Tuesday, July 31, 2012

Perihal Bersahur

Al kisahnya setiap kali bulan puasa sahur paling mencabar kan yelah nak bangun pepagi tu dengan mata berat alahai malasnya...Ha aku ni lagilah memang jenis tak bersahur orangnya kalau bersahur pon just bangun and minum air segelas (susu and air masak) ataupon makan sebelum tidur malam tu esok boleh terus tidur je dengan nyenyak nya, yelah aku ni kalau dah tidur terjaga kompom susah nak tidur balik weii...

Lain pula kisahnya bila dah kahwin ni ekh, dah jadi bini ni bertambahlah tanggungjawab tu tak boleh lah selfish fikir diri sendiri yer ingat sikit hang tu dah berlaki yang nak kena jaga bukan sensorang cam dulu(dasar kuat membebel kan heheh).

Yelah bila dah kahwin ni tak boleh lah pikir diri sendiri and sedap tidurje so kenalah juga bangun sahur and wat ape yang patut untuk memenuhkan perut sayang and memastikan sayang mempunyai tenaga yang cukup untuk mencari rezki kami sekeluarga tau...

Dengan mata berat tu gagahkan diri bangun and watlah ayam goreng ker, fun fries ker, hot dog ker, keledek goreng ker, cucur ikan bilis ker, cornflakes and yang paling penting air panas untuk beliau ye..

Eh perasan tak kitorang bersahur tak makan nasi kan kan kanss sebabnya encik suami sayang ni memang pelik dia kalau pagi pagi memanglah tak lalu makan nasi woiii, so agak peninglah kepala ni memikirkan apa nak bagi laki aku makan sahur nanti tau, pernah juga cuba bagi dia makan nasi untuk bersahur memang dia tak boleh pergi setakat 2 3 suap je pastu dah tak lalu dah...tu yang wat benda benda selain nasi tu, roti roti pon dia tak lalu pon...so aku masak jelah pe yang dia nak makan tuh.

Ha makanan kat bawah tu jela yang laki ai berselera untuk bersahur tau.







******Oppss untuk pengetahuan semua first day puasa tu aku terbabas tidur sampai ke pagi kot, sian sayang tak dapat sahur, suami sayang bangun tidur muka kelat semacam je sebab tak bangun sahur hehehehe, bila tengahhari dok ngok ngek ngok ngek mengadu kelaparanlah tak de tenaga lah lawak kot dah macam budak baru kecik aku tengok, pelik pon ada dulu bujang boleh je tak sahur dah kawin mengada lebih ekh mentang mentanglah dah ada bini kan..heheh tapi mengada and mengadu dengan bini sendiri takpelah kan.

So started from that incident lah aku terus aware wei, tidur pon tak terlena asik terjaga and tengok jam je bagi memastikan suami sayang tak terlepas sahur, tapi dah 4 5 hari puasa aku dah boleh tune kan waktu tidur aku and boleh bangun kul 4.30 dengan mudahnya (yang penting pe yang kita buat iklas kerana allah) insyaallah dipermudahkan..Pelik juga masa sebelum  kahwin memang mata aku macam kena gam tak boleh nak bangun sahur wei dah kawin ni boleh je bangun siap masak bagai , mungkin disebabkan rasa tanggunjawab tu kan tu yang bangun je hehehehe..


K selamat berpuasa untuk hari yang seterusnya and for me selamat memikirkan menu sahur yang lain pulak kay.

Menu 11 Ramadhan 1433h

Wah cayalah and syabas pada diri sendiri kerana puasa tahun ni paling kurang membeli di bazar ramadhan sebabnya en suami sayang dah malas nak pergi bazar dari bujang dia asik makan makanan bazar je now dah ade bini nak makan masakan air tangan bini pulak yer plus time bulan puasa ni yang meniaga tu bukan semua masak sedap banyak kali kitorang terkena makanan tak sedap yang dah basi pon ada (mungkin yang semalam punya dia jual balik) so serik and decided this year masak kat rumah je makanan lebih terjamin kebersihannya and yang paling penting dimasak dengan penuh kasih sayang wah gitu.

Menu untuk 11 ramadhan ni simple je ayam masak lemak cili padi, ikan masin, and tauge goreng.

Memula nak masak ayam masak merah tapi bawang habis dah so masak lemak cili padi jelah tak payah guna bawang just guna lada cili, kunyit and serai je..ngeh ngeh ngeh..

ok lets take a look ya
simple simple saja yang penting sodap



k bye bye

Monday, July 30, 2012

Break Fast Treat by My lil Sista

Last Friday kitorang buka puasa kat  Pizza Hut and treated by my lil sista hehehehe. Tq ok sebab belanja ai,,

Pergi kl hari jumaat pagi ada few thing to settle and balik semula ke perak hari sabtu tengah hari, malam tu tidur kat rumah mak tam sayang kat kajang so sempatlah gak pergi menyinggah alamanda and grabbed a few thing for me and baju raya for sayang hahahaha...Pastu laki aiii siap cakap " eihh u ni kan kalau keluar g memana tak beli something tak boleh ekh?" ok terkesima sekejap and berfikir sejenak and dalam hati berkata " haahlah " tapi cover je lebih dengan berkata " eh yeke taklah u ni pon i kalau ada benda penting ai beli la kalau tak mane ada beli pape" tapi memang betul pon wei mesti ada je nak beli walau pon satu and sekecil2 barang pon tau. ha  kan ai dah kata kan suami ai ni sangat peka ok, segalanya dia perasan adoiiiyaiii. payahlah gini..Ok dah masuk topic lain ni k better stop and layan picca buka puasa ekh


Our favorito



mine (carbonara but not recommended) tak sedap pon

bolognese (beef) sedap and special made for us


muka budak lapar and tak sabar nak buka


Special made pizza ada lamb tau 





Tq sista heheheh 

Tak berhapdate

Last hapdate belog ni sehari sebelum puasa kot ngeeee now dah puasa ke 11 baru gedik gedik hegeh hegeh nak hapdate kot..

Yelah busy sikitler al maklum lah baru first time berpuasa as a wifey so agak tak biasalah nak bahagikan masa mana dengan nak masak mana dengan nak layan laki mana dengan nak layan mak lagi mana dengan nak mengemas mana dengan nak tengok tv semualah  haiiii.. (poyo macam busy bebenor kan aceh)hehehe

Ok lets start, this year my first puasa as  a wifey hehehe tapi tak sambut puasa sendirian dengan husband je tau sebab my mom come over to my place and we celebrated fasting month together..ehem al maklumlah anak perempuan dia ni selalu sentiasa je dengan dia kan bila puasa ni berjauhan susah hatilah tu, tuyang datang sini sambut puasa dengan ai.ok stop merapu hehehe.

My mom kat sini dalam 10 hari gak lah since seminggu sebelumn puasa and balik semula ke muo puasa ketiga, hohohoho seronok bila my mom ada kat sini. Di sebabkan itu belog ni bersawang berhabuk terbiar sebegini rupa tau yelah bila my mom ada i kena bahagikan masa dengan sebaik mungkin supaya dapat spend masa dengan my mom also my hubby, ehem dulu sebelum kawin sepanjang masa dengan mak je skang dah kena bagi bagi tau tu yang memang malas nak online, dari aku online baik aku spent quality time with my family especially my mom tau heheheeheh..

My mom pula bila datang sini nak makan itulah inilah nak pergi situlah sinilah ha lagilah takde masa aku nak online tau.. Hehehe tetiba terasa diri seperti sudah sangat dewasa (eceh) bila mak minta masakkan ayam masak kunyit, paprik, kuew teow goreng tomyam putih and masakkanlah pe yang dia nk makan..yelah kan dulu masa kite kekecik mak yang sibuk masakkan untuk kita now kita lak masakkan untuk mak so tu yang terasa sangat dewasa tuh..

Dalam pada kesibukan itu pon suami sayang tetap sibuk nak bermanja juga, so kenalah spent time untuk dia juga, tidokan dia dulu pastu lari keluar bilik and sambung borak dengan mak heheheehe. Suami sayang ni memang manja kalau tidor tu kena peluk dulu, urut kepala, tangan kaki  bagai and tepuk2 dia tau macam baby ok. so dah settle kan suami menyambung borak sampai ke pagi tau hahahahaha...
 
Now my mom dah balik huhuhuhu sedih ok....nanges, eh eh tapikan bila my mom ada kat sini asiklah nak bergaduh je (bertelagah pendapat) heheeheh..

OKlah next entry will update soon. (soon tu tengoklah bila silap silap pas raya kot)

Thursday, July 26, 2012

kesibukan dan kebusyan

Semenjak puasa ni agak sedikit busy lah tak sempat nak update my diary ni huhuhuhu. Nanti free akan dihapdate juga tapi mesti dah basi ..

Ok GTG 

Saturday, July 21, 2012

Fadhilat Bulan Ramadhan



Seperti yang kita tau bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan bulan yang mempunyai paling banyak fadhilat untuk kita hamba Allah. Dimana ada juga yang memanggil bulan amalan dan bulan dimana paling banyak fadhilat untuk kita rebut.


Jom cek it daut serba sedikit fadhilat bulan Ramadhan yer


Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada
tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)


So oleh itu marilah kita bersama merebut peluang untuk menambahkan saham di Akhirat dan menyujikan diri dari segala dosa kerana bulan ini lah yang paling sesuai untuk itu semua.

Sesungguhnya semua umat Islam tak sabar nak menunggu kehadiran bulan Ramadhan ni tau.  Tapikan semakin masa berlalu terasa Bulan Ramadhan ni singgah sekejap je kan..

Oklah jom beramal.

Thursday, July 19, 2012

Makanan Kegemaran Apabila tiba bulan Ramadhan

Ok nak cerita pasal juadah kegemaran time bulan puasa almaklum lah kalau bulan puasa kan semua makan pon rasa sedap dek kerana kelaparan tu kan pastu kemeriahan bazar ramadhan lagi, lagilah rasa nak beli je semua makanan kan..no no no itu akan mengundang pembaziran ye. So berbelanja lah mengikut akal fikiran yang waras jangan ikot hati dan nafsu kompom akan berlaku pembaziran.


Yelah kalau time puasa tu nanti berbuka banyak minum air, makan sikit je pon pastu tak habis kan ke sayang dan membazir tu amalan syaitan macam mana lah nak dapat kan keberkatan bulan ramadhan sedangkan kita pon melakukan amalan syaitan hehehehe terceramah puleeee,

oklah jom cek it out my favourite food time bulan puasa tau

Ayam Percik


Kuih Keria


Kurma (wajib ada)



Murtabak daging (hari hari kalau boleh nak ada benda ni tau)



Popia basah



Ha kalau air pulak tak kisah lah air apa pon yang pasti air itu mesti sejuk a.k.a beraislah.

wow tak sabar nak pergi bazar ramadhan and berbuka esok (hamnboiii tak sabar nak buka ye bukan nak puasa)nampak sangat kurang kematangan disitu hehehe

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA SEMOGA PUASA KALI INI MEMBAWA KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA AMIN.

PENGUMUMAM PUASA TAHUN 2012 (1433H)







Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu ini, 21 Julai 2012, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 




Tapi kan masa kekecik dulu excited sungguh nak dengar pengumuman puasa ok semua senyap sepi tumpukan perhatian nak dengar pengumuman puasa tau sebabnya kalau dah ade pengumuman puasa tak lama lagi ade pengumuman raya lak tu yang double excited. Keadaan ni dapat rasa setahun sekali je tau bukan selalu.




Tapi time sekolah dulu bulan puasa lah bulan paling malas tau nak pergi sekolah pasti ade seribu satu alasan untuk ponteng sekolah especially sekolah agama tau (teruk perangai kan) dan pelbagai alasan tersemat kat minda supaya boleh makan n minum contohnya macam terminum air secara tak sengaja, minum air paip sikit masa ambik air sembahyang, buat buat muntah and terlupa yang hari ni puasa . Hamboi komain teruk perangai aku kan..sila jangan contohi ok.




Tapi this year puasa lain sikit lah and sepesel sikit sebabnya puasa tahun ni merupakan tahun pertama berpuasa dengan status baru begitu juga dengan tanggungjawab baru dan berpuasa bersama pelengkap hidupku.

Tahun ni first time bepuasa dengan memegang status ISTERI so sangat excited and sayu hati ok..




Excited sebab wow macam manalah keadaanya nanti kan berpuasa dengan suami sayang yelah sebelum ni single and asal masuk waktu berbuka je mesti kalut kol suami tanya makan apa la bagai, sebelah tangan suap makanan sebelah lagi pegang hp tau.hamek ko memang perangai teruk hehehhe.




Tapi sekarang ni ha buka apa semua akan terjadi depan mata tak payah nak kol kol lagi jimat kedit tau.




Sayu hati sebab tahun ni dah kena berdikari sendiri tau mak dah tak de kejut and sediakan sahur semua kena buat sendiri yang paling sayu hati teringat zaman kekecik sahur beramai ramai sangat bising rumah dengan suara mak yang kejutkan kitorang adik beradik, mak mengejutkan kami dengan suaranya yang sangat lantang tapi abah akan datang kat kami and gerakkan2 kitorang kalau tak berkesan dia akan tarik kaki tau hahahaha. So nanti akan bangunlah dengan terhuyung hayang ke dapur and sahur..Owh sangt rindu suasana itu.




Aku ni jenis yang tak bangun sahur sangat selalunya sebelum tidur tu dah sahur siap siap ok (nampak nau pemalas kan) padahal bangun sahur dapat pahala tau tapi kalau bangun pon aku tak makan lah cuma minum air je pon yang pasti minum air masak sebanyak mungkin sampai perut kembung sebab nak cover sampai ke buka tau. Tapi tahun ni tak boleh lah macam tu lagi ada perut lain yang aku perlu fikirkan yakni laki aku, kang aku tak bangun sahur kebuluran lak laki aku kan. So tu yang aku dah kata tadi tanggungjawab semakin bertambah kansss. Macam manalah agaknya rasa puasa tahun ni ye. 




Ya Allah mudah mudahan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya dan Ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan kepada keluarga kami. AMIN.




Wow dah terasa bahangnya puasa kan bila ramai orang sibuk membeli belah barang dapur and cerita pasal bazar ramadhan sana sini even belom start puasa pon. tu yang jadi lagi excited nak puasa tuh.(ok sabar esok dah start puasa ok)




Eh eh ni bermakna esok dah puasa kan so malam ni dah start solat terawih lah seronoknya pastu dah start sahur lah pagi esok yeahh oppsss tapi sebelum tu jangan lupa niat berpuasa ekh kalau tak sia sia je puasa ko ekh .




Ni aku ada attachedkan niat puasa sehari dan sebulan serta doa berbuka puasa je..jom scroll ke bawah
-

-

-

-

Niat puasa

Doa berbuka puasa




Selamat menjalani ibadah puasa ye semua.













Wednesday, July 18, 2012

Menu Hari Rabu

Semenjak my mum datang rumah hari Ahad haritu sentiasa kekenyangan ekh tak pernah ada istilah lapar pon tau.  Mak akan berada di sini sampai hari ahad nak sambut puasa kat Perak dengan iolss la kan..so suke suke suke ekh sebab ni merupakan tahun first puasa as husband and wife tapi my mum still teman i sambut puasa sesama nampak sangat dia tak boleh berenggang dengan anak dia ni kansss..adik beradik yang lain sila jangan jeles ok..

Panjang betol intro nye dahlah tak de kena mengena langsung dengan tajuk kan. Ok lah nak cita lah menu hari rabu ni yakni hari ini lah kan ialah rendang ayam, udang goreng bercili, sayur kacang boncis goreng dan keledek goreng ekh. Gambar jap g kita tengok kat bawah nu..

Hari ni office sayang wat makan makan so setiap seorang mesti bawa makanan, mula mula suami nak bawa ayamas (ayam golek tu je) tapi pikir punya pikir macam kurang kick la kan makan dengan nasi putih plus sepatutnya staff dia ada yang masak paprik ayam tapi tak dapat datang sebab mc so last minit punya plan ai cadangkan kat dia wat rendang ayam je senang..dia pon setuju hehehe, my mom pon ada so boleh tengokkan ai masak kan..bukan tak reti tapi tak pandai nak agak bahan bahan untuk makan ramai ramai..so my mum jadi penasihat la ye berapa sukatan semua tapi ai lah yang memasak nye kan..

Hehehehe ni first time wat rendang ayamt untuk suami and masak untuk kuantiti yang agak banyak kay..suam i cakap rendang ai licin hehehehhe sedap lettew (perasan ok) tapi syukur lah habis lauk tu so tak lah membazirkan plus mudah mudahan dengan bagi orang makan ni my hubby and  ai dipermurahkan rezki aminnnn.

Jom cek it out my dishes today ya..


Tadaaa..



Thursday, July 12, 2012

PERASAAN BERGELAR ISTERI

Dulu masa belum berkahwin selalu tertanya-tanya macam manalah nanti kalau dah kahwin ekh, siapalah jodoh kita ekh, macam manalah rasanya bergelar isteri ( sebab selalu tengok orang nikah je nangis),


segala persoalan tu telah terjawab pada tarikh keramat iaitu pada 111111 lebih kurang  pukul 5.30 petang ai sah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati yang insyaallah terbaik untukku iaitu ARIF BIN ALI ADNAN dengan hanya sekali lafaz je kot hehehe..bangga lah with u sayang..


Sebelum detik bergelar isteri muka masih lagi senyum  tapi senyum kelat sebab nebes sangat  and tangan pon macam terketar-ketar and rasa sangat kosong ok. tak tau macam mana nak describe dat feeling tau orang yang dah merasainye je boleh bayangkan perasaaan itu.


Semasa suami melafazkan lafaz ijab kabul tu memang sangat terasa degupan jantung sangat laju ok and sayu hati sebab akan menjadi hak milik mutlak suami bukan lagi abah.  Semasa habis je lafaz and tok kadi pon kata sah lagilah terasa sayu and macam tak percaya je yang kami dah jadi suami isteri yang sah dan ai dah jadi isteri orang and bertambah dah tanggungjawab tu ye.. dan secara tak langsung tak boleh nak senyum pon sebenarnya sebab rasa tak percaya tu terlebih banyak lak tapi bahang kebahagiaan tu mula terasa semenjak kali pertama suami memulakan lafaz tu.selesai je akad nikah tu terasa macam diawangan and bahagia sensangat.


suara dia kuat satu rumah boleh dengar tak payah pakai mikrofon pon takpe 




Saat bila mana pengantin perempuan dipanggil keluar untuk sesi sakinah and bacaan lafaz taklik. sumpah saat ni lah memang terasa sangat  sayu sebab abah membaca lafaz penyerah hak diriku dari naungan abah kepada suami, mak pon sama baca lafaz tu sampai tersedu-sedu menangis tau. Bila sampai kat pengantin a.k.a diri sendiri baca lafaz tu lagilah tak sempat baca dah nangis baca pon sangkut-sangkut tau sebab sebak sensangat hanya tuhan yang tahu. Terpikir gak macam manalah nasib lepas kahwin kan terus nangis lagi laju tau.


saat penyerahan hak naungan 


SEBAK SANGAT OK

 Saat penyerahan mas kahwin dan pembatalan air sembahyang tu bila mana suami menyarungkan cincin dan gelang pastu kami bersalaman dan suami mengucup dahiku terasa satu ketenangan dan kebahagiaan yang mengalir dalam diri dan secara tak langsung memang terdetik dalam hati yang aku akan berazam agar jadi isteri yang terbaik untuk lelaki yang terbaik ini.


Batal air sembahyang yer (time ni suami nebes sangat ok and sangat kelakar bila beliau siap keluarkan balik cincin tu , tukar dengan cincin lagi satu, btw ai dapat dua cincin tu yang dia kalut tu tak tau nak sarung yang mana satu dulu)lawak sangat ok semua orang gelak


yeah ni pon dapat juga heheheh

untuk sayang dapat ni je ekh 




Tapi apa yang pasti saat ini merupakan saat yang terindah dalam hidupku yang tak mungkin boleh dilupakan tau.


Tq sayang sebab menjadikan ai isteri u yang sah dan sanggup terima diri ai seadanya dan sanggup menjadi teman hidup ai untuk selamanya...I bahagia sangat dengan gelaran isteri ni. I harap i dapat mengekalkan gelaran ni or upgrade menjadi isteri solehah sampai bila bila kay.


Oppss tapi bila gaduh tu i selalu kata i tak bahagia pon dengan u, u banyak menyakitkan hati ai tapi tu sebenarnya tipu sebab i sakit hati dengan  u i geram so ai cakap lah benda yang boleh sakitkan hati u..


Sejujurnya ai sangat bahagia dengan u sayang, i sangat happy dengan u especially u yang suka melawak and suka wat aksi kelakar ok. I sangat terharu bila u usap kepala ai, bila u picit badan ai bila ai penat, bila u sedaya upaya tunaikan permintaan ai yang kadang-kadang tak masuk akal and melampaui batasan, bila u kiss and peluk i dengan penuh kasih sayang. I sangat tenang bila tengok u tidur and melayan keletah u yang manja macam babby opps lebih manja dari baby ok.


Tq ARIF BIN ALI ADNAN kerana memilihku menjadi isteri mu dan peneman hidup mu..sesungguhnya ai sangat sangat sangat love u ok..Terima kasih diatas kebahagiaan yang tidak ternilai ni tiada apa yang dapat ai balas  untuk semua ni melainkan ai berusaha menjadi isteri yang menyenangkan hati u isteri yang terhebat dan terbaik serta peneman yang setia dan terakrab. itu bukan janji ye sayang tapi itu pasti maaa...



KEBAHAGIAAN YANG TIDAK TERGAMBAR


SEHIDUP SEMATI 

YEAH KAMI DAH SAH ANDA BILA LAGI HEHEHE
CINTA BUDAK MUCUK NI SAMPAI KAPAN PON





Gas oH Gas

Oppssiee hehehehe lama juga ye tak berhupdate belog ni kan a.k.a my online diary ni, bukan apa sejak kebelakangan ni sibuk sedikit ye sedikit je tapi terus membataskan diri untuk memblog sebab MALAS ekh nombor satu plus tak suka kalau meluahkan rasa dalam keadaan terkejar-kejar.

Takdelah sibuk mana tapi minggu ni lah nak uruskan bil, plumber datang nak betul kan tangki, nak hantar suami pergi kerja and ada beberapa urusan luar yang perlu disettlekan tau.

amboi panjang beno intro nye kansss..k lah harini nak cerita tentang gas ok..ala ni gas memasak tu gas LPG tu lah..ha sepanjang lapan bulan berkahwin kami baru  nak masuk dua kali tukar gas. lebih kuran 4 bulan baru satu tong gas yang 16 kg tu habis ekh..Eh tapi selalunya 16 kg tu boleh tahan berapa lama ye..nak kata tak rajin memasak selalu gak almost everyday memasak tapi tahan lama lak gas tu kan...

Dari hari isnin gas kat rumah dah habis tau..sang suami kata nak pergi beli gas tapi tak juga pergi atas kesibukan beliau yang melampau..bila ai minta nombor pak cik gas tu dia kata nanti sape nak angkat tong gas..opss dia tau bini dia ni kecik ekh memang tak larat pon nak angkat gas kan hehehee. Tapi kan pak cik gas tu boleh tolong angkat dan pasang kan gas tu..tapi tak elok lah pulak ekh sebab suami tiada dirumah lelaki lain lak masuk rumah..so sudahnya tunggu jelah sayang pergi beli gas nanti nanti bila dia lapang ekh eheheh..

so sementara itu boleh lah kita bercuti dari MEMASAK yeahahahahahah



Sunday, July 8, 2012

MENU HARI INI

Harini ni hari isnin, orang kate kalau hari isnin Monday blues so samelah dengan aku ni asal isnin je monday blues hehehe...Monday blues ni sesuwai bebeno dengan orang yang bekerja tapi aku ni housewife pon ade simptom ini kah hahahah?

Ok so hari ni sangat malas mau memasak just masak satu jenis lauk sahaja..tu pon pas siap siap menghantar suami ke muka pintu, suami dah gerak tutup pintu lelaju pergi dapur tuk tak tuk tak siap kan rencah bagai memasak bagai kul 9 dah siap masak and kol 11 dah siap mandi setelah penat memasak and mengemas rumah heeheheh...

tapi kot kot kalau rajin kang pasti ade penambahan lauk heheheh

so lauk for today just 

KURMA AYAM




Tuesday, July 3, 2012

WORDLESS WEDNESSDAY






RINDU si mucuk sayang ai...rindu si baby encem ai...kena tinggal sensorang owh sangat membosankan...cepatlah masa berlalu.saya nak suami saya..rindu gila

Sunday, July 1, 2012

FINAL EURO 2012 SPAIN VS ITALY






Final Euro 2012 telah berlangsung pada 1 Julai  2012 pada pukul 2.45 pagi tadi, ala semua orang pun tau kan pasukan yang  layak ke final ialah Span VS Italy.

Perlawanan ni merupakan perlawanan yang agak sengit ok kerana Sepanyol merupakan juara bertahan yang pasti akan mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya 4 tahun lalu.

Italy pula merupakan saingan yang kuat kerana team ini pernah muncul sebagai juara Euro pada tahun 1982 dan merangkul trofi yang sama pada 2004.

Memula tuh kami bercadang nak tengok lah final ni, suami sangat excited nak tengok final sebab perlawan yang sebelum ni tak pernah pon tengok sampai habis, tengok separuh pastu zzzz hahahaha. Tapi apakan daya final pon kitorang tak dapat tengok ok, just update keputusan dari internet je pon sebab hari isnin tu suami sayang kena bangun awal ok pukul 5 dah bangun kalau tengok bola mau jadi mata panda nanti semua orang terkejut lak, dahlah hari ahad tu pon suami bekerja so tu yang dia tak larat nak tengok tu hehehe.

SPAIN (4)


VS


ITALY (0) 


Tahniah team Spain. Bilalah team Malaysia nak jadi hebat macam ni kan. hehehehe