin kan diri sendir tak tau lah napa ekh )

entry ni ditulis untuk menghabiskan masa sementara menunggu waktu bersahur yer

Puasa ke 12

Oit diam tak diam, pejam celik, pejam celik sekejapan dah masuk puasa yang ke 12 kan..lagi 17 hari je nak raya..hoooooyeaaaaah..hati pon semakin sayu sebab tak lama lagi bulan Ramadhan akan meniggalkan kita ok. 

Aku suka bulan puasa sebab bulan ni sangat tenang and aman and yang pasti manusia lebih berhemah dari biasa ok..

Meniti hari ke hari dalam bulan Ramadhan ni membuatkan aku kering idea tak tau dah nak masak apa untuk sang pujaan hati tau. ( yang melecehkan bila sayang tak makan seafood) so menyebabkan menu menjadi terhad.

Dari semalam aku dah pikir menu untuk hari ini tau , dari semalam juga lah dok tanya sayang harini nak buka apa sampai dia bosan, yela dia pon bukan menjawab asik cakap ikot u lah nak masak ape pon ai makan je huhuhu poning den.

Sudahnya harini decide masak nasi lemak + rendang ayam cili padi + telur rebus + timun + sambal ikan bilis

Jom cuci mata


-


-


-


-


-


-




Masalah Utama Dibulan Puasa

Oishhh semenjak dua menjak puasa ni aku mengalami masalah tak boleh nak tidur malam.

So berjaga lah sampai ke subuh tapi pas subuh mengantuk yang hamat . Lepas subuh aku kompom tidur tak menyedor sampai kol 2 kot pengsan wei cam ni

So semenjak dua menjak ni waktu tidur aku tunggang langgang wei camnelah nak betulkan balik waktu tidur ni pleaseee...huwaaa nanges..


ni pon tengah tak boleh tidurlah ni ... toleh sebelah sedap je sayang tidur..

Tuesday, July 31, 2012

Perihal Bersahur

Al kisahnya setiap kali bulan puasa sahur paling mencabar kan yelah nak bangun pepagi tu dengan mata berat alahai malasnya...Ha aku ni lagilah memang jenis tak bersahur orangnya kalau bersahur pon just bangun and minum air segelas (susu and air masak) ataupon makan sebelum tidur malam tu esok boleh terus tidur je dengan nyenyak nya, yelah aku ni kalau dah tidur terjaga kompom susah nak tidur balik weii...

Lain pula kisahnya bila dah kahwin ni ekh, dah jadi bini ni bertambahlah tanggungjawab tu tak boleh lah selfish fikir diri sendiri yer ingat sikit hang tu dah berlaki yang nak kena jaga bukan sensorang cam dulu(dasar kuat membebel kan heheh).

Yelah bila dah kahwin ni tak boleh lah pikir diri sendiri and sedap tidurje so kenalah juga bangun sahur and wat ape yang patut untuk memenuhkan perut sayang and memastikan sayang mempunyai tenaga yang cukup untuk mencari rezki kami sekeluarga tau...

Dengan mata berat tu gagahkan diri bangun and watlah ayam goreng ker, fun fries ker, hot dog ker, keledek goreng ker, cucur ikan bilis ker, cornflakes and yang paling penting air panas untuk beliau ye..

Eh perasan tak kitorang bersahur tak makan nasi kan kan kanss sebabnya encik suami sayang ni memang pelik dia kalau pagi pagi memanglah tak lalu makan nasi woiii, so agak peninglah kepala ni memikirkan apa nak bagi laki aku makan sahur nanti tau, pernah juga cuba bagi dia makan nasi untuk bersahur memang dia tak boleh pergi setakat 2 3 suap je pastu dah tak lalu dah...tu yang wat benda benda selain nasi tu, roti roti pon dia tak lalu pon...so aku masak jelah pe yang dia nak makan tuh.

Ha makanan kat bawah tu jela yang laki ai berselera untuk bersahur tau.







******Oppss untuk pengetahuan semua first day puasa tu aku terbabas tidur sampai ke pagi kot, sian sayang tak dapat sahur, suami sayang bangun tidur muka kelat semacam je sebab tak bangun sahur hehehehe, bila tengahhari dok ngok ngek ngok ngek mengadu kelaparanlah tak de tenaga lah lawak kot dah macam budak baru kecik aku tengok, pelik pon ada dulu bujang boleh je tak sahur dah kawin mengada lebih ekh mentang mentanglah dah ada bini kan..heheh tapi mengada and mengadu dengan bini sendiri takpelah kan.

So started from that incident lah aku terus aware wei, tidur pon tak terlena asik terjaga and tengok jam je bagi memastikan suami sayang tak terlepas sahur, tapi dah 4 5 hari puasa aku dah boleh tune kan waktu tidur aku and boleh bangun kul 4.30 dengan mudahnya (yang penting pe yang kita buat iklas kerana allah) insyaallah dipermudahkan..Pelik juga masa sebelum  kahwin memang mata aku macam kena gam tak boleh nak bangun sahur wei dah kawin ni boleh je bangun siap masak bagai , mungkin disebabkan rasa tanggunjawab tu kan tu yang bangun je hehehehe..


K selamat berpuasa untuk hari yang seterusnya and for me selamat memikirkan menu sahur yang lain pulak kay.

Menu 11 Ramadhan 1433h

Wah cayalah and syabas pada diri sendiri kerana puasa tahun ni paling kurang membeli di bazar ramadhan sebabnya en suami sayang dah malas nak pergi bazar dari bujang dia asik makan makanan bazar je now dah ade bini nak makan masakan air tangan bini pulak yer plus time bulan puasa ni yang meniaga tu bukan semua masak sedap banyak kali kitorang terkena makanan tak sedap yang dah basi pon ada (mungkin yang semalam punya dia jual balik) so serik and decided this year masak kat rumah je makanan lebih terjamin kebersihannya and yang paling penting dimasak dengan penuh kasih sayang wah gitu.

Menu untuk 11 ramadhan ni simple je ayam masak lemak cili padi, ikan masin, and tauge goreng.

Memula nak masak ayam masak merah tapi bawang habis dah so masak lemak cili padi jelah tak payah guna bawang just guna lada cili, kunyit and serai je..ngeh ngeh ngeh..

ok lets take a look ya
simple simple saja yang penting sodap



k bye bye

Monday, July 30, 2012

Break Fast Treat by My lil Sista

Last Friday kitorang buka puasa kat  Pizza Hut and treated by my lil sista hehehehe. Tq ok sebab belanja ai,,

Pergi kl hari jumaat pagi ada few thing to settle and balik semula ke perak hari sabtu tengah hari, malam tu tidur kat rumah mak tam sayang kat kajang so sempatlah gak pergi menyinggah alamanda and grabbed a few thing for me and baju raya for sayang hahahaha...Pastu laki aiii siap cakap " eihh u ni kan kalau keluar g memana tak beli something tak boleh ekh?" ok terkesima sekejap and berfikir sejenak and dalam hati berkata " haahlah " tapi cover je lebih dengan berkata " eh yeke taklah u ni pon i kalau ada benda penting ai beli la kalau tak mane ada beli pape" tapi memang betul pon wei mesti ada je nak beli walau pon satu and sekecil2 barang pon tau. ha  kan ai dah kata kan suami ai ni sangat peka ok, segalanya dia perasan adoiiiyaiii. payahlah gini..Ok dah masuk topic lain ni k better stop and layan picca buka puasa ekh


Our favorito



mine (carbonara but not recommended) tak sedap pon

bolognese (beef) sedap and special made for us


muka budak lapar and tak sabar nak buka


Special made pizza ada lamb tau 





Tq sista heheheh 

Tak berhapdate

Last hapdate belog ni sehari sebelum puasa kot ngeeee now dah puasa ke 11 baru gedik gedik hegeh hegeh nak hapdate kot..

Yelah busy sikitler al maklum lah baru first time berpuasa as a wifey so agak tak biasalah nak bahagikan masa mana dengan nak masak mana dengan nak layan laki mana dengan nak layan mak lagi mana dengan nak mengemas mana dengan nak tengok tv semualah  haiiii.. (poyo macam busy bebenor kan aceh)hehehe

Ok lets start, this year my first puasa as  a wifey hehehe tapi tak sambut puasa sendirian dengan husband je tau sebab my mom come over to my place and we celebrated fasting month together..ehem al maklumlah anak perempuan dia ni selalu sentiasa je dengan dia kan bila puasa ni berjauhan susah hatilah tu, tuyang datang sini sambut puasa dengan ai.ok stop merapu hehehe.

My mom kat sini dalam 10 hari gak lah since seminggu sebelumn puasa and balik semula ke muo puasa ketiga, hohohoho seronok bila my mom ada kat sini. Di sebabkan itu belog ni bersawang berhabuk terbiar sebegini rupa tau yelah bila my mom ada i kena bahagikan masa dengan sebaik mungkin supaya dapat spend masa dengan my mom also my hubby, ehem dulu sebelum kawin sepanjang masa dengan mak je skang dah kena bagi bagi tau tu yang memang malas nak online, dari aku online baik aku spent quality time with my family especially my mom tau heheheeheh..

My mom pula bila datang sini nak makan itulah inilah nak pergi situlah sinilah ha lagilah takde masa aku nak online tau.. Hehehe tetiba terasa diri seperti sudah sangat dewasa (eceh) bila mak minta masakkan ayam masak kunyit, paprik, kuew teow goreng tomyam putih and masakkanlah pe yang dia nk makan..yelah kan dulu masa kite kekecik mak yang sibuk masakkan untuk kita now kita lak masakkan untuk mak so tu yang terasa sangat dewasa tuh..

Dalam pada kesibukan itu pon suami sayang tetap sibuk nak bermanja juga, so kenalah spent time untuk dia juga, tidokan dia dulu pastu lari keluar bilik and sambung borak dengan mak heheheehe. Suami sayang ni memang manja kalau tidor tu kena peluk dulu, urut kepala, tangan kaki  bagai and tepuk2 dia tau macam baby ok. so dah settle kan suami menyambung borak sampai ke pagi tau hahahahaha...
 
Now my mom dah balik huhuhuhu sedih ok....nanges, eh eh tapikan bila my mom ada kat sini asiklah nak bergaduh je (bertelagah pendapat) heheeheh..

OKlah next entry will update soon. (soon tu tengoklah bila silap silap pas raya kot)