Friday, December 13, 2013

Aktiviti rangsang minda baby







Baru lahir

Perkembangan deria sentuh baru bermula. Bayi ingin merasai kelembutan. Cuba sentuhkan anak patung beruang di tangannya. Dia akan dapat merasai kelembutan.

Satu bulan

Ketika usia ini, bayi suka menendang dan membuat aksi mengayuh. Pegang kakinya dan buat geralam seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyi mengikut rentak kakinya. Dia akan berasa keseronokan. Secara tidak langsung ia membantu perkembangan kemahiran motor kasar bayi.

Dua bulan

Bunyi bising boleh membuatkan bayi bertindak balas mencari arah bunyian yang dihasilkan. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkankaki dan tangannya. Cara ini membantu merangsang perkembangan deria pendengarannya.

Tiga bulan

Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mampu menggerakkan tangan. Dengan menggantung objek yang bergerak ke kiri dan kanan boleh membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu membuatkan tangan dan mata bayi bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mula memberi fokus kepada objek tersebut. Alat permainan ini membantu perkembangan koordinasi tangan dan mata.

Empat bulan

Duduk bersamanya dan pegang buku yang berwarna-warni dan penuh ilustrasi. Warna-warna terang mampu menarik minatnya untuk memberi fokus dan menyentuh buku. Anda juga boleh mula memperkenalkan kad imbasan bergambar dan berwarna. Sebut perkataan yang tertera. Walaupun masih kecil tetapi bayi belajar menyerap apa yang didengari. Ia sekali gus membantu perkembangan visual dan lisannya.



Lima bulan

Bayi baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin aktiviti menyanyi boleh membuatkan dia bertambah ceria. Baringkan bayi di atas katil, dan bertepuk tangan atau menggerakkan badan anda, dia pasti seronok.

Enam bulan

Aktiviti memperkenalkan ahli keluarga menerusi album gambar keluarga. Sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat termasuk pengasuh, kawan atau jiran anda. Ini membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah tersebut.

Entri teristimewa untuk mu anak….




Hye baby, hye our junior.  9 bulan dah kita bersama mengharungi kehidupan yang super indah ni kan, you always be with me and me too dear. Tak lama lagi tibalah saat di mana baby akan dilahirkan dan keluar untuk bertemu kami ibu bapa awak tau baby.  Auww tak sabar rasanya tau. So kiranya ni lebih kurang 3-4 minggu lagi jer kita akan bertentang mata kan sayang.
Actually kehadiran awak kedalam  kehidupan mummy daddy sangat tak disangka tau sayang.  Yelah sebelum kehadiran awak mummy pernah keguguran dan dan lepas keguguran tu mummy dapat tau allah gantikan kamu dalam Rahim mummy. Ye at first mummy blur gila sebab biasanya orang akan ambik masa untuk pregnant semula selepas keguguran doctor pon ada kata sekurangnya kena tunggu 6 bulan so kehadiran awak memang unexpected honey, tapi kami terima kamu dengan hati yang gembira sebenarnya walaupon dalam keadaan blur2 tau. Balik dari check up tu mummy and daddy still macam tak percaya tau and kami sangat berhati-hati taknak kejadian lama berulang kembali .
So bermula saat itu mummy dah tak masak dah jarang mengemas, dah tak membasuh baju dah tak basuh bilik air semua tu daddy buat, masak of course not daddy awak tak tau masak yer maggi mungkin dia tau tapi kami makan kat luar jer sehingga awak berusia 6 bulan dalama Rahim mummy tau. Baju lak daddy hantar kat dobi jer dia kan pemalas nak basuh baju hurrmmm .
Kalau awak nak tau babby masa awak dalam first trimester, awak sangat tak suka nasi kalau makan mesti tak habis and boleh muntah ok. Awak suka makan western, chicken chop pizza, burger semua tu rutin harian lah sampai mummy pulak naik jemu nak makan semua tu tapi nak wat camne hanya tu je yang awak nak makan.  Pernah daddy ingat mummy mengada dia suruh jer makan nasi pastu mummy muntah ha baru dia tau yang bukan mummy sengaja taknak makan nasi tapi memang baby yang taknak makan kan.  Baby mummy ni demand ok..tapi Alhamdulillah first trimester tu went smooth tau.  Sangat senang nak menjaga awak tau baby sebab walaupun mummy mengandungkan awak tapi mummy tak pulak mengalami morning sickness, malahan mummy lebih aktif tau takdelah lemah jer and nak baring jer.ehheh nak berjalan jer adalah. First trimester tu kita siap pergi bercuti ke CH dengan tok mak and tok abah tau.mummy siap bawa awak pergi meredah ladang teh tau walaupon tok mak tak bagi tapi mummy pergi juga haha..mummy is stubborn so please lah anak jangan ikut perangai buruk mummy ni yer.
Trimester kedua pon berlalu dengan sempurna smooth jer . Masa trimester kedua mumy dah start mengalami pertambahan berat badan tapi mummy ok jer and happy jer bila tengok perut mummy makin hari making kedepan dan membesar dengan jayanya kerana mummy tau awak yang kat dalam tu pon membesar dengan sihat dan sempurna kan. Masa ni mummy dah mula rasai pergerakan awak dan sumpah itulah saat yang sungguh membahagiakan and sometimes meleleh air mata mummy tau tak sangka diberi peluang untuk menikmati kebahagian seperti ini. Time ni bila mummy pergi check up and scan awak confirm awak akan menyombong dengan mummy daddy ekh tak nak tengok kami pon pastu bila nak tengok gender komain menyorok and awak gerak komain aktif sayang angkat kaki tangan gerak kiri kanan tergelak mummy dady tengok keletah awak tau. Tapi kan kadang-kadang mummy tak faham pon gambar scan tu mummy just dengar explaination dari doc jer. Tak faham pon takpe tapi dah cukup menyenangkan hati mummy daddy bila tengok denyutan jantung awak sihat dan awak komain aktif dalam perut  pon dah cukup menggembirakan kami tau
Now u are in third trimester baby and so far Alhamdulillah semua ok jer.  Even kaki mummy ada bengkak2 tapi mummy bersyukur sepanjang mengandungkan awak mummy tak penah demam tak penah kena simpul biawak ker kaki cramp ke ape ke tau.  Mudah2an perjalanan kita dipermudahkan yer baby. Mummy tau baby kat dalam perut pon doakan mummy sihat kan.  Tapi dah trimester terakhir ni mummy dapat rasakan berat badan mummy semakin bertambah sampaikan nak bawa badan sendiri pon tak larat tau, nak berpusing ke kiri kanan time tidur tu pon ambik masa and kena ikut step kalau tak mau awak mengeras kan dalam tu tau. Sekarang ni mummy asik nak kencing jer tau tidur malam selalu tak lena, time sujud mengadap pencipta pon mummy tak boleh lama dah rasa tak cuku nafas.  Time ni pon kalau daddy peluk-peluk mummy  rasa rimas sangat bukan apa sebab tak cukup nafas tau. And time ni baby selalu mengerasjer sian mummy tau sneak-senak perut mummy tapi takpelah demi mu anak mummy sanggup jer lalui semua tu tau..yang pasti mummy akan merindui time mengandungkan awak tau baby..yelah ni pon mummy dah rasa ekh jap jer awak dah nak dilahirkan…Sembilan tu berlalu begitu pantas tau and sedikit pon tidak membebankan mummy tau..
Baby mummy daddy tak sabar nak peluk awak nak kiss awak nak gigit jari cinonet awak tu and paling tak sabar nak tengok ikut muka siapaplah baby ni ikut daddy ke mummy ker?? Mummy Pon tak sabar nak main-main dengan awak tau nak tengok manalah rupa baby yang selalu kick mummy dengan kuat sampi mummy pon tanjat tau hahah tapi sesungguhnya pergerakkan mu, tendangan mu itu ku relakan wahai anak malahan ia cukup membahagiakan bila mana mummy dapat rasa awak bergerak dengan aktifnya so mummy taklah risau mummy tau awak sihat and gembira dengan womb service mummy ekh heehe..
Yang pasti mummy tak sabar nak tunggu kelahiran awak sayang .Nak tengok baby yang selalu borak dengan mummy and yang sentiasa menjadi peneman mummy  sepanjang 40weeks ni kan..yang bila mummy panggil and borak- borak pasti akan bagi respond and wat mumy terkejut  dengan gerakan yang super aktif awak kan.
Ape sekalipon Mummy love u sooo much baby.

37 weeks






Huish diam tak diam dah masuk 37 weeks mummy carry baby everywhere.

Masa check up haritu doctor kata kepala baby dah masuk saluran or engaged and baby not breech so bila- bila masa boleh bersalin yer seriesly mummy dah tak larat sangat nak oii..malam nak tidur pon tak boleh asik nak terkencing aje heheh..tapi sayang mummy tak pernah salahkan awak diatas kejadian diatas Cuma mummy kalau boleh nak awak keluar minggu depan yer cepat sikit kalau keluar 38 weeks pon dah matang doctor kata tau.

Kenapa mummy nak awak keluar awal

1- Of courser excited and tak sabar nak jumpa anak kesayangan and budak tecik yang asik kick mummy jer ni .

2- Tak sabar nak tengok rupa awak ikut siapa sayang daddy ker mummy

3- Mummy dah tak berapa larat pon satu hal gak

4- Sian kat Tok Mak nak jaga kita nanti kalau lambat keluar nanti lambat tok mak balik muo sian lak kat tok abah tinggal sensorang kat kampong tu

5- Sebab time raya nanti mummy nak awak dah besar sikit supaya orang pegang2 angkat2 pon mummy tak risau sangat tau sebab tulang awak dah kuat.

Hye lah anak sesungguhnya mummy sayang awak sangat2 tau..