Thursday, February 16, 2012
MOOD
BerSedia Kah Aku!!!!!!!!


Amboi tajuk tak boleh blah ekh. Ceritanya cam ni . Aku ni dok terkial-kial pikir betul ker aku nak kahwin, ishhh dah ready ke ekh? tula yang aku cakap kat diri aku setiap hari selama setahun sebelum nak kahwin ok...Sampai aku sendir pon naik bosan wei..last-last dalam aku pon rasa tak leh jadi cam ni so kena cari alternatif lain..dengan menanyakan en google soklan yang aku pon dah bosan aku dah bosan yeah....So inilah jawapan en google kesukaan ramai ok..
Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka “topeng” masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani ‘mati’ dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
Checklist kahwin kot!!!
| BIL | PERKARA | BAJET (RM) |
| 1 | Yuran kursus pra perkahwinan | |
| 2 | Cincin tunang | |
| 3 | Cincin kahwin | |
| 4 | Barang kemas | |
| 5 | Wang mas kahwin | |
| 6 | Wang upah kadi | |
| 7 | Kad jemputan kahwin | |
| 8 | Setem untuk pos kad jemputan | |
| 9 | Wang hantaran | |
| 10 | Sirih junjung | |
| 11 | Kain ela | |
| 12 | Baju kurung | |
| 13 | Telekung & Sejadah | |
| 14 | Senaskah Al – Quran | |
| 15 | Beg tangan | |
| 16 | Kasut | |
| 17 | Jam tangan | |
| 18 | Set penjagaan badan | |
| 19 | Set alat solek | |
| 20 | Kek | |
| 21 | Buah-buahan | |
| 22 | Coklat | |
| 23 | Potpurri | |
| 24 | Gubahan barang hantaran termasuk upah | |
| 25 | Hiasan bilik tidur | |
| 26 | Pelamin | |
| 27 | Bunga telur | |
| 28 | Bunga pahar | |
| 29 | Gambar & upah jurugambar | |
| 30 | Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja | |
| 31 | Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga | |
| 32 | Set makan beradap | |
| 33 | Penanggah | |
| 34 | Katering | |
| 35 | Upah kumpulan kompang | |
| 36 | Upah DJ | |
| 37 | Kos perjalanan rombongan pergi dan balik | |
| 38 | Kos tempat penginapan | |
| 39 | Cenderahati untuk saudara dan sahabat | |
| 40 | Upah juruandam |
Jumlah keseluruhan : RM ___________________
ps: Rancanglah perkahwinan anda sebaik mungkin
BETUL KER NI NAK KAHWIN?
1. Persediaan Minda dan Kerohanian.
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting. Ia mungkin membawa padah. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.
- Bersedia untuk berumahtangga
- Bersedia memikul tanggungjawab
- Berkemahiran berkeluarga
2. Persediaan Fizikal
Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.
- Umur yang sesuai
- Sihat fizikal
- Digalakkan pemeriksaan kesihatan
- Ketrampilan diri
3. Persedian Kewangan
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.
- Kemampuan kewangan
- Kemahiran pengurusan kewangan
4. Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak. Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing. Ini termasuklah gaya hidup dan pergaulan.
- Penyesuaian dengan pasangan
- Penyesuaian dengan keluarga dan mertua
- Penyesuaian dengan jiran
- Penyesuaian dengan rakan-rakan
5. Persediaan Spiritual
- Pengetahuan agama
- Penghayatan agama
- Perubahan akhlak
Ha korang rasa dah sedia ker nak kahwin ...yang kat atas tuh dah ready ker
BUDGET KAHWIN OKAY


1. Kadi :
kos kadi : RM 150 (Muar, Johor) kadhi setiap zon berlainan so kos tu terpulang kepada zon anda ye
2. Kursus Kahwin:
kos kursus : around RM80 (aku g kursus kawin dua bulan sebelum kahwin )
3. Book Mak Andam:
4. Photographer:
Kos :mengikut kemampuan masing-masing ye
5. Kompang / Hadrah / Silat:
Kos : 150-200 je
6. Dekorasi blok dan pelamin
Kos : ikot kemampuan diri ye
7. Catering and Location :
Kos : 9000 (lebih kurang ok ) tu tak termasuk barang yang remeh temeh tuh
9. DJ/Karaoke:
Kos : 450 kot (tak berapa tau sebab abah yang deal kan)
10. Berkat/doorgift:
Kos : RM 1130 (tu tak termasuk kerepek untuk orang kampung)
11. Miscellaneous:
Kos : $2000++ (banyak kot guna duit untuk benda yang tidak disedari
PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN


Antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi suami ke atas isteri dan anak-anak mereka termasuk:
1. Menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada isteri dan anak.
2. Memberi nafkah batin termasuk bergaul dengan isteri secara baik.
3. Melindungi isteri dan anak-anak berkenaan dari segi keselamatan dan kesihatan mereka.
4. Melindungi maruah dan harta benda keluarga.
5. Membimbing isteri dengan ajaran Islam dalam mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Mendidik anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
7. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah yang menimpa keluarga dan jiran tetangga.
Tugas dan tanggungjawab isteri juga penting bagi mengekalkan hubungan yang dibina. Antara peranan dan tanggungjawab isteri :
1. Isteri perlu menjaga kehormatan diri mereka terutama apabila suami tiada di rumah.
2. Patuh terhadap arahan suami selagi ia bukan arahan untuk melakukan maksiat.
3. Memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
4. Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan diri dan anak-anak.
5. Menyimpan rahsia pergaulan dengan suami.
6. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin atau pengetahuan suami.
7. Berhias serta menjaga kesopanan buat tatapan suami dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di khalayak ramai.
R.E.A.S.O.N
Wedding Age
Anda mempunyai facebook (fb)? Mmg tdk dinafikan fb sekrg ini sangat famous di seluruh dunia... pengguna terlalu ramai, jutaan dan jutaan... pernahkah anda terfikir ttg kebaikan & keburukan fb?- boleh dapat tambah kenalan
- boleh menghilangkan rasa bosan
- boleh berkongsi pengalaman dan ilmu
- boleh menjana pendapatan melalui e business
- melalaikan kita dari melakukan tanggungjawab seharian esp pelajar ye (solat, wat homework etc )
- membazir bil elektrik nk byar bil it lagi kan kan kan
- fb juga boleh dijadikan medium untuk menabur fitnah dan menyebarkan berita yang tidak benar
- hal peribadi boleh diakses oleh orang yang tidak dikenali
- berkemungkinan menjadi mangsa penipuan orang yang tidak bertanggungjawab
- boleh memecahbelahkan rumahtangga seseorang
- long term side effects cam rabun sbb dok selalu mengadap lappy n hp kan (yela bnda tuh kan ade radiasi)
Kisah HArI ini YO
Cit tajuk tulis hari ni tapi cerita pasal semalam.hahahaha ok for today lak harini bangun pagi-pagi seperti biasa tapi malas nk turun bawah hantar suami sampai ke muka pintu sebab suami gerak awal tuh kol 6.20 kot so cakap kat suami cam gini:
aku: u i salam u kat sini jela (kat bilik & atas katil) nampak nau pemalas kan hehehesmi: argh mengade nak salam turun bawah ok
So kesimpulannya kena gak turun hantar sayang kan...sayang i gedix ok/
Psst: tapikan harituh dah dua hari suami sayang g kerja tapi aku wat bodoh je tidur xbangun2 walaupun dikejutkan berkali-kali..huhuhu rasa bersalah lak dengan suami tau..u i mtak maap yer wat cam gitu len x tak wat lagi dah kay bye sekian...