Thursday, May 23, 2013

Si Kecik buat suspen and surprise Pulak

Huhuhuhu tak tau nak cerita macam mana tau  still debor lagi ni disebabkan si kecil ku wat suspen kat kami tau semalam..

Owh untuk mereka yang preggy 28 weeks above dah kena kira gerak anak nanti nurse akan bagi carta gerak anak tau so kena ticklah yer.  Usuallay pengiraannya selama 12 jam bermula seawal 9 pagi - 9 malam so kenalah kira gerakan anak tu cukup tak 10 x kalau tak cukup sila cecepat pergi hospital bukan ape dikhuatiri baby lemas or terbelit tali pusat tau..( next entry aku cita lak carta gerak baby more details yer)

So alkisahnya hari selasa pergilah check up macam biasa pastu nurse bisinglah sebab carta gerak anak tu aku salah isi hehehe pastu dia kata u jangan ambik ringan jer sebab boleh bahayakan baby, yelah kita tak tau dia kat dalam tu macam mana kan so kenalah kirakan pergerakan dia supaya kita tau baby kita sihat and aktif.

Nak dijadikan cerita semalam my baby gerak pukul 9 lebih pagi  jer pastu tak gerak-gerak sampailah ke tengah hari dalam kul 2 tu..hati dah mula risau mata pon dah bergenang jer air mata ni. yelah mana tak risau kita panggil-panggil2 nama dia, tepuk2 perut, borak-borak dengan baby dia wat derk jerk kan risaulah...yelah kita yang mengandungkan dia mesti boleh perasan and memang tak semena-mena air mata meleleh jer risau sedih takut semua ada lah kan..so decided nak pergi hospital terus. Bila call en asben dia kata tunggu dia balik .owh no lambat no nak menunggu dia balik so i decided to fetch him at his office and pergi hospital

Sampai hospital pergilah mengadu kat nurse kan pasal ni, nurse boleh marah aku lak ekh eh eh eh sakit hati titew tau..ni antara our conversation

me: Nurse saya nak tanyalah baby saya tak gerak dah lebih 3 jam ni, pagi tadi jer gerak risau lak takut lemas ke ape ker
Nurse: hurmm bawa buku merah?\
me: ada ni ha
Nurse: hurmm dalam buku merah ni kata apa? pergerakan dalam 12 jam kan kalau tak gerak lepas 12 jam or tak cukup 12 jam baru lah ke mari kita cek ni ada bape jam lagi ni hai
me: memanglah saya tau tapi sebelum saya datang sini saya dah tanya lah beberapa orang berpengalaman and google pasal ni ramai yang suggestkan better pergi hospital takut baby lemas, ha kang jadi pape saya yang menyesal.
Nurse: oklah kalau awak dah kata gitu kita admitted awak jelah nanti kita watlah prosedur cekup jer ker awak nak tunggu lagi sampai kul 9 malam kalau tak gerak baru datang sini ( muka kerek)
Me: (dalam hati dah bengkek jer , cari alasan nak ajak suami pergi specialist jer ) hurmm nanti saya bincang dengan husband lah jap
Nurse: ok wat keputusan yer
me : tak pelah nanti lah saya datang( padahal aku nak pergi cek kat specialist jer senang pastu tak payah warded segala, ape lah salahnya dia cek jer ke ni boleh lah mengomel tah pape orang dah lah risau )
Nurse: ok lah ekh kami tak halau  awak tau awak yang tak nak masukkan ( ha takut lah tu orang buat complaint kan)

So terus shoot pergi RS specialist Ipoh pastu mengadulah kat doc baby tak gerak sangat pe lah itu ini kan. pastu doc scan and cakap baby ok bukan dia tak gerak tapi uri ada atas badan dia so bila dia gerak tu kurang lah rasa pergerakan dia huh SYUKUR ALHAMDULILLAH lega mak ok...

Pastu masa scan-scan tu baby komain tunjuk muka lak kan so excited suruh doc wat 3d scan heheh baru first time dapat tengok muka baby alahai tak tau nak kata ape sampai lupa nak suruh doc panggil hubby kat luar tu  ha hahah..

yelah mana tak eksaitednya sebab sebelum ni dah beberapa kali wat 3d n 4 d ( ada video) scan tapi baby komain malu tutup muka lah , tak toleh kamilah , tutup dengan kaki lah tak nak tunjuk tau sampai kami dah naik keciwa and redhajerlah tunggu bersalin jerlah nanti tengok baby kan hehehee

Rupanya baru tau baby wat perangai macam tu supaya mak bapak dia ni dapat tengok muka dia hehehe ( bijak baby tau ).yelah selalu borak dengan dia gtau dia iiolls sedih baby tak nak tunjuk muka pon dah pergi berkali-kali tau keciwa  tau ( agaknya dia faham perasaan mak dia ni kan so dia pon wat lah gitu untuk tunjukkan muka dia ) alhamdulillah syukur nya ...gembiranya. balik jer masuk keta asik tengok jer picture baby alahai ni yang membuatkan iolls tak sabar nak bersalin ni nak peluk and kiss kiss baby pulak tau.. nak tengok in real mana lah budak yang kick2 and gerak2 dalam perut ku ini heheh

meh layan picture ekh

tadaaa ni lah my lil munchkin ni ha .komain payah nak tunjuk muka ekh anak ..en asben kata macam ikut muka iolls jer hahaha.sila teka

ni masa  baby 15 minggu kot heheh comel jer dia hehehe

Ok setakat ni jel dulu ekh next entry citer pasa carta gerak baby..tapi sebenarnya banyak pengalaman mengandung cuma penyakit M tu tebal sangat so tulis yang mana penting jelah ekh 

No comments: